Thursday, 30 November 2023

جنة Kesimpulan Penting جنة

YT:66


 Kesimpulan Penting: 


Kita perlu berundur dan menganalisis apa yang telah berlaku dalam sejarah Islam, iaitu dalamtradisi  kesarjanaan Islam selama 1400 tahun terakhir dimana telah berlaku perkembangan  ilmu pengetahuan yang hebat dalam sejarah Islam. 

Mari kita analisis apa yang dilakukan oleh Fuqaha Syariat. 

Dari segi definisi mereka sendiri (bukan definisi Al-Quran):  

Syariah = Perundangan Islam (Fiqh). Syariah merangkumi semua ilmu yang mereka ajarkan di universiti, kolej dan sebagainya.

Fuqaha = Ulama Fiqh (Perundangan Islam)

1. Fuqaha Syarieah. 

Fuqaha menganggap diri mereka pakar dalam mengekstrak pemahaman (fuqah = kefahaman). Mereka memberi tumpuan hanya kepada lebih kurang 400 - 460 (atau lebih daripada 6236) ayat yang ada didalam al-Quran yang mereka anggap mempunyai kaitan dengan perkara Halal dan Haram. 

Mereka telah menentukan bahawa inilah sahaja satu satunya ayat yang perlu difokuskan.

Dan selain rujukan kepada ayat-ayat tertentu berkenaan, seolah-. Atau mereka reka kan sendiri (melalui persetujuan Ijmak Ulama) dan Qiyas.

Tanpa merujuk kepada konsep yang telah dibina oleh Allah di dalam al-Quran di atas Halal dan Haram ini?

a. Mereka mereka-cipta pseudosains Usul-ul-Fiqh (Asas-asas Deduksi daripada Al-Quran dan Hadis) 

Apakah asas-asas Ussul-ul-Fiqh?  

Berasaskan sepenuhnya logik manusiasebahagian daripadanya ada merujuk beberapa ayat bagi menguatkan hujah mereka, tetapi kebolehgunaan Ussul-ul-Fiqh itu sendiri bukanlah dari dalam al-Quran.

Tiada istilah Ussul-ul-Fiqh dalam al-Quran, ia hanya rekaan manusia. Ini adalah himpunan peraturan dan prinsip yang mereka susun bermula dengan Imam Shafie Rahimatullah, dan semuanya mengikuti perkara yang sama - asas-asas dan deduksi daripada al-Quran dan Hadis.

b. Mereka mencipta Assbabul-Nuzul (Peristiwa-peristiwa Wahyu)

Ciptaan mereka ini sarat dengan perselisihan faham dikalangan mereka sendiri, hampir tiada ayat yang mereka dapat persetujui sesama mereka. Mereka yakin bahawa ayat-ayat Quran diturunkan "kerana sebab berlakunya peristiwa tertentu". Bukan kerana Allah SWT menghendakki menurunkan wahyu Nya.

Pendapat sedemikian langsung tidak masuk akal! Wahyu Ilahi tidak kena mengena langsung dengan berlakunya sesuatu peristiwa yang Allah turunkan kepada manusia!

c. Mereka mencipta An-Nassik wal-Mansuk (Orang yang membatalkan dan yang terbatal) menurut pseudosains yang mereka reka sendiri daripada angin yang tipis.

(rujuk video "Adakah Tuhan duduk di atas Arasy")

d. Mereka juga mencipta pseudosains Al-Muhkam wal-Mutashabih

(Orang yang membatalkan dan yang terbatal) ciptaan berdasarkan ayat 3:7 عَلَي عِمْرٰنَ

Mereka fahamkan sebagaimana kehendak sendiri sambil berkata "al-Quran sebahagiannya adalah (مُّحْكَمٰتٌ) dan sebahagian adalah (مُتَشٰبِهٰتٌ) dengan melupakan bahawa semua ayat kitab suci al-Quran adalah  (مُّحْكَمٰتٌ)

Allah tidak mengatakan bahawa ayat al-Quran terbahagi kepada (مُّحْكَمٰتٌ) dan (مُتَشٰبِهٰتٌ). 

e. Mereka juga memutuskan kesinambungan antara ayat-ayat al-Quran, dengan itu menetapkan preseden paling berbahaya bahawa mana-mana ayat boleh difahami dengan berdiri sendirinya, tanpa merujuk kepada Lexikon Ilahi dimerata ayat lain dalam al-Quran. Mereka telah memutuskan kesinambungan antara ayat-ayat al-Quran!

Apabila mereka hanya mengambil 460 9atau lebih) ayat dan mengumumkan  "inilah ringkasan semua pe sebenarnya pada dasar mereka mengabaikan keseluruhan al-Quran. Mereka memisahkan al-Quran tanpa merujuk kepada leksikon Ilahi yang terkandung didalam zikr. 

Mereka telah melanggar ayat  الحِجْرْ 15:91  yang mengatakan  (الَّذِيْنَ جَعَلُوا الْقُرْاٰنَ عِضِيْنَ) Allah menggambarkan mereka yang memisahkan al-Quran kepada bahagian-bahagian berasingan.

