Friday, 17 November 2023

YT 66 B سُبُلَنَا ؕ ; فُؤَادُ ; فٰرِغًا ; قَلْبِ ; رَّبَطْنَا Contoh-Contoh (9) Asas Metodologi

 YT 66  - B  

الْاَرْضُ = Kitab Suci

الْاَمْثَالُ = misal-misal perbandingan


يَعْقِلُهَاۤ = mampu memahaminya


الْعٰلِمُوْنَ = orang yang menerapkan Metodologi Al-Quran (yang telah diberikan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran) secara berdisiplin - mempastikan pengetahuan berasaskan bukti


جَنَّة = kaedah pemahaman eksklusif dalam keadaan tersembunyi yang hanya boleh diakses oleh المُتَّقِين


خَيْرٌ = aplikasi yang betul; pemahaman yang betul kitab suci


یَزَّكَّر = menyemai benih kebaikan, bertanya dengan rendah hati, penuh kesabaran, ketekunan dan keredhaan

زِكْرَی = ingatan spontan pada bimbingan Ilahi, pembaikan العرش - weltanschauung 



9 Contoh Asas Metodologi berkaitan Zikir 

1.


 Al-Anbiya 21:36

وَاِذَا رَاٰكَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْۤا

Apabila orang kafir melihatmu (Muhammad SAW),

اِنْ يَّتَّخِذُوْنَكَ اِلَّا هُزُوًا ؕ 

Mereka melayan kamu dengan ejekan (sambil berkata)

 اَهٰذَا الَّذِيْ يَذْكُرُ اٰلِهَتَكُمْ ۚ

"Adakah ini orang yang menyebut (secara negatif) apa yang kamu sembah?"

اٰلِهَتَكُمْ sering kali diterjemahkan "berhala". Maksud اٰلِهَ didalam al-Quran ialah apa sahaja yang disanjung tertinggi dalam ٱلْعَرْش (weltanschauung - skema intelektual) sesaorang itulah اٰلِهَتَكُمْ apa  yang mereka sembah.

 وَهُمْ بِذِكْرِ الرَّحْمٰنِ هُمْ كٰفِرُوْنَ

sedangkan mereka sendiri menolak (pemahaman yang betul tentang) ذِكْرِ الرَّحْمٰنِ

Hakikat bahawa Allah mentakrifkan kata kerja كٰفِرُ (golongan anti kebenaran) sebagai perbuatan menolak ذِكْرِ الرَّحْمٰنِ adalah suatu perkara yang sangat serius.


Allah SWT menarik perhatian kita jika anda tidak memahami kisah al-Quran dan perumpamaan dengan betul - maka anda boleh dianggap berada dalam kategori كٰفِرُ (golongan anti kebenaran).


2.


Al-Mujadila 58:19

اِسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطٰنُ فَاَنْسٰهُمْ ذِكْرَ اللّٰهِ ؕ

Syaitan telah menguasai mereka dan menyebabkan mereka melupakan ذِكْرَ اللّٰهِ ؕ. 

Sekali lagi, ini merupakan konsep yang sangat penting: ذِكْرَ bukan sekadar cerita semata-mata, malah ia merupakan asas utama dalam berinteraksi dengan al-Quran serta membina hubungan dengan Allah SWT.

Malangnya, Syaitan telah menguasai individu tersebut, bagaimana, Ia menyebabkan mereka melupakan ذِكْرَ اللّٰهِ.

 اُولٰٓئِكَ حِزْبُ الشَّيْطٰنِ ؕ 

Mereka itulah golongan Syaitan. 

اَلَاۤ اِنَّ حِزْبَ الشَّيْطٰنِ هُمُ الْخٰسِرُوْنَ

Malangnya, merekalah golongan yang rugi.

Asas-asas ini benar-benar meletakkan segala sesuatu pada perspektif yang sewajarnya. Ia mengajar kita cara memberikan kepentingan yang tepat kepada bahagian-bahagian berbeza dalam al-Quran.


3.


