Friday, 17 November 2023

YT 66 C جَاهَدُ ; وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ ; فِينَا Contoh-Contoh Asas (9) Metodologi Asas



6.



Aal-e-Imran 3:58


ذٰلِكَ نَتْلُوْهُ عَلَيْكَ مِنَ الْاٰيٰتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ

I o

Apa yang Kami berikan kepadamu (wahai Muhammad)  iaitu kisah Zakariya, Maryam, Yahya, dan kisah Isa bersama Bani Israel  merupakan sebahagian daripada ayat-ayat (sebahagian daripada ذِكْرِ - tanda-tanda kekuasaan) serta peringatan yang menjadi sumber حُكْمُ kefahaman kebijaksanaan linguistik dan yang mendalam وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ


Allah SWT menyifatkan Aal-e-Imran 3:58, ذَٰلِكَ (iaitu sebahagian dari kisah Zakariya, Maryam, Yahya, dan Isa) sebagai "tanda-tanda" ayat-ayat ذِّكْرِ yang menjadi sumber kebijaksanaan dalam memahami linguistik bahasa dan makna.


Allah jelas mentakrifkannya sebagai وَٱلذِّكْرِ ٱلْحَكِيمِ zikr yang penuh hikmah. Allah memberikan sifat baru kepada ذِّكْرِ iaitu وَٱلذِّكْرِ ٱلْحَكِيمِ bermaksud kisah-kisah itu mengandungi حَكِيمِ, - iaitu ذِّكْرِ merupakan sumber keupayaan membezakan makna dari segi bahasa.


Petua Penting:-

Gunakan petunjuk ini sebagai manfaat. Fahami ذِكْرِ iaitu cerita dan perumpamaan, apabila setiap kali anda terperangkap dalam memahami sesuatu perkataan, istilah atau ungkapan.

Lakukan lah begini : - 

Cari konteks dalam beberapa cerita dan perumpamaan di suatu tempat, di mana istilah itu digunakan, serta-merta anda akan menemui makna istilah berkenaan.

Fahami  kisah-kisah Al-Quran terlebih dahulu. Al-Quran ada versi ceritanya sendiri, kena berusaha, buat jihad dalaman.  Jangan gopoh mencari kepahaman dari sumber versi rosak kitab-kitab terdahulu dan menganggap anda sudah memahami kisah itu.

Allah SWT mendesak kita bagi memahami ذِكْرِ; carilah kepahaman dari dalam al-Quran itu sendiri, jangan sekali-kali merujuk sumber luar al-Quran. Usahakan memahami konteks cerita nya sesuai dengan leksikon Allah SWT gunakan.

Setiap ilmu linguistik memiliki bidang semantik nya tersendiri. Bidang semantik untuk cerita al-Quran ذِكْرَ اللّٰهِ berada dalam cerita dan perumpamaan didalam ذِكْرَ اللّٰهِ itu sendiri.

Bidang semantik bagi keseluruhan al-Quran terpancar daripada ذِكْرَ اللّٰهِ iaitu dari dalam al-Quran.

Rujukan berautoriti tidak boleh diambil dari luar al-Quran. Untuk memahami  ذِّكْرِ, anda perlu beroperasi dalam lingkungan al-Quran itu sendiri; anda mesti mengehadkan epistemologi dan sumber maklumat kepada apa yang diajarkan oleh Allah SWT, bukan mengambilnya dari sini, sana, orang itu atau kitab ini, atau mana-mana sumber lain di luar al-Quran, kerana sumber-sumber tersebut tidak relevan. Apabila Allah SWT menyampaikan kisah-kisah dan perumpamaan ذِّكْرِ pada kita, anda perlu memahaminya berdasarkan leksikon yang digunakan oleh Allah SWT untuk kisah-kisah  وَٱلذِّكْرِ ٱلْحَكِيمِ  itu.

Analogi bahasan nya ialah anda membaca buku Biologi. Adalah tidak masuk akal sama sekali kita merujuk pada buku Algebra dan cuba menerapkan simbolisme Algebra kepada istilah-istilah dalam buku Biologi. Setiap bidang pengajian mempunyai semantik nya sendiri. Semantik bagi keseluruhan kisah-kisah al-Quran adalah berpunca dari al-Quran itu sendiri, yakni dari bahan ذِّكْرِ nya. Inilah perkara sebenar yang dibincangkan dalam Aal-e-Imran 3:58.


Berapa banyak kitab tafsir dimulakan dengan memahami kisah-kisah cerita dan perumpamaan sebelum menafsirkan seluruh al-Quran ?

Jawapannya: Tiada. 

