Nabi Muhammad SAW diperintahkan supaya تَعْجَلْ tidak tergesa-gesa dalam menafsirkan (dan mengaplikasikan) al-Quran!
Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahi lah ilmuku". [Tafsir awam].
Allah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi:
TaHa 20:114
فَتَعٰلَي اللّٰهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۚ
Maka (di atas segalanya) Allah adalah Raja yang sebenar-benarnya.
وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْاٰنِ مِنْ قَبْلِ اَنْ يُّقْضٰۤي اِلَيْكَ وَحْيُهٗ ۫
Jangan tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum perintahnya diturunkan kepadamu.
وَقُلْ رَّبِّ زِدْنِيْ عِلْمًا
dan katakanlah, "Ya Tuhanku! Tambahkanlah kepadaku keyakinan dalam ilmu pengetahuan!"
Ini kuncinya bahagian terakhir وَقُلْ رَّبِّ زِدْنِيْ عِلْمًا, petunjuk yang mengajar kita apa maksud bahagian pertama وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْاٰنِ مِنْ قَبْلِ اَنْ يُّقْضٰۤي اِلَيْكَ وَحْيُهٗ ۫.
تَعْجَلْ bermaksud "bergegas" - tergesa-gesa apa? Huruf بِا dipangkal perkataan بِالْقُرْاٰنِ ini ialah kata sendi nama penggunaan bermaksud "menggunakan al-Quran".
"jangan تَعْجَلْ tergesa-gesa mentafsir dan mengaplikasi al-Quran" ertinya "melaksanakan perintah suruhannya" مِنْ قَبْلِ اَنْ يُّقْضٰۤي اِلَيْكَ وَحْيُهٗ ۫ sebelum wahyu itu selesai - sebelum perintah suruhan itu selesai diturunkan untuk anda (Muhammad SAW) berbuatQ demikian.
Nabi Muhammad SAW pada mulanya adalah Rasul (mungkin sepanjang tempoh lama di Mekah) sebelum menjadi Nabi (di Madinah) untuk mengaplikasi mesej al-Quran.
Muhammad SAW adalah Rasul dan juga Nabi. Sebagai Rasul peranannya hanya membaca يَتْلُو risalah Quran, tanpa menafsirkan menjelaskan kandungannya - iaitu hanya bacakan ayat-ayat tanpa mengaplikasi, menjelaskan maksud, menafsirkan Quran.
Justeru itu, umat Islam (Mekah) menjadi golongan begitu lemah agak kurang upaya mempertahankan diri tanpa ilmu untuk menepis, melawan orang-orang Quraiysh Mekah. Allah SWT hanya menambah peranan kekasih kita Muhammad SAW sebagai Nabi selepas Hijrah ka Madinah.
Allah SWT يُّقْضٰۤي mengarahkan Nabi Muhammad SAW untuk menafsir dan mengaplikasi al-Quran semasa berada di Madinah dengan syarat Nabi Muhammad SAW mengambil masa lama untuk meneliti serta mengkaji wahyu al-Quran dari semua aspek terlebih dahulu sebelum beliau cuba menafsir.
Allah SWT beri pengakuan bahawa Nabi Muhamad SAW ketika itu masih kurang ilmu pengetahuan:
TaHa 20:114 menyatakannya وَقُلْ رَّبِّ زِدْنِيْ عِلْمًا. "Anda masih kurang ilmu pengetahuan -: -
Ya Tuhanku! Tambahkanlah kepadaku keyakinan ilmu pengetahuan"
Kata kunci تَعْجَلْ = "jangan tergesa-gesa" cuba memahami al-Quran kerana ia banyak mengambil masa meliputi banyak aspek elemen wahyu berbeza bagi memahami mesej al-Quran kepada Nabi SAW dan seterusnya - kita semua.
Fakta :
Nabi Muhammad SAW tidak menafsirkan al-Quran atau tidak memberikan tafsiran penuh al-Quran kepada Sahabatnya.
Bukti:
Belum ditemui walaupun 10 atau 15 Ayat yang direkodkan dalam Hadis, malah tidak tercatat dalam kitab sejarah menyatakan Nabi SAW menjelaskan ayat al-Quran. Kebanyakan Ayat al-Quran dibiarkan tanpa penafsiran.
Fakta:
Sudah tentu Rasulullah SAW memahami al-Quran menurut ukuran skema baginda sendiri sebagai Nabi, bukan sebagai Rasul.
Para sahabat lingkungan dalaman Nabi SAW juga memahami al-Quran mengikut اُمْنِيَّتِهٖۚ skema masing-masing, mengikut batasan sendiri dan kedudukan hubungan mereka sendiri dengan Allah SWT.
Fakta:
Nabi SAW memang ada menjelaskan beberapa ayat kepada para Sahabat. Mungkin mereka tidak terus menerangkannya kepada orang lain, buktinya tidak ada penjelasan (penafsiran) daripada para Sahabat.
