Monday, 15 January 2024

النُّجُوْمُ

10 (sebenarnya lebih daripada 10) tanda-tanda khusus - peristiwa (atau butiran) yang berlaku (diberikan oleh Allah SWT) pada masa Janji Ini


Salah satu tanda berlaku masa Janji Ini (نَّمَا تُوْعَدُوْنَ لَوَاقِعٌ ؕ) - yang mana dipercayai ia sedang berjalan (Fasa 3) ketika ini, kita wajib sedar bahawa ajaran asal para (النُّجُوْمُ) perlu dipulihkan hanya melalui Al-Quran, tidak dari sumber selain Quran.

Jika tidak, ia hilang. :-

Al-Mursalat 77:8 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

فَاِذَا النُّجُوْمُ طُمِسَتْ 

 

Dan (ia itu,) apabila (النُّجُوْمُ) pemberi cahaya penerang  pedoman dalam kegelapan malam (iaitu ajaran asal para rasul dan Nabi) lenyap; dipadamkan (iaitu tidak lagi tersedia untuk manusia) 

 

Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap; 

 


  • Sesungguhnya hari ini dalam buku-buku tradisional yang tersedia untuk orang ramai kita tidak lagi mempunyai ajaran asal Rasul dan Nabi. 
  • Apa yang ada ialah ajaran orang-orang yang "menulis apa yang dipanggil Bible" termasuk para Ulama (anti Quran) yang konon nya mengajar Quran tetapi sebenarya mengambil cerita rujukan daripada Bible, majoriti cerita dan model rujukan maklumat termasuk model merujuk pada akhirat (soal hidup selepas kematian pada hari akhirat). 
  • Mereka tidak mengambilnya dari Al-Quran. Sememangnya selama ini mereka sedang mengajar Alkitab  tetapi bertopengkan Al-Quran. Hanya Allah SWT yang tahu sama ada mereka melakukannya dengan sengaja atau mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan selama ini.

Al-Mursalat 77:9 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

وَاِذَا السَّمَآءُ فُرِجَتْ 

 

Dan apabila (selepas itu) akses kepada pemahaman abstrak terbuka luas

 

Dan apabila langit terbelah; 

 

 

فُرِجَتْ  = Pembukaan untuk membolehkan kita masuk "kedalaman semantik teks kitab suci" 

Al-Mursalat 77:10 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

وَاِذَا الْجِبَالُ نُسِفَتْ 

 

Dan apabila unit gubahan dibongkar mendedahkan akar umbinya 

Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan; 

 

  • Kata kerja (نُسِفَتْ) bermaksud "menarik sesuatu ke atas dengan akar-akar nya" akar tumbuhan atau pokok renek itu.
  • Renungkan tentang (الْجِبَالُ) unit gubahan teks kitab suci dan cara untuk memahaminya ialah dengan menyelam jauh ke dasar akar kata unit gubahan ini (الْجِبَالُ نُسِفَتْ)
  • bagi benar-benar mendedahkan makna kata dasar (نُسِفَتْ).

Ini adalah metodologi. Allah SWT mengingatkan kita untuk kembali kepada akar perbendaharaan kata untuk memahami (الْجِبَالُ) unit-unit gubahan. 

Al-Mursalat 77:11 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

وَاِذَا الرُّسُلُ اُقِّتَتْ 

 

Dan apabila rasul-rasul itu (didapati telah) ditetapkan masanya (dalam peranan mereka, dahulu dan akan datang) 

Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing). 

Kata kerja (اُقِّتَتْ) adalah daripada (َوَقْت) yang bermaksud "masa" jadi dalam bahasa Arab apabila kita menggunakan (وَ) dalam kata lampau kadang-kadang diganti dengan Hamzah (اُقِّتَتْ) iaitu selain dari menyebut (وَاُقِّتَتْ) Al-Quran menyebut (اُقِّتَتَتْ) iaitu juga bahasa Arab yang sempurna.

Al-Mursalat 77:12 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

لِاَيِّ يَوْمٍ اُجِّلَتْ 

 

Sehingga berapa lama ia (peristiwa dan penemuan di atas) ditangguhkan? 

(Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan? 


Al-Mursalat 77:13 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

لِيَوْمِ الْفَصْلِ 

 

Pada masa pemisahan (atau divariasi) 

(Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum. 


Apakah maksudnya (وَاِذَا الرُّسُلُ اُقِّتَتْ) "apabila utusan telah ditetapkan masanya" - itu bermakna peranan dakwah mereka mempunyai had masa tertentu.  

Masa mereka telah disempurnakan semasa misi asal dahulu tetapi ajaran mereka telah dihilangkan (Al-Mursalat 77:8 (فَاِذَا النُّجُوْمُ طُمِسَتْ)mentol lampu cahaya mereka telah terbakar” "ajaran mereka telah dilupakan".  

Allah SWT mengizinkan kita untuk "mempelajari nya semula" melalui peranan baru yang mungkin mereka miliki (seperti pada "Saat yang Dijanjikan") - (Ya Sin 36:3 - اِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِيْنَ) Sesungguhnya wahai Muhammad kamu termasuk di antara para Rasulmereka dihantar semula sebagai sebahagian daripada legiunpasukan yang Allah SWT hantar untuk "mengajar semula" (مُهْتَدُونَ) orang-orang yang melekatkan diri mereka secara eksklusif kepada teks kitab Al-Quran. 

Anda lihat konsep makna dan semantik sangat koheren sangat berkaitan antara satu sama lain konsep yang sama berulang kali tetapi tidak di dalam Surah yang sama sekali berbeza menggunakan istilah baru 

Kini dengan memahami konsep utama Janji dan (السَّاعَةِ ؕ) #2 dalam zaman Fasa 3 sekarang ini dan konsepmenuntut semulaajaran asal para rasul melalui teks al-Quran, Allah SWT memberi kita semua banyak pengesahan tambahan daripada Surah yang berbeza semuanya menuju ke arah yang sama membuat kita yakin bahawa kita sedang berada di landasan yang betul Alhamdulillah. 

َ(اِذَا الرُّسُلُ اُقِّتَتْ) apabila rasul-rasul didapati telah ditetapkan masanya dalam peranan mereka yang lalu dan yang akan datang (لِاَيِّ يَوْمٍ اُجِّلَتْ) akan ditangguhkan sehingga (لِيَوْمِ الفَصْلِ) waktu pemisahan.

Perhatikan bahawa Allah SWT menggunakan pelbagai istilah yang menunjukkan kepada perkara yang sama. Adakah ini sinonim? Tidak, ia tidak ada sedikit perbezaan dalam makna nya tetapi ia memberi petunjuk yang sama peristiwa yang sama pada masa yang sama apabila Allah SWT menjadikan pemahaman ini tersedia semula dan (inilah Janji فَصْل.) 

Akan muncul sekumpulan manusia baru (السَّاعَةِ ؕ) #2 seperti yang disebut dalam al-Quran. Allah SWT akan memisahkan antara mereka dan umat manusia yang lain kerana mereka ini melekatkan diri mereka secara eksklusif kepada al-Quran dengan terminologi al-Quran dengan kewibawaan al-Quran. 

Al-Mursalat 77:14 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

وَمَاۤ اَدْرٰىكَ مَا يَوْمُ الْفَصْلِ 

 

Dan dia (Qarin kamu) tidak menyedarkan kamu kepada (kepentingan) Masa Pemisahan. 

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu? 

Muhammad SAW diberitahu "kamu tidak sedar betapa pentingnya Masa itu" 

Allah memberi amaran bahawa Qarin nya boleh bertindak berbolak balik - sekejap menjadi sumber ilmu terpenting dan ketika lain menyorokkan nya. Tetapi teks yang tersedia untuknya adalah tidak berubah, kekal dan tidak boleh dilupakan sebagai sumber asli rujukan untuk kembali kepadanya berulang kali. 

Maka Allah SWT memberi amaran kepadanya bahawa (وَمَاۤ اَدْرٰىكَ مَا) "berhati-hati" bahawa "Qarin kamu menyorokkan daripada kamu kepentingan (يَوْمُ الْفَصْلِ) iaitu masa Pemisahan" yang merupakan masa yang sangat penting (dirujuk sekurang-kurangnya di sepuluh tempat berbeza dalam Al-Quran).