Tiada yang memerhatikan asas-asas metodologi yang berkait rapat dengan وَٱلذِّكْرِ ٱلْحَكِيمِ cerita-cerita dan perumpamaan, dan inilah satu cela satu Titik Hitam yang amat ketara dalam tradisi kita.


ذِكْرِ (cerita-cerita dan perumpamaan) bukan untuk dipermain main kan.

Anda perlu berusaha, anda perlu bekerja. Anda perlu lakukan جَاهَدُ dalaman.

Mereka yang berusaha bersungguh-sungguh mengikut jalan Kami berdasarkan takrifan dan perbendaharaan kata Kami, menggali serta memahaminya, nescaya akan Kami tunjukkan mereka ke arah petunjuk Kami.


Al-'Ankabut 29:69 وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ؕApabila seseorang benar-benar berusaha  bermujahadah جَاهَدُوْا  untuk menyelaraskan dirinya dengan kebenaran Ilahi, ؕ

وَاِنَّ اللّٰهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِيْنَ Allah pasti akan membukakan jalan-jalan praktikal سُبُلَ petunjuk bagi mereka.



Analisis Linguistik :

Perkataan جَاهَدُ Ia berasal daripada akar kata ج-ه-د (J-H-D), yang membawa maksud pengerahan tenaga, kapasiti, dan sumber mental seseorang secara habis-habisan


جَاهَدُوْ berada dalam Bentuk Tatabahasa III Mufā'alah, secara intrinsik membayangkan interaksi berterusan atau perjuangan timbal balik. Ia bukan peristiwa sekali sahaja sebaliknya, ia merupakan ketegangan aktif yang berterusan menentang kuasa lawan.


Teks Al-'Ankabut 29:69 secara khusus menyebut فِينَا - جَاهَدُوْا فِيْنَا "berjuang pada jalan Kami" atau "dalam lingkungan Kami".


Hal ini melambangkan pengerahan kemampuan secara total dalam usaha mencari kebenaran Ilahi, dengan meninggalkan segala prasangka sedia ada, pengaruh persekitaran sosial, atau ego peribadi.


لَنَهْدِيَنَّهُمْ menekankan ketepatan mutlak tata bahasa Arab bagi menunjukkan jaminan hubungan sebab-akibat.  Perkataan ini mengandungi kedua-dua unsur iaitu huruf لَ (lam sumpah) sebagai awalan dan huruf نَ (penegasan yang berat/tegas ـنَّـ). Penegasan berganda ini mewujudkan satu jaminan Ilahi yang bersifat struktural.


Ini bermakna هداية bukan sesuatu yang rawak, sewenang-wenangnya, atau bersifat mistik, ia merupakan hukum struktur yang sistematik. Jika formula جَاهَدُ (pengerahan kemampuan secara habis-habisan) dipenuhi, sistem tersebut pasti bertindak balas secara automatik dengan هداية (petunjuk) daripada Allah SWT.


.سُبُلَ ialah bentuk jamak bagi سَبِيل. Perkataan سُبُلَ adalah elemen penting dalam سُبُلَنَا ؕ berbanding perkataan lain yang bermaksud "jalan" seperti صِرَاط atau طارق. Walaupun kebenaran mutlak صِرَاط itu satu, Allah menjanjikan pembukaan pelbagai jalan سُبُل


Ingat bahawa Allah tidak mengharapkan setiap manusia menempuh kehidupan dengan cara yang sama. Ia bergantung kepada perjuangan peribadi, daya intelek, dan keadaan hidup khusus manusia, سُبُل bagi anda menuju kebenaran akan disesuaikan secara khusus untuk diri anda.


Makna asal سَبِيل membayangkan suatu jalan yang jelas, boleh dilalui, dan praktikal yang menghubungkan titik permulaan dengan destinasi. Dengan penambahan kata ganti nama نَا (Kami/Kita) pada سُبُل, ayat tersebut mengubah perjuangan peribadi manusia ini menjadi سُبُلَنَا ؕ iaitu laluan yang terhubung secara langsung dengan ketetapan Ilahi.