Penulis buku ini berkata pemikiran pantas tergesa-gesa selalu menyebabkan jawapan salah. Jika kita bersabar, buat analisis sebenar mencerminkan masalah tersebut, kita boleh mendapat jawapan yang betul tetapi ia memerlukan masa.
Struktur otak manusia dibentuk untuk membuat keputusan cepat. Selalunya keputusan cepat ini salah,
Allah SWT membezakan antara pemikiran pantas yang salah dan pemikiran metodologik yang mengambil masa; kesabaran dan disiplin disengajakan عِجْلَ ; تَعْجَلْ.
الْعَاجِلََة vs الآخرة
Hadiah #3: Apakah itu الْاَخِرَة ”Al-Aak̇irah”. Dan Apa itu الْعَاجِلََة ” Al-aājila”?
Al-Isra' 17:18
مَنْ كَانَ يُرِيْدُ الْعَاجِلَةَ
Sesiapa yang mencari الْعَاجِلََة tafsiran yang tergesa-gesa (spekulatif),
Tafsiran spekulatif yang dibuat secara tergesa-gesa sering kali salah.
عَجَّلْنَا لَهٗ فِيْهَا
Kami segerakan (apa yang dicarinya) untuknya sesuai dengan ketergesaannya,
Allah SWT memberi amaran kepada kita bahawa sesiapa yang menginginkan perkara yang disegerakan ini, Kami akan menyegerakannya untuknya; Kami membantunya mencapai apa yang dicarinya selaras dengan sifat tergesa-gesanya itu.
مَا نَشَآءُ لِمَنْ نُّرِيْدُ
setakat yang Kami kehendaki, dan kepada sesiapa yang Kami kehendaki
ثُمَّ جَعَلْنَا لَهٗ جَهَنَّمَ ۚ
dan kemudian, Kami tetapkan untuknya جَهَنَّمَ ۚ
يَصْلٰىهَا مَذْمُوْمًا مَّدْحُوْرًا
yang mana dia dibakar, dihina dan ditolak مَذْمُوْمًا مَّدْحُوْرًا
Hasilnya, dia mengalami kesan hangus يَصْلٰىهَا - seperti apabila anda memanggang sesuatu dan kulit daging atau bahan yang dipanggang itu mengecut, menjadi hangus, mengeras, serta mengeras tetap.
Maka dia akan mengalami يَصْلٰىهَا iaitu keadaan di mana dia terdedah kepada bahang yang hebat, seolah-olah anda sedang memanggang sesuatu; kulit pada potongan daging atau bahan panggang itu akan mengecut, hangus, mengeras, dan menjadi kaku. Itulah maksud perkataan يَصْلٰىهَا
Al-Isra' 17:19
وَمَنْ اَرَادَ الْاٰخِرَةَ
Tetapi sesiapa yang mencari الْاٰخِرَةَ (tafsir yang tertangguh; tekun; sengaja; berdisiplin),
Di sini, Al-Isra' 17:19 - الْاٰخِرَةَ diletakkan secara bertentangan dengan الْعَاجِلَةَ - Isra' 17:18; ini merupakan satu bentuk percanggahan atau petunjuk yang berlawanan antara kedua-dua perkataan tersebut - yang satu الْعَاجِلَةَ merujuk kepada sesuatu yang disegerakan, manakala yang satu lagi الْاٰخِرَةَ merujuk kepada sesuatu yang ditangguhkan.
وَسَعٰي لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ
dan berusaha ke arahnya وَسَعٰي لَهَا mengikut usaha yang sepatutnya سَعْيَهَا, sambil menjadi seorang yang beriman,
Sesiapa yang menghendaki الْاٰخِرَةَ yakni matlamat utama yang diusahakan dengan penuh kesungguhan, dan berusaha ke arahnya وَسَعٰي لَهَا سَعْيَهَا dengan usaha yang sewajarnya (kerana terdapat cara yang khusus dan tepat untuk mengusahakan الْاٰخِرَةَ.
Petunjuk jelas bahawa semestinya terdapat suatu metodologi. Ia mempunyai usaha سَعٰ dan cara tersendiri untuk mencapai matlamat الْاٰخِرَةَ sebagaimana : وَسَعٰي لَهَا سَعْيَهَا (sebagaimana firman-Nya) dan berusaha ke arahnya dengan usaha yang sewajar.
فَاُولٰٓئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَّشْكُوْرًا
merekalah orang-orang yang usaha kerja kerasnya (meneliti al-Quran) diterima baik
'مَّشْكُوْرًا mempunyai makna yang sangat mendalam, namun buat masa ini ia diterjemahkan secara ringkas sahaja (menghargai usaha mereka).
Al-Isra' 17:20
كُلًّا نُّمِدُّ هٰۤؤُلَآءِ وَهٰۤؤُلَآءِ
Kepada semuanya - Kami berikan mereka الْعَاجِلَةَ dan (bagi) yang berada di الآخرة (diberikan) apa yang dicari apa dihajati
مِنْ عَطَآءِ رَبِّكَ ؕ
daripada pemberian Tuhanmu
diberikan rezeki hasil limpah kurnia Tuhanmu;
وَمَا كَانَ عَطَـآءُ رَبِّكَ مَحْظُوْرًا
dan pemberian Tuhanmu tidak pernah terbatas atau terhad kepada satu kumpulan atau yang lain,
sesungguhnya limpah kurnia Tuhanmu itu tidak pernah disekat atau dikhususkan (hanya untuk sesetengah pihak sahaja).