Al-Mursalat 77:15 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

وَيْلٌ يَّوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 

 

Celakalah orang-orang yang mendustakan pada masa itu! 

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)! 

(مُكَذِّبِيْنَ) orang yang mendustakanmendustakan apa? Mendustakan istilah, mengingkari Janji Ini, mengingkari hakikat bahawa Allah SWT boleh menghidupkan semula (الأَرْض) kitab suci dan mendedahkan muatan sebenarnya dan maklumat semantik berguna yang telah disembunyikan dari kita selama 1400 tahun.  

Allah SWT memberi amaran kepada mereka yang mendustakan kemampuan-Nya untuk bercakap dengan kita semula secara langsung tanpa perantara dan ini adalah amaran yang paling besar (مُكَذِّبِيْنَ) dalam Surah ini adalah amaran kepada orang-orang yang mendustakan tafsiran terminologi lokusi Ibrahim yang betul.  (مُّجْرِمِيْنَ - mereka yang membunuh tafsir secara sembarangan atau dengan kejam dengan mendustakan perbendaharaan kata yang sepatutnya) seperti juga dalam Surah  Adh-Dhariyat 51:32  dan Surah Al-Mursalat  yang sama ini. 

Al-Mursalat 77:16 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

اَلَمْ نُهْلِكِ الْاَوَّلِيْنَ 

 

 

Bukankah Kami telah menghapuskan yang terdahulu? 

 

Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)? 


Al-Mursalat 77:17 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

ثُمَّ نُتْبِعُهُمُ الْاٰخِرِيْنَ 

 

(Sudah tentu, Kami lakukan,) Dan kemudian Kami menghukum orang-orang yang kemudian (dalam fasa 2) yang mengikuti cara kesesatan mereka

Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian. 


Allah SWT berfirman "kamu fikir hanya kerana kamu diberi Al-Quran, dan Al-Quran itu sendiri terpelihara, kamu tidak akan melakukan kesilapan yang sama seperti pada generasi terdahulu yang diberikan kitab pertama untuk Musa?" 

Sudah tentu anda akan melakukan kesilapan yang sama seperti mereka. Dan Allah SWT berfirman (ُمَّ نُتْبِعُهُمُ) "Kami akan menjadikan yang terkemudian mengikuti yang terdahulu". Ini persis seperti dalam riwayat daripada Muhammad SAW  :

Rasulullah shallallahualaihi wasallam bersabda:

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ

Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta,

حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ

sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.”

قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى? قَالَ فَمَنْ

Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (HR Musim – Shahih) 

Al-Mursalat 77:18 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

كَذٰلِكَ نَفْعَلُ بِالْمُجْرِمِيْنَ 

 

Inilah yang Kami rancangkan untuk mereka yang sengaja merosakkan dan memisahkan tafsir daripada kitab kerana ketidakcekapan. 

 

Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa. 

 

Mengasingkan iaitu mengambil konsep daripada kitab suci terdahulu yang telah rosak (bukan dari Quran). Contohnya mereka membawa cerita dari Taurat dan Injil yang rosak dan menanamkannya ke dalam Al-Quran. Kisah-kisah tentang Eissa, tentang model kehidupan akhirat (Hari Penghakiman; Syurga dan Neraka; Mahdi; Bidadari dan sebagainya), dan lebih banyak lagi semuanya diambil dari Alkitab dan menyumbatkan pemahaman mereka dari kitab-kitab Perjanjian lama, secara paksa ke atas Al-Quran - tetapi tidak pemahaman linguistik mereka yang sebenar mengikut  Al-Quran.  

Allah SWT merujuk kepada mereka sebagai (مُجْرِمِيْنَ) dan Allah akan menghapuskan (نُهْلِكِ) mereka, (Al-Mursalat 77:16), menjadikan mereka pupus. Bermakna kefahaman dan penjelasan yang mereka bawa akan terbukti salah dan mereka akan pupus - mereka akan dibawa balik, disatukan dengan pengikut mereka dalam proses Qarin (dalam model akhirat bagi seorang Muslim).