Terjemahan Tradisi جَاهَدُوا 

Terjemahan tradisi جَاهَدُوا  sering kali sebagai Jihad - جِهَادِهٖ secara automatik bermaksud "perang suci" atau "pertempuran kerana Allah." : -

  • Perjuangan Rohani Dalaman:

Berjuang melawan keinginan diri, bersabar, dan mematuhi petunjuk Tuhan. Al-Hajj 22:78  وَجَاهِدُوْا فِي اللّٰهِ حَقَّ جِهَادِهٖ ؕ  Dan berjihadlah demi Allah dengan sebenar-benar jihad yang layak bagi-Nya

  • Berjuang melalui al-Quran dan kata-kata:

Menyampaikan dakwah, menjelaskan kebenaran, dan berpegang teguh menghadapi tekanan moral. Al- Hajj 22:52  اِلَّاۤ اِذَا تَمَنّٰۤي اَلْقَي الشَّيْطٰنُ فِيْۤ اُمْنِيَّتِهٖ  ۚ  Namun apabila dia (rasul atau nabi) membacakan ayat, Syaitan akan menyelitkan sesuatu ke dalam bacaannya itu, Tetapi Allah menghapuskan apa yang disesatkan oleh Syaitan itu   فَيَنْسَخُ اللّٰهُ مَا يُلْقِي الشَّيْطٰنُ

  • Pertempuran Fizikal Bersifat Pertahanan:

Pertempuran hanya dibenarkan secara tegas untuk tujuan mempertahankan diri terhadap pihak yang melakukan pencerobohan ke atas komuniti Muslim.  

Al-Baqarah 2:190  وَقَاتِلُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ Dan berjihadlah pada jalan Allah, 

الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوْا ؕorang-orang yang berperang kamu tidak menceroboh (dengan memulakan peperangan) ;  

اِنَّ اللّٰهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِيْنَ Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.


7. 


Al-Kahf 18:24


إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ وَٱذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰٓ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّى لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا


Dan ingatlah zikr Tuhanmu jika kamu lupa, dan katakanlah: "Aku memohon kepada Tuhanku bimbingan kepada jalan yang lebih dekat dengan jalan mencari kebenaran arah.


Di sini saya ingin berkongsi satu rahsia yang sangat besar. Satu rahsia yang amat penting.


Bagi anda yang benar-benar serius mendalami al-Quran untuk memahami laras bahasa Ilahi, susunan ayat serta kalam-Nya apabila anda buntu atau terlupa, maka amalkanlah doa ini. Kerana Allah SWT telah mengajarkan doa ini kepada junjungan besar kita SAW.


Ucapkanlah: عَسٰۤي اَنْ يَّهْدِيَنِ رَبِّيْ لِاَقْرَبَ مِنْ هٰذَا رَشَدًا (Semoga Tuhanku memberiku petunjuk ...)


Hafalkan lah doa ini dan pastikan anda mengamalkannya setiap kali anda membuka al-Quran untuk membaca atau meneliti mana-mana bahagiannya, terutamanya ketika membaca kisah-kisah وَٱلذِّكْرِ ٱلْحَكِيمِ kisah-kisah dan perumpamaan yang terkandung di dalamnya.

Apa maksudnya وَاذْكُرْ رَّبَّكَ اِذَا نَسِيْتَ?  Allah SWT berfirman: Dan ingatlah akan وَاذْكُرْ رَّبَّكَ zikir Tuhanmu ... اِذَا نَسِيْتَ sekiranya kamu terlupa; maksudnya "ingatlah semula makna atau pengajaran di sebalik kisah-kisah dan perumpamaan-perumpamaan ini"... "setiap kali kamu terlupa".


Contoh فَرَّطْ didalam Al-An'am 6:38 اِلَّاۤ اُمَمٌ اَمْثَالُكُمْ ؕ مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتٰبِ مِنْ شَيْءٍ - saya lupa apa itu فَرَّطْ atau فَرَّطْنَا - saya akan mencari perkataan فَرَّطْ atau فَرَّطْتُّمْ seperti dalam   Yusuf 12:80  : وَمِنْ قَبْلُ مَا فَرَّطْتُّمْ فِيْ يُوْسُفَ ۚ "dan sebelum itu kamu gagal mengenai Yusof",  iaitu مَا فَرَّطْنَا : “Kami tidak mengabaikan” 


Perkataan yang dikaitkan dengan فَرَّطْ dalam Yusuf 12:80 مَا فَرَّطْنَا bermakna Kami tidak mengabaikan” iaitu مَا فَرَّطْتُّمْ, yang berasal dari kata akar Arab yang sama, iaitu ف–ر–ط (f-r-ṭ).


Walaupun ia tidak bermaksud "menjauhkan diri" secara harfiah, ia merujuk pada pengabaian tanggungjawab atau kegagalan terhadap seseorang, yang akhirnya menyebabkan perpisahan dan kerenggangan tragis antara Nabi Yusuf dengan keluarganya yang berlarutan selama berdekad-dekad.


