ٱلدِّينُ - الْمُلْكُ ۫ - حُورٌ - عِينٌ - مَآ - مَلَك - ٱلْمَلٰٓئِكَة
*****************************************
Falsafah al-Quran :
********************************
(1) Kehidupan penduduk (Bumi) di الدُّنْيَاۤ Alam Semesta Fizikal
وَمَا هٰذِهِ الْحَيٰوةُ الدُّنْيَاۤ اِلَّا لَهْوٌ وَّلَعِبٌ ؕ Al-'Ankabut 29:64:1-7
kehidupan دُّنْيَاۤ tidak lain hiburan dan mainan
(2) Kehidupan (أَنفُسَهُمْ) di الغيب) الآخرة)
وَاِنَّ الدَّارَ الْاٰخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۘ Al-'Ankabut 29:64:8-12
sesungguhnya الْاٰخِرَةَ itu ialah kehidupan yang kekal abadi jika mereka mengetahui
Istilah penduduk Bumi merujuk pada manusia yang masih hidup.
أَنفُسَهُمْ = penduduk dunia yang sudah mati yang sedang berada di alam semesta ءَاخِرةِۚ
*****************
Apakah ٱلدِّينُ ? [terjemahan tradisional = "agama", "cara hidup"]
ٱلدِّينُ juga merujuk kepada (2) dua kelompok ahli-ahlinya bukan sahaja pada sistem hukum, Iaitu :
(1) kumpulan Manusia penduduk Bumi yang hidup di Alam Semesta الدُّنْيَاۤ ini dan juga
(2) أَنفُسَهُمْ di ءَاخِرَةِۚ yang selesa mencari dan menerima sistem hukum ٱلدِّينُ yang ditetapkan oleh Allah SWT.
********************
Morfologi :
Perkataan ٱلدِّينُ mewakili participle jamak atau pasif :
ٱلدِّينُ : اسم مفعول البسيغة الجمك
al-Quran banyak mentakrifkan istilah sendiri jika kita paham morfologinya. Bentuk ejaan atau cara bunyi sebutan memberi petunjuk jelas maksud sesuatu perkataan.
Perkataan2 ٱلدِّينُ ; َعِيرٍۖ ; عِينٌ ; هِيمِ ; تِّينِ - semua bentuk morfologi menandakan jamak.
Etimologi ٱلدِّينُ dalam al-Quran = sesuatu yang tidak normal, anomali atau pelik.
Bentuk serta bunyi sebutannya sama beberapa perkataan lain dalam al-Quran, beberapa contoh:
(a) Al-Waqiah 56:55 الْهِيْمِ ؕؕ - "seperti unta" - deskriptif anomali cara pelik meminum air seperti unta :
فَشٰرِبُوْنَ شُرْبَ الْهِيْمِ ؕ “Dan kemudian minum seperti cara unta minum" bermaksud - janggal, anomali yang khusus.
Unta - jamak mengikut definisi
(c) Al-Waqi'ah 56:22:1 : وَحُوْرٌ عِيْنٌ = “Dan وَحُوْرٌ ayat-ayat suci yang terungkai dan bersumber dari
عِيْنٌ ۙ = "sumber (aliran air) - "mata air" cucuran hidayah ilmu Ilahi” = "setelah dirungkai" maka terserlah عِينٌ - mesej sebenar yang terselindung disebalik cucuran hidayah ilmu Ilahi itu, disebalik علم yang tersimpan disisi Allah SWT).
عِيْنٌ "mata air" (cucuran hidayah ilmu Ilahi) عِيْنٌ ۙ = bentuk jamak.
Itulah maksud kata kerja وَحُورٌ [Al-Waqi'ah 56:22:1] (kata kerja حُ وْ رٌ bermaksud membuka atau mengurai [seperti membuka tudung kepala] atau seperti [merungkai daun kubis satu demi satu]
*******************
[Tafsir Awam - Al-Waqi'ah 56:22:1 = “Dan mereka dilayani bidadari dengan mata besar dan cantik parasnya]
*******************
Mengapa Allah gunakan perkataan ٱلدِّينُ dalam konteks jamak? Contoh:
Az-Zumar 39:2:10 فَٱعْبُدِ ٱللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ ٱلدِّينَ : bermaksud ramai (jamak) - meliputi semua Individu - Manusia (yang hidup) di Dunia + أَنفُسَهُمْ individu yang sudah mati sedang berada di ءَاخِرَةِۚ dan ramai yang tunduk pada sistem peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT لَّهُ ٱلدِّينَ .