Al-Mursalat 77:19 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

وَيْلٌ يَّوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 

 

Celakalah orang-orang yang mendustakan pada masa itu! 

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)! 


Al-Mursalat 77:19 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

وَيْلٌ يَّوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 

 

Celakalah orang-orang yang mendustakan pada masa itu! 

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)! 


Al-Mursalat 77:20 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

اَلَمْ نَخْلُقْكُّمْ مِّنْ مَّآءٍ مَّهِيْن 

 

Tidakkah Kami menciptakan kamu dari air yang hina? 

Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang? 


Al-Mursalat 77:21 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

فَجَعَلْنٰهُ فِيْ قَرَارٍ مَّكِيْنٍ 

 

Kemudian Kami menyembunyikannya di tempat yang terpelihara dengan baik 

Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh, 



Al-Mursalat 77:22 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

اِلٰي قَدَرٍ مَّعْلُوْم 

 

Sehingga perkadaran yang wajar berasaskan bukti 

Hingga ke suatu masa yang termaklum? 

Berdasarkan bukti, telah membangunkan beberapa bukti untuk mengetahui dengan tepat bila ia akan berakhir (tempoh kehamilan itu)

Al-Mursalat 77:23 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

َقَدَرْنَا ۖ فَنِعْمَ الْقٰدِرُوْنَ 

 

Dan Kami mengkadarkan (penzahiran ilmu mengikut ukuran) dan patut diberi pujian (Kami) mengikut sukatan! 

Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)! 

Allah SWT mengingatkan kita bahawa jangan beranggapan mudah sebagai orang Islam sebagai pengikut Al-Quran anda tidak perlu melalui tempoh teruk bermasalah dalam usaha menguasai teks kitab suci bagi mengeratkan hubungan dengan Allah SWT. 

Ingati semula bagaimana diri dicipta daripada cecair keji sebelum ditempatkan untuk tempoh perkadaran terhad didalam kandungan rahim ibu (di lokasi tersembunyi yang ditetapkan). 

Allah SWT sedang mengingatkan kita bagaimana dalam penciptaan kita sendiri terpaksa melalui proses yang hampir sama di mana ilmu pengetahuan tulin itu telah disembunyikan dari kita (dalam Fasa #2 dalam tempoh 1400 tahun yang lalu); sama seperti kita dikadarkan semasa proses penciptaan fisiologi sebelum dilahirkan sebagai manusia yang sedia dibangunkan semula. Di mana Allah akan mengeluarkan komuniti (السَّاعَةِ ؕ) ini dari "rahim penyembunyian" yang kita lalui dalam 1400 tahun yang lalu. 

Al-Mursalat 77:24 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

وَيْلٌ يَّوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 

 

Celakalah orang-orang yang mendustakan pada masa itu! 

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)! 


Al-Mursalat 77:25 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

اَلَمْ نَجْعَلِ الْاَرْضَ كِفَاتًا 

 

Bukankah Kami telah memasukkan di dalam kitab itu ciri-ciri bahawa ia dihomogenkan dan terlipat atas dirinya sendiri, sehingga bahagian dalamnya tersembunyi, (menjadikan akses kepadanya) terhad. 

 

Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? 

(كِفَاتًا) secara langsung berkait dengan (كُفتة) daging cincang berperisa (Kebab) - daging cincang itu diperisa dengan berbagai herba, rempah ratus, garam, mungkin tomato dan sayur-sayuran dilipat beberapa pusingan (dikawal pada lidi besisehingga ia homogen.

Proses ini menjadikan kandungan dalamannya tersorok bermakna anda perlu memanggangnya sekadar bahagian dalamnya masak dengan baik atau separuh masak (berkadar). 

(كِفَاتًا) berciri sama. Homogenasi dan lipat melipat pada dirinya sendiri, isi dalamannya tersorok membuat akses kepadanya terhad. Yang penting kandungan dihomogenkan sehingga menyerlahkan banyak konsep berbeza. 