فَرَّطْ dalam kamus bahasa Arab ayat Yusuf 12:80 مَا فَرَّطْنَا diberi makna gagal iaitu sama sekali berbeza, namun perbendaharaan kata al-Quran ia bermaksud "memisahkan", "melepaskan", atau "menjauhkan diri" .


Perkataan khusus فَرَّطْ merupakan sebahagian dari perbendaharaan kata al-Quran. Apabila meneliti sesuatu kisah berdepan dengan perkataan yang sukar difahami, rujuk lah semula dalam konteks kisah yang menggunakan perkataan tersebut; itulah caranya untuk mengingati makna sebenar perkataan itu dengan tepat.

فَرَّطْ dalam leksikon al-Quran bermaksud memisahkan, bercerai. Perkataan khusus ini فُرُطًا dalam Al-Kahf 18:28 adalah sebahagian dari lokusi Ibrahim bukan sebahagian dari bahasa kamus Arab penyair Arab abad ke-7 seperti yang mereka gunakan dalam kitab-kitab tafsir. 

Setiap kali anda terperangkap pada mana-mana perkataan, kembali lah ke kisah cerita untuk menentukan makna perkataan itu. Begitulah cara anda mengingati maksudnya: - 

"Kami telah menurunkan kepadamu Al-Kitab yang menjelaskan segala sesuatu" maksudnya lengkap, tidak ada مَا فَرَّطْنَا tidak ada perpisahan, tidak bercerai antara satu sama lain. 

Al-An'am 6:38 - مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتٰبِ مِنْ شَيْءٍ 

Segala-galanya setiap maklumat dalam al-Quran dibentangkan dalam cara yang saling berkaitan. 



8.



Hud 11:120

وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ اَنْۢبَآءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهٖ فُؤَادَكَ ۚ وَجَآءَكَ فِيْ هٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَّذِكْرٰي لِلْمُؤْمِنِيْنَ 

Dan segala sesuatu yang berupa نَّقُصُّ kisah-kisah yang kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) dari ketetapan yang berkaitan dengan kisah-kisah rasul-rasul (adalah bertujuan) bagi memantapkan kognisi kamu (mewujudkan persepsi yang disengajakan bagi kamu). 

Ia disampaikan dalam bentuk kisah-kisah kepadamu iaitu  اَنْۢبَآءِ الرُّسُلِ (berita penting) yang berkaitan dengan kisah para rasul.


Apakah مِنْ اَنْۢبَآءِ الرُّسُلِ ? 

اَنْۢبَآءِ bukan sekadar berita atau maklumat atau laporan. اَنْۢبَآءِ adalah sesuatu yang diwajibkan ke atas kamu, sesuatu yang dinantikan, yang membantu anda memahami cara berkelakuan bagi menghadapi perkara akan datang, itulah اَنْۢبَآءِ 

Anda gunakan اَنْۢبَآءِ untuk maju ke hadapan. Allah SWT sedang memberitahu Muhammad SAW sesuatu yang sangat kritikal "tiada siapa yang memberitahu anda tentang perkara ini sebelum nya anda tidak pernah mendengar nya sebelum ini" 

قُصُّ adalah kisah-kisah عَلَيْكَ (diwajibkan keatas anda) meliputi sebahagian dari اَنْۢبَآءِ, Kami memberitahu anda قُصُّ ini bukan sekadar menceritakan sejarah masa lalu ia bukan bertujuan hiburan ia bukan untuk melupakan layanan sengsara yang anda hadapi daripada musuh-musuh Islam. Ia lebih daripada itu.

قُصُّ kisah-kisah ini membantu anda menyusun strategic langkah anda ke hadapan bagaimana anda melaksanakan misi anda dan cara anda menyampaikan mesej yang telah ditugaskan kepada anda. 

Ini adalah maklumat baharu yang tiada siapa memberitahu anda tentang nya sebelum ini.  اَنْۢبَآءِ bukan sekadar satu catatan, berita, maklumat, atau laporan biasa;  اَنْۢبَآءِ ialah sesuatu yang menjangkau ke hadapan sesuatu yang membantu anda memahami apa yang bakal berlaku serta cara untuk bertindak dan bersikap. Itulah hakikat  اَنْۢبَآءِ.

Salah satu lapisan pemahaman السَّمَاوَات ialah lapisan pemahaman وَحْي iaitu lapisan yang mengandungi perintah arahan yang Allah sampaikan kepada Baginda SAW (dan seterusnya, kepada kita).

وَحْي adalah lapisan pemahaman suruhan, lapisan arahan pengajaran yang Allah SWT berikan kepada junjungan kita SAW.