Kesemuanya: Manusia ; أَنفُسَهُمْ ; dan ٱلدِّينُ adalah milik-Nya. bukan sistem peraturan itu sahaja ٱلدِّينُ milik-Nya.
Al-Baqarah 2:9:8 وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
"tetapi mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri dan mereka tidak menyedarinya"
*******************
Hubungan antara : ٱلدِّينِ dan ٱلْمُلْكُ
Terdapat hubungan jelas antara ٱلْمُلْكُ tadbir urus dan ٱلدِّينِ sistem peraturan Allah SWT.
(a) Al-Fatihah 1:4 - Allah SWT mengajar kita مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ "Pemerintah berdaulat" (Allah SWT)" yang (Men . . ) "Tadbir Urus" dengan mantap.
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ - "Ada ٱلدِّينِ untuk مَٰلِكِ" = "perintah yang dikuasai oleh Allah SWT - dan مَٰلِكِ ditadbir urus dan diterima oleh Manusia (di dunia) dan oleh أَنفُسَهُمْ di ءَاخِرَةِۚ".
(b) Yusuf 12:76:18-20 فِيْ دِيْنِ الْمَلِكِ mengikut undang-undang "raja"
Tadbir urus kerajaan raja sangat penting difahami oleh semua orang di bawah naungan kerajaan raja itu.
Surah Yusuf 12:76:20 ٱلْمَلِكِ itu adalah raja manusia, dalam kes Al-Fatihah 1:4 , مَٰلِكِ "raja" sudah tentu Allah SWT.
Pahami konsep tadbir urus ٱلْمُلْكُ, dan kita boleh terapkan pelbagai cara untuk memahami peranan manusia dalam alam semesta ini.
Dan seterusnya memahami apa jua mesej Al-Quran supaya dapat melaksanakan peranan itu dengan tepat mengikut Al-Quran.
*******************
Apakah ٱلْمُلْكُ itu? :
ٱلْمُلْكُ dalam Quran merujuk pada Tadbir Urus semua ciptaan, segala urusan dalam kehidupan, meliputi:
1. Alam Semesta Fizikal dalam kehidupan Alam الدُّنْيَاۤ ini, dan juga:
2. Alam ءَاخِرَةِۚ yang mungkin tidak semua (manusia biasa) boleh rasai semasa dalam kehidupan ini الدُّنْيَاۤ.
Setiap istilah dalam Quran mempunyai dimensi (sempadan spesifik definisi semantik) tersendiri.
Memang konsep KEHENDAK BEBAS itu bercanggah dengan istilah "kekuasaan" / "kerajaan"
Tatacara Tadbir Urus = "Manual" peraturan operasi - Dilaksanakan dengan Kehendak Bebas. Tadbir urus menurut Al-Quran merangkumi lebih banyak aspek berbanding tadbir urus Alam Semesta Fizikal ini.