 

Terdapat satu lagi kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 

2. Muhaddithin  

(iaitu mereka memberi perhatian kepada riwayat-riwayat melalui rantaian yang dilaporkan sevagai kononnya ucapan tentang Nabi Muhammad SAW. Perkara ini juga merupakan suatu pseudosains kerana tidak mungkin boleh digunakan kritikan sejarah terhadap sains atau mekanisma ini. Ia semuanya khabar angin yang dibina diatas satu khabar angin keatas khabar angin yang datang kemudiannya. Mungkin sehingga lapisan 5 atau 6 generasi yang menyebut nama orang yang tidak kita kenali, atau sama ada mereka benar wujud, maka banyaklah jurang dan kelompongannya.

a. Mereka mencipta begitu banyak "sains pseudo" buatan manusia untuk menenangkan diri mereka sendiri sehingga menjadi sah! 

b. Mereka mendakwa bahawa riwayat-riwayat itu mungkin mengatasi dan juga membatalkan sebahagian daripada al-Quran!  

c. Mereka mengalihkan perhatian orang ramai daripada al-Quran! 

Mereka melibatkan orang ramai menghafal Hadis, mengsyorkan mereka mempelajari apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW, walaupun terdapat bayak kelompongan dan jurang.

Tidaklah semestinya dibuangkan segala kitab Hadis, sudah tentu ada yang amat berguna bagi beberapa tujuan. Tetapi pasti kita tidak boleh didorong oleh Hadis menjadikan nya sehingga  melebihi dan menguasai al-Quran sehingga mengabaikan ayat-ayat suci Allah SWT.ilmu yang sebenar yang datang daripada Allah SWT.

Tidak ada ilmu yang lebih suci lebih benar selain ilmu Allah SWT.

Zikir (cerita-cerita dan perumpamaan didalam al-Quran) meliputi 60% daripada Al-Quran. Tetapi sepanjang masa 1200 tahun yang lalu, ia langsong terabai hampir terbengkalai tanpa pengawasan. Tidak ada sesiapa yang benar-benar menghabiskan banyak masa tekun mengembangkan ilmu dan sains yang mungkin boleh di extrakt daripada zikr.

Sebaliknya zikir telah dijadikan bahan penglipur lara mitologi bagi cerita kanak-kanak. Kebanyakannya untuk hiburan, kadangkala bertujuan mengasah moral, kadangkala sebagai bahan pembelajaran umum melalui khutbah atau sessi kuliyyah masjid, atau menarik lebih ramai penonton menerusi pelbagai media sebaran am. Tetapi kebanyakan tidak berfokus pada intipati ilmu al-Quran.

Kesan nya jalan pintu belakang telah terbuka luas.  Mereka berterusan menyuntik ilmu, pendapat, mitologi dipetik dari versi kitab lama yang telah rosak, justeru itu merosakkan pentafsiran dan terjemahan al-Quran. Hasilnya lebih 90% tafsiran mereka berlandaskan pentafsiran yang salah. Itulah yang telah menjadi ilmu yang kita semua warisi daripada nenek moyang dalam tempoh 1200 tahun.

Kebanyakannya terletak pada kisah-kisah tersebut. Mereka mengkritik ayat yang membawa mesej untuk mencabul kehormatan Islam contohnya bagaimana Muhammad SAW kononnya berunding dengan Zayed bahawa dia harus menceraikan isterinya dan sebagainya. 

Mereka tidak berminat untuk mengkritik bahagian Quran yang membawa mesej "tiada paksaan dalam agama" tetapi mereka lebih suka mengambil kisah-kisah seperti ayat 'Abasa 80:1 (عَبَسَ وَتَوَلّٰۤي) untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan mengambil kisah ayat Al-Masad 111:1 (تَبَّتْ يَدَاۤ اَبِيْ لَهَبٍ وَّتَبَّ) yang membayangkan bahawa "bapa saudara Nabi sendiri pun enggan mengikutnya" dan sebagainya, untuk menyerang Islam dan pengikutnya.


HASILNYA? 

Al-Quran telah diabaikan selama 14 abad! 

Mahukan bukti? 

Sila perhatikan sekeliling kamu. 


Adakah kita umat terbaik yang dicipta untuk manusia? Jawapannya jelas Tidak! Anda perlu bertanya Mengapa! Mengapa Allah SWT meninggalkan kita sedemikian rupa? Jawapannya adalah kerana Kita meninggalkan Kitab-Nya ... Hadiah Terbaik daripada Nya kepada Manusia tetapi kita telah mencincangnya! Kita mencipta pseudosains, mencipta cara kita sendiri untuk mendapatkan ilmu, kita bergantung pada apa yang Al-Quran beri amaran kepada kita tentang "sumber yang rosak". Dan begitulah cara kita berakhir di mana kita berada hari ini. 

Jika anda benar-benar faham bahawa kita sudah beberapa lama mempunyai masalah maka kita selesaikannya secepat mungkin. 


Bagaimana?


Gunakan metodologi al-Quran itu sendiri iaitu metodologi yang telah disediakan oleh Allah SWT didalam a;\l-Quran sendiri. Kita hanya perlu membuka qalbu dan mata untuk mengekstrak nya daripada dalam al-Quran.

Jika kita mempelajari kisah-kisah dan perumpamaan (Zikirmenurut Al-Quran, kita menawarkan penyelesaian untuk generasi baharu umat Islam yang mencintai Al-Quran dalam erti kata KEBENARAN tulin yang sebenarnya, bagi melayakkan kita semua menjejaki (جنة) yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita semua.















اسْتَعِيْنُوْا بِاللّٰهِ وَاصْبِرُوْا ۚ

  Biarkan Al-Quran mengajar dan membimbing kita ka jalanan penemuan kebenaran , Insya-Allah. Kebenaran mengatasi segalanya, kita menerima a...