Hidayah Ilahi menjadi benar-benar kritikal apabila kita memahami kisah-kisah ini.

(rujuk https://youtu.be/MEvSVYodS8A?si=k-xmMc8EiWaqZzcM) -

Hidayah Ilahi الْمَاء diturunkan setimpal dengan tahap kefahaman skema diri sendiri, weltanschauung sendiri. Pemahaman yang Allah kurniakan mencukupi keperluan kegunaan khusus bagi anda sendiri. Ia berguna untuk perancangan anda sendiri sahaja.

Itulah diliputi maksud فَاِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا - apabila kamu menghadapi kesulitan Allah SWT memberi kamu kefahaman setimpal yang mencukupi tahap kepahaman anda, dan ini adalah peluang untuk kita merujuk ke arah Allah - merujuk ke arah ذِكْرِ dan lihat apa yang boleh kamu petik daripada ذِكْرِ .

Fokus pada apa yang Allah SWT cuba ajarkan kepada kamu tentang cara menangani masalah kamu. 

Inilah sebabnya Allah SWT mengulangi nya dua kali :

فَاِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ۙ 

اِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ؕ

Oleh itu, يُسْرً yang merupakan kemudahan pemahaman yang Allah SWT akan berikan kepada anda secara khusus pada masa menghadapi cabaran, melalui ذِكْرِ .

Dan begitulah cara Allah SWT memberikan petunjuk-Nya kepada nabi SAW sewaktu kesusahan yang paling teruk yang dilaluinya. 

“Dan segala sesuatu berupa kisah-kisah yang Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) dari ketetapan-ketetapan اَنْۢبَآءِ الرُّسُلِ kisah-kisah rasul-rasul (yang dimaksudkan) “: 

مَا نُثَبِّتُ بِهٖ فُؤَادَكَ ۚ 

Maksud Allah SWT: Kami memantapkan hati dan ingatanmu; Kami memastikan maknanya kekal terpahat, mengukuhkan daya kognitif mu menjadikannya teguh, berakar umbi, dan mantap sehingga tidak mungkin dapat dilenyapkan.

Dan bahagian ayat yang indah ini - ia juga bertujuan "supaya anda memantapkan kognisi anda sendiri" . Apakah maksudnya "mantapkan kognisi anda sendiri"? Ini bermakna Kami membuatkan anda mengingati maksud sebenar perkataan ini 

فُؤَادَ sering diterjemahkan sebagai "hati" tetapi فُؤَادَ dan قَلْب adalah perkataan yang berbeza .

فُؤَادَ ialah aspek kognisi sedar, persepsi sedar; anda sedang menggunakan فُؤَادَ anda apabila anda sedar. Apabila anda tidak memberi perhatian, قَلْب iaitu minda bawah sedar anda yang berperanan, iaitu skema atau العرش (weltanschauung) anda.


Rumusan Interpretasi Hud 11:120:

Kisah-kisah ini membantu anda menyelaraskan فُؤَادَ, kognisi sedar anda, dengan leksikon Ilahi, melalui kisah وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ, kami bertanggung jawab atas anda مِنْ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ  (anda perlu melakukan apa yang kami ajarkan kepada anda dalam kisah-kisah perintah yang berkaitan dengan kisah-kisah utusan ini), supaya kami menstabilkan kognisi anda مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَۚ .


Al-Qasas 28:10


وَاَصْبَحَ فُؤَادُ اُمِّ مُوْسٰي فٰرِغًا ؕ اِنْ كَادَتْ لَتُبْدِيْ بِهٖ لَوْلَاۤ اَنْ رَّبَطْنَا عَلٰي قَلْبِهَا لِتَكُوْنَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ


Bahagian pertama ayat tersebut menggunakan perkataan فُؤَادُ manakala bahagian akhirnya menggunakan قَلْبِ ; kedua-duanya merupakan perkataan berbeza yang membawa maksud berbeza, jadi ia tidak mungkin merujuk kepada perkara yang sama.

Dan dalam yang satu ini juga kamu telah diberikan kebenaran, dan nasihat, dan contoh manfaat kepada orang yang beriman (dengan izin Allah) secara spontan untuk mengingati jawapan (yang diberikan Ilahi) kepada mereka !

Analisis Linguistik Al-Qasas 28:10:


Istilah فُؤَادُ (hati yang bergelora dengan emosi yang membara) berasal dari kata akar فُ-ؤ-دُ (fa-a-da) yang bermaksud "membakar" atau "menyalakan". فُؤَادُ digambarkan sebagai keadaan hati seorang ibu, اُمِّ مُوْسٰي yang dikuasai emosi hebat meluap-luap (seperti rasa takut yang amat sangat, kesedihan atau panik). Dalam keadaan ini, hati menjadi فٰرِغًا kosong dari sebarang pertimbangan akal kerana sepenuhnya dikuasai oleh peristiwa yang sedang berlaku. 