Perhatikan perkataan هٰۤؤُلَآءِ وَهٰۤؤُلَآءِ kedua-duanya berada dalam jarak sama dengan Allah SWT, bermaksud kedua-dua kumpulan الْعَاجِلََة dan الْاٰخِرَةَ tidak dibezakan sama jarak masing-masing dengan Allah SWT. Mengapa kerana Allah SWT akan memberikan apa yang mereka cari.
Jika anda tergesa-gesa dan spekulatif mencari tafsiran - Allah akan izinkan.
Jika anda sengaja berhati-hati, tekun dan berdisiplin dalam tafsiran yang soleh - Allah akan bimbing langkah demi langkah.
Allah tidak menyusahkan dengan membeza-bezakan atara dua kelompok الْعَاجِلََة dan الْاٰخِرَةَ ini. Itulah niat هٰۤؤُلَآءِ وَهٰۤؤُلَآءِ .
Dan pemberian Allah SWT kepada anda tidak terhad وَمَا كَانَ عَطَـآءُ رَبِّكَ مَحْظُوْرًا
Allah sentiasa memberi hidayah.
Ada kalangan memilih untuk menerima, mendengarkannya, menganggap serius kerja mengkaji Al-Quran dengan bersungguh-sungguh, berhemah dan perlahan-lahan. Tetapi ada juga yang mahu tergesa-gesa kerana berfikir mereka sudah tahu melalui tanggapan awal.
Allah lebih mengenali mereka. Al-Baqarah 2:26:29 :- يُضِلُّ بِهٖ كَثِيْرًا ۙ Allah izinkan al Quran menyesatkan orang seperti itu.
وَّيَهْدِيْ بِهٖ كَثِيْرًا ؕ Al-Baqarah 2:26:32 - Bagi yang mencari الْاٰخِرَةَ, Allah akan berikan apa yang dicari.
Pengalaman anda dengan al-Quran sendiri bergantung pada apa yang anda bawa bersamanya sejak awal lagi. Jika anda mendekati Surah Yusuf dengan anggapan bahawa anda sudah pun mengetahui kisahnya, maka ketahuilah: anda hanya akan menemui apa yang telah anda bawa masuk itu.
Sebaliknya, jika anda mendekati al-Quran dengan kesedaran bahawa anda memerlukan Allah untuk mengajar anda dengan hati yang kosong (bersedia untuk menerima ilmu), tanpa membuat andaian awal atau menetapkan jawapan terlebih dahulu maka anda datang dengan
sikap rendah diri,
kesabaran,
disiplin,
serta perspektif jangka panjang,
ibarat pokok buah-buahan yang mengambil masa lama untuk membuahkan hasil. Anda tidak mencari الْعَاجِلَةَ iaitu tafsiran yang terburu-buru.
Manusia yang membaca al-Quran dengan rendah hati, sabar, disiplin dengan perspektif kepahaman jangka panjang - adalah seperti pokok buah-buahan berhasil jangka panjang, sambil memerlukan siraman "air hidayah Allah", (dia) manusia tidak akan teragak-agak, tidak mahu tergesa-gesa cuba menafsir sendiri. Allah akan berikannya apa yang dihajati الْاٰخِرَةَ.
Kesimpulannya di sini: -
Setiap orang akan menerima kepahaman mengikut kadar apa yang mereka cari. Ada yang menerima dan memahami. Ada yang Allah sudah berikan jawapan betul tetapi mereka menolaknya, mengabaikan nya!
Berapa banyak kitab Tafsir mengikuti metodologi Al-Quran ?
Jawapannya : Tiada.
Metodologi mereka meliputi pendapat manusia - Abdullah ibn Abbas; Mujahid; orang ini, orang itu, yang telah tiada maka kita tidak memiliki sumber petunjuk yang jelas dan benar! - tetapi bukan bersumber Al-Quran!
Jika golongan Muslim awal mengikuti metodologi Al-Quran, Allah akan sentiasa bersama memimpin mereka selama 1400 tahun yang telah berlalu. Malangnya mereka memilih sebaliknya - tidak ingin mendengar! Sebab terlalu berkeras mahu berpegang terus pada tanggapan Ilmuan terdahulu. Iaitu petunjuk diwarisi dari nenek moyang yang bersumber dari persepsi Abu Fulan ini atau si Fulan itu atau sahabat itu atau Tabi'i ini at Tabi'in dll, yang mana kesemuanya tidak terbina di atas metodologi Al-Quran.
Mereka semua mengikut الْعَاجِلََة, mereka tidak mengikuti الْاٰخِرَةَ.

No comments:
Post a Comment