Ṭā Hā 20:124

وَمَنْ اَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِيْ

Dan sesiapa yang mengabaikan zikr ku ذِكْرِيْ, 

 فَاِنَّ لَهٗ مَعِيْشَةً ضَنْكًا

maka sesungguhnya baginya jalan hidup yang sempit,

وَّنَحْشُرُهٗ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ اَعْمٰي

dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.

Bayangkan anda dibawa keluar di tengah-tengah himpunan manusia yang padat pada Hari Kiamat tanpa sebarang jalan untuk melihat. Itulah akibatnya apabila anda tidak memanfaatkan peluang untuk mempelajari zikir.


4.


At-Takwir 81:27


اِنْ هُوَ اِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعٰلَمِيْنَ ۙ 

Ia hanyalah peringatan bagi umat manusia.



At-Takwir 81:28


لِمَنْ شَآءَ مِنْكُمْ اَنْ يَّسْتَقِيْمَ ؕ 


Bagi anda yang memilih untuk mengusahakan pembetulan diri


الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ jalan pembetulan diri sendiri, iaitu satu metodologi yang membantu kita membetulkan diri.



At-Takwir 81:29


وَمَا تَشَآءُوْنَ اِلَّاۤ اَنْ يَّشَآءَ اللّٰهُ رَبُّ الْعٰلَمِيْنَ


Dan sebaik sahaja anda berkehendak (untuk melakukan pembetulan diri), Allah, Tuhan sekalian alam, اللّٰهُ رَبُّ الْعٰلَمِيْنَ turut berkehendak (yang sama untuk anda).


Oleh itu, anda perlu mempunyai tekad untuk membetulkan diri serta memperbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang wujud dalam الْعَرْشِ skema intellektual anda. Sebaik sahaja anda membuat pilihan tersebut شَآءَ (dengan penuh keyakinan dan keikhlasan) sebagaimana yang tersirat dalam ungkapan وَمَا تَشَآءُوْنَ (dan kamu tidak berkehendak) pada ayat 29 Surah At-Takwir, Allah SWT Tuhan sekalian alam اللّٰهُ رَبُّ الْعٰلَمِيْنَ, akan segera memperkenankan dan menghendaki perkara yang sama untuk anda.
(Perkataan الْعٰلَمِيْنَ itu sendiri sebenarnya mengandungi nuansa makna yang jauh lebih mendalam.)


5.



Al-Kahf 18:28


 وَلَا تُطِعْ مَنْ اَغْفَلْنَا قَلْبَهٗ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوٰىهُ وَكَانَ اَمْرُهٗ فُرُطًا 


Janganlah kamu menurut orang yang قَلْبَهٗ telah Kami jadikan lalai daripada ذِكْرِنَا mengingati Kami, yang memperturutkan هَوٰىهُ hawa nafsunya, dan اَمْرُهٗ tindakannya (dalam menafsirkan ayat-ayat) berdasarkan فُرُطًا memisah-misahkan ayat-ayat tersebut.


Sistem penandaan di dalam al-Quran menghubungkan satu-satu bahagian tertentu dengan setiap bahagian lain . Bahan pelekat yang menyatukan semuanya ialah ذِكْرِ - cerita dan perumpamaan, iaitu lapisan semantik leksikon itu sendiri.

Sekali lagi, konsep mengingati ذِكْرِ ini adalah sangat penting di seluruh al-Quran. Sebaliknya, bagi seseorang yang terasnya iaitu قَلْبَهٗ qalbu-nya telah Kami jadikan lalai daripada mengingati-Ku ذِكْرَ اللّٰهِ, Dia akan menambahkan lagi kelalaian serta sifat lupa untuk berzikir kepadanya.


Akhirnya, dia akan menuruti cara هَوٰىهُ hawa nafsunya sendiri menafsirkan bahagian-bahagian ayat yang terpisah-pisah (sehingga menghasilkan tafsiran dan maksud terjemahan yang terkeluar daripada konteks ذِكْ sebenar).





No comments:

Post a Comment

اُولٰٓئِكَ ; يَهْدِيْهِمْ ; الَّذِيْنَ ; النَّارُ YT78 Bhgn 5

  Ini adalah pengajaran yang jelas bahawa mereka yang menggunakan ungkapan اللّٰهُمَّ bukanlah orang yang baik ! ! Analisis penggunaan ...