Akibat keadaan فُؤَادُ inilah, beliau اُمِّ مُوْسٰي hampir melakukan kesalahan fatal yang boleh mendedahkan identiti Nabi Musa kepada tentera Firaun.


Teks tersebut beralih kepada konsep قَلْبِ (Teras yang stabil / teguh) dalam perkataan قَلْبِهَا apabila memperlihatkan campur tangan Tuhan لَوْلَاۤ اَنْ رَّبَطْنَا عَلٰي قَلْبِهَا "sekiranya Kami tidak mengukuhkan قَلْبِ -nya"


Analisis ini membezakan antara  فُؤَادُ (haba tindak balas yang tidak stabil) dengan قَلْبِ (pusat keyakinan yang teguh, akal yang penuh pertimbangan, dan keimanan)


Melalui lensa linguistik ini, رَّبَطْنَا yang "mengikat" adalah proses di mana Tuhan mengubah keadaan emosi yang membara dan panik kembali kepada akal yang teguh dan setia.


Dan tiap-tiap berita dari اَنْۢبَآءِ الرُّسُلِ berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), adalah untuk menguatkan قَلْب mu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
 

9.


An-Nahl 16:43


وَمَاۤ اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ اِلَّا رِجَالًا نُّوْحِيْۤ اِلَيْهِمْ


Tidaklah Kami mengutus sebelum kamu (wahai Muhammad) melainkan manusia yang Kami wahyukan (Kami arahkan) kepada mereka.


وحي ia bukan "mekanisme kaedah penurunan hidayah" (seperti yang diajarkan kepada kita). Dalam konteks ungkapan Ibrahim dalam al-Quran, وحي merujuk pada arahan khusus, kandungan khusus, disampaikan pada waktu yang tepat (bukan serentak). Itu lah petunjuk Ilahi. Itulah وحي.


نُّوْحِيْۤ = kami mengarahkan; 

 فَسْـَٔلُوْۤا اَهْلَ الذِّكْرِ ۙ 


Oleh itu, فَسْـَٔلُوْۤا tanya lah (jamak) orang-orang yang mahir dalam  ذِّكْرِ ۙ iaitu اَهْلَ الذِّكْرِ jika anda tidak berpengetahuan berasaskan bukti sebagai sarana membuat kesimpulan dan penyembunyian :-

  • kompeten dalam menafsir, mendalami, menggali perbendaharaan kata terkandung dalam kisah-kisah dan perumpamaan;
  • mustahil boleh memahami al-Quran jika 
    • tidak memahami ذِّكْرِ ۙ
    • tidak  mempunyai pengetahuan berasaskan bukti
اِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ ۙ
Jika masih belum bersedia, jika anda tidak tahu anda boleh bertanya pakar اَهْلَ الذِّكْرِ

 

Dan Kami telah menyampaikan ذِّكْرِ ۙ peringatan itu kepadamu agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka (umat yang menerima kitab-kitab terdahulu) apa yang telah berulang kali disampaikan kepada mereka sebelumnya, supaya mereka dapat merenung kebenaranmu.


اِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ ۙ ini bukanlah keutamaan.


Keutamaannya ialah bagi anda sendiri yang perlu gigih berusaha. Jika tidak tahu, bertanyalah pakar yang sudah konsisten menggali makna khusus kisah-kisah dalam al-Quran, dengan bersandarkan sepenuhnya kepada autoriti yang telah Allah SWT letakkan di dalam al-Quran.


Kisah-kisah al-Quran yang mana satu?


Bukan kisah yang diambil daripada versi Taurat yang telah terpesong, bukan yang diambil daripada sumber Kristian, dan bukan juga berasaskan tafsiran keliru dalam kitab-kitab tafsir berciri puisi Arab.


Soalan yang perlu diajukan kepada pakar-pakar ini ialah:

"Apakah metodologi kamu?"


Jika dia menjawab: "Saya belajar daripada kitab itu dan ini," atau "Saya bergantung pada pendapat si fulan dan si fulan (yang telah meninggal dunia sejak 1,200 tahun lalu),"

maka itu BUKANLAH satu metodologi.

Dia tidak tahu bagaimana menggali perbendaharaan kata Ilahi daripada ذِّكْرِ Allah SWT.