Apabila apabila ia "dimakan" atau "digigit" akan merasai yang indah yang koheren bersama kerana cara ia dicampur. Ini terpakai kepada (جبل) unit gubahan 

Seluruh kitab suci miliki berciri sama, berdasarkan (اَحْيَآءً وَّاَمْوَاتًا) Al-Mursalat 77:26 Ia seperti (كِفَاتًا) Al-Mursalat 77:25 ia bercampur dan berhomogen dan berlipat pada dirinya beberapa kali sehingga seragam dan koheren. .  

Al-Mursalat 77:26 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

اَحْيَآءً وَّاَمْوَاتًا 

 

(Termasuk berita tentang kedua-duanya) Yang Mati dan Yang Hidup? 

Yang hidup dan yang mati? 

 

Bukan hanya cerita tentang masa lalu, ia juga cerita tentang kita yang hidup sekarang, juga yang hidup masa depan.

Al-Mursalat 77:27 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

وَّجَعَلْنَا فِيْهَا رَوَاسِيَ شٰمِخٰتٍ وَّاَسْقَيْنٰكُمْ مَّآءً فُرَاتًا 

 

Dan Kami sembunyikan di dalamnya (dalam kitab) prinsip-prinsip yang tinggi lagi berlabuh, dan Kami berikan kepadamu air yang manis (untuk memuaskan keinginanmu untuk memahaminya). 

Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga? 

 

Allah SWT telah menyediakan prinsip-prinsip yang kita gunakan sepanjang masa apabila melakukan pengesahan dan pengesahan tafsiran kita daripada al-Quran dan Allah SWT sedang memberikan kita (الْمَآءِ) hujan Ilahi (مَّآءً فُرَاتًا) air yang sangat manis yang datang segar untuk memadamkan kehausan untuk memahami apa yang Allah SWT beritahu kita.

Al-Mursalat 77:28 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

وَيْلٌ يَّوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِيْنَ 

 

 

Celakalah masa itu bagi orang-orang yang mendustakan! 

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)! 


Al-Mursalat 77:29 

 

Leksikon Naqli 

 

Leksikon Arab 

 

 

اِنْطَلِقُوْۤا اِلٰي مَا كُنْتُمْ بِهٖ تُكَذِّبُوْن 

 

(Untuk melegakan) Tujulah terhadap (jika kamu berkeras) apa yang dahulu kamu dustakan 

(Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): "Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya. 

  • Pada masa ini kenapa Allah SWT sentiasa mengingatkan orang-orang kafir supaya tidak terus berdusta kerana tidak akan ada lagi peluang untuk kembali kepada kebenaran untuk masa yang lama. Ini adalah masa yang terhad 
  • Allah SWT memberi amaran jangan menyangka apa yang dikemukakan terminologi lokusi Ibrahim itu tidak benar
  • dan juga jika menolak konsep-konsep keaslian Al-Quran sebagai sumber berwibawa atas penghormatan yang diberi kepada firman Allah, maka mungkin tidak ada peluang lain untuk anda. 
  • Allah SWT memberi nasihat yang bermakna kepada mereka kerana lapisan yang dangkal itu belum tentu memberikan apa yang dihajati. Anda perlu menyelami yang tersembunyi untuk benar-benar memahami apa yang Allah SWT hendak ajarkan kepada kita (مُهْتَدُونَ) insya Allah berbanding dengan (مُّجْرِمِيْنَ) 
  • (مُّجْرِمِيْنَ) ialah mereka yang membaca yang dangkal pasti mereka salah faham. 
  • Lari lah kepada atau cari bantuan jika anda berkeras untuk mendustakan istilah, perbendaharaan kata yang digunakan di bawah lapisan dangkal di sana mari kita lihat jika anda akan memahami arahan-Ku yang tersembunyi di bawah lapisan dangkal 







No comments:

Post a Comment

اسْتَعِيْنُوْا بِاللّٰهِ وَاصْبِرُوْا ۚ

  Biarkan Al-Quran mengajar dan membimbing kita ka jalanan penemuan kebenaran , Insya-Allah. Kebenaran mengatasi segalanya, kita menerima a...