Mohon du'a kepada Allah SWT:
{Al-Kahf 18:24}
Inilah
konsep interpretasi bersarang
dalam al-Quran yang perlu difahami.
Maksudnya :
Ingati semula semantik ayat cerita-cerita atau perumpamaan (dalam ayat ini) yang juga saling berkait dengan ayat-ayat lain dalam Al-Quran yang mana konteks semantik ayat nya lebih kurang juga bercerita kisah perkara yang sama.
- Pahami leksikon Ilahi melalui pembacaan ayat-ayat al-Quran dengan pemahaman sempurna !!
- Cari jawapan segala kemusykilan terus dari dalam ayat al-Quran!! Melalui konsep interpretasi bersarang
- Gunakan metodologi morfologi linguistik Lokusi Ibrahim, serta
- Fahami lah apa ertinya berdo'a kepada Allah SWT didalam Al-Kahf 18:24 ia lebih khusus, bukan sekadar melafaz ayat do'a, Allah SWT berfirman :-
- وَٱذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ - "ingatlah Tuhan mu jika kamu lupa" - Al-Kahf 18:24
- "ingatlah Tuhan mu وَٱذْكُر رَّبَّكَ - maksudnya ingat lah semula semantik ayat cerita-cerita atau perumpamaan dalam ayat ini (linguistik semantik Lokusi Ibrahim - leksikon Ilahi) yang juga saling berkait dengan semantik ayat-ayat lain dalam Al-Quran yang mana konteks semantik ayat nya lebih kurang sama juga bercerita tentang perkara kisah yang sama.
- dengan rendah hati, penuh kesabaran dan ketekunan (meliputi jangka masa yang lama sebelum ia mula berhasil) dan keredhaan (sedia menerima pengetahuan baru)
Bukan sebaliknya memintas jalan ringkas merujuk kepada "Sumber Utama rujukan mereka" iaitu Hadis/Tafsir (bukan al-Quran hidayah Allah SWT) tetapi karangan persepsi manusia, meliputi fakta-fakta mengelirukan dipetik oleh "Skema Cepat" manusia terdahulu {para penafsir banyak menciplak fakta dari versi rusak kitab Taurat, Injil, malangnya - telah di terapkan Terjemahan itu ke dalam Tafsir ayat-ayat Al-Quran yang masih diguna pakai sehingga hari ini.
Sebilangan besar penafsiran ayat Al-Quran telah ditulis tanpa mengikut metodologi berlandaskan pemahaman kaedah linguistik semantik Lokusi Ibrahim (leksikon Ilahi) semasa Allah ﷻ menurunkan ayat-ayat Al-Quran.
Tafseer itulah yang telah diterima pakai sepenuh masa (en bloc) oleh masyarakat Islam dari dahulu hingga hari ini. Tafsir ayat telah diceduk dari sumber kitab-kitab lama yang korup. Seluruh masyarakat Islam sedunia tiada pilihan, [atau malas mengkaji; malas berfikir; malas bertanya] terpaksa menerima sepenuhnya seadanya.
Jadi apakah masalah yang telah timbul akibatnya dikalangan masyarakat Islam hari ini?
Gambarajah berikut memberi kesimpulan jawapan persoalan ini :-
زِكْرَی
( ذِكْرً dan ألمٵ adalah Hak Allah )
{2} ذِكْرً ketetapan solusi masalah
dan {3} pencurahan ألمٵ iaitu bimbingan Ilahi.
ini diluar kawalan manusia dan terserah kepada Allah ﷻ.
زِكْرَی = ingatan spontan - hidayah Ilahi ألمٵ (menurut ungkapan lokusi Ibrahim) dari Allah SWT, "inSya Allah" (di mana jawapan terus muncul di fikiran) bertujuan untuk MEMBAIKI (عَرْش) skema manusia. Ide sebegini anda tidak menjangkanya .
Dengan konsep (یَزَّكَّر) (menyemai benih) dan (زِكْرَی) (ingatan spontan) Allah SWT menurunkan (ألمٵ) hujan Ilahi.
Manusia mengawal langsung langkah pertama (یَزَّكَّر) - dengan kerendahan hati, kesabaran, ketekunan dan ketersediaan.
Langkah kedua adalah hidayah Ilahi (ألمٵ) ia ikhsan Allah SWT.
Langkah ketiga ialah (زِكْرَی) merupakan hidayah Allah SWT, diluar kawalan manusia.
Butiran lanjut: mengenal pasti konflik (kecacatan) skema. "aliran hidayah ketuhanan" merawat kecacatan khusus langsung membaiki (عَرْش) skema; weltanschauung:
******************************************
[Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3892] :
السخاء شجرة في الجنة، وأغصانها في الأرض، فمن
تعلق بغصن منها جره إلى الجن
"Sifat pemurah itu ibarat pohon di syurga yang dahannya di dunia, sesiapa yang bergantung kepada salah satu dahannya maka ia akan membawanya ke syurga.