اَهْلَ الذِّكْرِ ialah mereka yang benar-benar kompeten, yang bersandar secara berwibawa pada autoriti apa yang telah Allah SWT letakkan di dalam al-Quran.



An-Nahl 16:44
بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ

بَيِّنٰتِ merujuk pada sarana (epistemologi) instrumen mengeluarkan bukti, instrumen epistemologi, instrumen deduksi, instrumen untuk memahami cara kita menemukan ayat dan cara kita menentukan apa yang betul dan apa yang tidak betul


زُّبُرِۗ = saranan penyembunyian وَالزُّبُر berasal dari الْجُبِّ Yusuf 12:10 وَاَلْقُوْهُ فِيْ غَيٰبَتِ الْجُبِّ “lemparkan dia (Yusof) kedalam الْجُبِّ perigi, atau kerap disebut الْبِئْرَ Zabara al-bi'r / زَبَرَ البِئْرَ . 


Konsep لْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ



Kami telah menyarankan بِالْبَيِّنٰتِ وَالزُّبُرِ bagi mencapai  ketiga-tiga perkara ini iaitu:


(1) An-Nahl 16:43 - kami wasiatkan perintah نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْۚ "penurunan وحِ" kepada رِجَالًا- "Perintah yang telah Kami berikan kepada setiap rasul sebelum kamu, dan juga kepada kamu.


Dan perintah-perintah ini berselindung di sebalik tabir penyembunyian. Maka, untuk mengeluarkannya, kamu perlu mempelajari apakah sarana-sarana penyimpulan بَيِّنٰتِ ini serta memahami apakah bentuk-bentuk penyembunyian tersebut.


(2) An-Nahl 16:43  فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ Oleh itu, bertanyalah (kamu jamak), kepada orang-orang yang berilmu dalam ذِّكْرِ. Kecekapan dalam ذِّكْرِ bermaksud mereka menguasai kaedah-kaedah penyimpulan بَيِّنٰتِ dan mampu mengesan adanya sesuatu yang terselindung, lantas berupaya menyingkap tabir tersebut untuk melihat hakikat di sebaliknya.


(3) An-Nahl 16:43 اِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ ۙ  jika kamu tidak mempunyai ilmu yang berdasarkan dalil -oleh it, bertanyalah (kamu jamak), orang-orang yang mampu dalam ذِّكْرِ


Justeru, ketiga-tiga ayat surah An-Nahl 16:43 ini merupakan instrumen penyembunyian, namun boleh dizahirkan melalui kaedah penyimpulan dua perkataan pertama بِالْبَيِّنٰتِ وَالزُّبُرِ  ayat An-Nahl 16:44.


Bahagian pertama Allah SWT menyatakan bahawa segala perintah arahan kepada semua rasul (termasuk juga kita) disampaikan melalui بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ iaitu sarana melakukan penyimpulan serta penyembunyian makna.


Bahagian kedua Allah tidak mengatakannya secara samar apa maksudNya. "Kecekapan berzikir" itu bermaksud mereka menguasai kaedah-kaedah penyimpulan serta mampu mengesan sesuatu yang tersembunyi, lantas berupaya menyingkap tabir melihat apa yang tersembunyi di bawahnya.


Bahagian ketiga - situasi di mana anda tidak berpengetahuan berasaskan bukti. Sebaliknya: jika anda telah meluangkan masa mempelajari kaedah penyimpulan dari al-Quran menggali segala mekanisme memahami perkara yang tersirat, seterusnya tidak berhenti pada lapisan zahir sahaja. Jika anda memiliki bukti tersebut, anda boleh melakukan tafsiran al-Quran secara sendiri dengan penuh yakin dan tenang, berasa pasti bahawa anda sedang mendapat petunjukNya.


Jika anda tidak memilikinya tidak mengapa; bertanya lah pada أَهْلَ ٱلذِّكْرِ. Jangan sekali-kali bertanya pada mereka yang tidak memberikan bukti selaras dengan بَيِّنٰتِ وَالزُّبُرِ ؕ instrumen penyembunyian dan penyimpulan ini.


(akhir An-Nahl 16:44)


وَاَنْزَلْنَاۤ اِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ اِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ 


Kami berikan peringatan ini supaya kamu ingatkan mereka (golongan yang menerima kitab-kitab terdahulu) tentang berkali-kali peringatan kepada mereka sebelum ini, semoga mereka merenung serta memikirkannya (berhubung dengan kebenaranmu).


Bagaimana tahu ia mengenai “kitab-kitab terdahulu”?


Kerana Allah jelas berfirman tentang "apa yang telah berulang kali disampaikan kepada mereka sebelum ini" – perhatikan وَاَنْزَلْنَاۤ اِلَيْكَ dan نُزِّلَ اِلَيْهِمْ dua bentuk kata terbitan yang berbeza bagi kata kerja نَزَّلَ.


Bentuk perkataan اَنْزَلْنَاۤ bermaksud "kami telah menurunkan kepada kamu pada satu ketika", sebelum ini cerita kisah yang sama telah disampaikan kepada mereka berulang kali namun mereka menyelewengkannya, melupakannya, mengubah suai nya, menghapuskannya, serta menambah-nambah padanya.


Dan oleh itu Allah menggambarkan al-Quran sebagai Wahyu jadi ia mendedahkan apa yang sepatutnya mereka pelihara.  Inilah yang dimaksudkan oleh نُزِّلَ اِلَيْهِمْ  dengan maksudnya “berkali-kali”.


Ia tidak ada kena mengena dengan apa yang mereka mengatakan bahawa bahagian ayat ini اِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ membuktikan bahawa peranan Nabi SAW adalah untuk menjelaskan al-Quran. Tiada kena mengena langsong dengan ini kerana perkataan تُبَيِّنَ hanyalah "untuk mendedahkan" - bukan "untuk menjelaskan" ! ! !


Jadi, mereka bermain dengan semantik dan memesongkan makna semantik al-Quran apabila mendakwa bahawa bahagian وَاَنْزَلْنَاۤ اِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ اِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ itu membuktikan bahawa "penjelasan" tersebut mestilah datang daripada Nabi Muhammad SAW, para Sahabat, dan golongan Tabi'ien.


Mengarut! Tidak boleh diterima, bukan itu maksud ayat tersebut! Ayat ini hanya menyatakan لِتُبَيِّنَ, yang bermaksud "untuk mendedahkan".


Dalam An-Naml 27:76 يَقُصُّ عَلٰي بَنِيْۤ اِسْرَآءِيْلَ Allah SWT memberitahu dengan jelas bahawa هٰذَا الْقُرْاٰنَ Quran ini يَقُصُّ عَلٰي melaporkan (dalam bentuk ذِّكْرَ kisah-kisah cerita dan perumpamaan) kepada Bani Israel dimana اَكْثَرَ الَّذِيْ kebanyakan nya (isi kandungan nya) هُمْ فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ mereka adalah berbeza dalam hal cerita itu.


Allah SWT menjelaskan perkara sebenar mengenai hal-hal yang sering menjadi bahan perdebatan dan pertikaian mereka. Istilah لِتُبَيِّنَ di sini bermaksud mendedahkan, mengemukakan, untuk melenyapkan kekeliruan mereka, serta menegaskan bahawa Allah telah pun menceritakan kisah-kisah ini kepada mereka berkali-kali sebelum ini.


Kini, Allah SWT memelihara kisah-kisah tersebut di dalam al-Quran seperti yang dinyatakan dalam ayat An-Nahl 16:44 وَاَنْزَلْنَاۤ اِلَيْكَ الذِّكْرَ agar ia dapat disampaikan dan diperjelaskan kepada mereka; tujuannya adalah untuk menzahirkan semula segala perkara yang pernah mereka terima berulang kali, namun telah mereka ubah suai, selewengkan, atau hilangkan.


Itulah sebabnya dua ayat ini An-Nahl 16:43 dan An-Nahl 16:44 sangat penting untuk difahami dengan betul; kerana jika anda memahaminya dengan tepat, anda tidak akan terpedaya oleh mereka yang mendakwa bahawa "kita mesti ada حديث; kita mesti ada سيرة; kita mesti ada أسباب النزول; kita mesti mendengar kata individu itu atau individu ini yang telah meninggal dunia 1,400 atau 1,200 tahun yang lalu." 


Kedua-dua ayat ini sangat jelas; ia merupakan ayat yang menggariskan metodologi, yang menerangkan dengan nyata apa yang telah Allah SWT sertakan di dalam al-Quran dalam bentuk بَيِّنٰتِ  (instrumen mengeluarkan bukti) dan زُّبُرِ ؕ (instrumen penyembunyian /penyimpulan).



***************

No comments:

Post a Comment

اُولٰٓئِكَ ; يَهْدِيْهِمْ ; الَّذِيْنَ ; النَّارُ YT78 Bhgn 5

  Ini adalah pengajaran yang jelas bahawa mereka yang menggunakan ungkapan اللّٰهُمَّ bukanlah orang yang baik ! ! Analisis penggunaan ...