- "Ayat" bukanlah bermaksud "Teks" huruf tersusun yang dapat dilihat. Tiada sifat ajaib tertentu bagi sesuatu "Ayat". Ayat hanya "tanda-tanda" petunjuk arah yang betul (seperti simbol-simbol pandu arah di Jalan raya boleh jadi sesat jikalau abaikan simbol-simbol iru).
- "Ayat" adalah apa yang ternyata terbayang dalam "fikiran". Manifestasi kognitif minda. Ayat tidak wujud di alam fizikal. Apa yang nampak (atau apa yang dapat "dibaca") itu hanya manifestasi petunjuk diterjemah ka dalam (عَرْش) skema.
- Contoh, menurut skema, kombinasi huruf-huruf sesuatu perkataan mengandungi kefahaman ia merujuk kepada seekor "kucing". Pengetahuan khusus maksud tanda-tanda kognitif dipaparkan dalam minda itu memang sudah tersedia tersimpan sejak dahulu, maknanya sudah dipelajari sebelum ini bahawa bayangan didepan ini adalah haiwan "kucing".
- Semuanya mengembalikan ingatan spontan khusus merujuk kepada "kucing" - bukan "anjing" atau lain
Fokuskan perkataan ini (فَيَنْسَخُ) ia jelas menyokong maksud "batal"; "hapus"; "singkir"; "pembersihan".
Kita tidak boleh terima apa yang orang lain nyatakan فَيَنْسَخُ) = "menyalin" atau "menggandakan" walaupun Quran jelas menggunakan maksud "membatalkan" = "menghapuskan" - apa sahaja yang telah dicampakkan oleh Syaitan ke dalam (اُمْنِيَّتِهٖ ۚ)
Terdapat يَّ shadda pada (يا) dalam perkataan (اُمْنِيَّتِهٖ ۚ), ia tiada dalam kamus Arab kerana (اُمْنِيَّتِهٖ ۚ) bukan perkataan Arab, ia tidak sesuai dengan mana-mana morfem, variasinya nampak serupa dengan (أُمْنِيَّاتِهِ) tetapi tidak sama. Hampir semua kitab tafsir mengejanya sebagai (أُمْنِيَّاتِهِ). Dan menafsirkannya "harap"; “ingin” dan begitu juga dalam kitab terjemahan.
- Contoh: seseorang membina rangka kerja minda berasaskan bahawa "kejayaan" sinonim "kewangan"; "kaya harta"; niat untuk kaya dengan mengumpul "harta benda".
Ramai sedang menjalani kehidupan berasaskan (اُمْنِيَّتِهٖ ۚ) ini skema ini. Mereka selaraskan kerangka pemikiran dengan kerangka kerja negatif (walaupun dipandang mulia disisi masyarakat setempat) yang telah dibina dan dibudayakan bertahun-tahun sejak dibangku sekolah. Malangnya mereka tidak sedar. Skema "motivasi misi hidup" yang dibanggakan itu tersembunyi tanpa disedari di latar belakang minda, terkumpul hasil interaksi bersama guru-guru, kawan-kawan, ibu bapa, media sosial sebagainya.
Mahu tidak, ia sudah mengawal budaya hidup, telah tercipta sisa "kaca mata warna" yang memberi kesan kepada segala yang dilakukan.
Semasa dialog itu, Harun memanggil Musa dengan gelaran tertentu (يَبْنَؤُمَّ) - wahai "anak seorang ibu, janganlah pegang janggutku dan janganlah pegang kepalaku begitu”
Al-A'raf 7:150
وَاَخَذَ بِرَاْسِ اَخِيْهِ يَجُرُّهٗۤ اِلَيْهِ ؕ قَالَ
"... lalu memegang kepala saudaranya sambil mengheretnya ke arahnya, lalu berkata"
ابْنَ اُمَّ
" . . Wahai anak lelaki (kepada) ibu mu . . ."
Ini jelas membuktikan bahawa ejaan sebenar al-Quran telah diselia secara langsung oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang diajar Allah SWT.
Al-A'raf 7:150 - dua perkataan (ابْنَ) dan (اُمَّ) dipisahkan kepada dua ( ابْنَ اُمَّ) perkataan:
قَالَ ابْنَ اُمَّ اِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُوْنِيْ
Dan dalam Ta Ha 20:94, dua perkataan (ابْنَ) dan (اُمَّ)i tu disatukan menjadi satu perkataan (يَبْنَؤُمَّ).
قَالَ يَبْنَؤُمَّ لَا تَاْخُذْ بِلِحْيَتِيْ
Al-Quran mengajar "Ini adalah (البينة) satu bukti satu instrumen jelas" ia sebahagian metodologi skema untuk mengesan bukti - jika tidak ada, anda tidak akan sedar wujud perbedaan (maka akan dianggap remeh; diketepikan, dilupakan sebagainya, menjadi apa yang berlaku dalam kitab Tafsir)

No comments:
Post a Comment