An-Najm 53:25 mengesahkannya :- فَلِلَّهِ ٱلْءَاخِرَةُ وَٱلْأُولَىٰ
Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan ءَاخِرَةُ dan urusan الدُّنْيَاۤ
Tadbir urus dalam kamus Arab dirujuk "الحَوْكَمَة" yang merangkumi:
- Terminologi dan Definisinya
- Peranan
- Kewajipan dan Tanggungjawab
- Kuasa & Domain Tindakan
- Peraturan
- Dasar
- Prosedur
- Tindakan dan Implikasinya
- Domain Permohonan untuk setiap perkara di atas
- Pengecualian
- merangkumi pelbagai perkara berpandu bidang yang digunakan - tadbir urus lembaga korporat; tadbir urus maklumat; tadbir urus perundangan dan tadbir urus bidang kuasa {termasuk istilahnya sendiri, terminologi dan definisi nya}:-
- tadbir urus merangkumi pelbagai peranan dimainkan oleh pelakon atau ejen terlibat - yang meliputi jawatan tertinggi (KPE) hingga ka yang terendah didalam sesuatu organisasi (penjaga pintu, pemandu van) dan sebagainya. Setiap ejen memainkan peranan dalam alam dunia mini nya sendiri -
Semua konsep-konsep tadbir urus tersebut ada dalam Al-Quran. Allah SWT memberi kita banyak butiran yang serupa tentang ٱلْمُلْكُ (tadbir urusan) bagi mempastikan keseluruhan perintah hukum ٱلدِّينِ yang Allah SWT tetapkan dapat berfungsi dengan betul.
**************
Mengapa bersungguh-sungguh membaca Al-Quran itu begitu penting?
Jawapan: Kerana Al-Quran menyediakan terminologi dan penjelasan bagi semua aspek ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus !!!
Bersusah payah melakukan perkara betul dengan menggunakan terma-terma terminologi yang betul merupakan komponen tersangat penting mempastikan perjalanan baik fungsi mana-mana sistem ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus bagi menjadikan ٱلدِّينُ berfungsi dengan betul.
Allah tidak campur tangan dalam semua butiran ini. Allah menyediakan cara mengatur diri bagi memudahkan hidup. Allah menyediakan segala butiran, semua spesifikasi meliputi الْمُلْكُ ۫ agar kita memahami kewujudan dan peranan kita sendiri di alam semesta ini. Sebaik sahaja paham peranan operasi ٱلدِّينُ untuk diri sendiri, seluruh alam semesta akan berfungsi dengan lebih lancar, lebih sesuai dan lebih selaras dengan kebaikan yang Allah SWT letakkan dalam Alam Semesta ini.
Jika anda bertanya mengapa Tuhan izinkan berlaku kejahatan di dunia, anda harus tanya "adakah saya sudah mengikuti الْمُلْكُ ۫tadbir urus-Nya dalam melaksanakan ٱلدِّينُ perintah Allah SWT' untuk mengelakkan kejahatan sedemikian"?
Dan jika jawabannya Ya, kita akur arahan maka kita berhak bertanya mengapa kejahatan masih berlaku.
Tetapi jika jawabannya Tidak, maknanya kita masih belum mengikuti الْمُلْكُ prosedur kerja cara tadbir urus yang ditetapkan oleh Allah bagi melaksanakan ٱلدِّينُ arahan sebenar yang Allah SWT telah perintahkan, maka kita tidak berhak bertanya mengapa masih ada kejahatan di alam semesta ini atau di dunia ini.
Maka, bersungguh-sungguh lah membaca Al-Quran menggunakan metodologi yang betul. Ini sangat penting kerana ia membantu kita memahami ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus ٱلدِّينُ Allah SWT.
*********************
Hubungan dengan Beberapa Istilah Al-Quran:
Menjadi مُسْلِم menjadi مؤمن menjadi مُحْسِن sesuai dengan definisi ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus dalam al-Quran. Anda tidak boleh mengatakan sudah memahami ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus atau anda telah dibenarkan untuk mempelajari ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus jika (a) anda tidak memahami terminologi al-Quran dan (b) anda melanggar ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus yang anda fahami.
Muslim (penyerah) مُسْلِم : seseorang yang tunduk kepada bahagian ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus yang berkaitan dengannya, dia mengambil berat tentang perkara-perkara khusus yang berkaitan dengan pekerjaannya'.
Mukmin (orang yang beriman) مؤمن : dia tidak hanya tunduk kepada ٱلدِّينُ, dia benar-benar memahami mengapa sesuatu perlu dilakukan dengan ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus tertentu dia memahami justifikasi dan asas mentadbir urus
مؤمن adalah seseorang yang memahami justifikasi dan asas ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus.
Muhsin (pemegang wawasan) مُحْسِن : (peserta sebalik tabir terkanan dalam hierarki ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus) seorang pemegang/pencari Wawasan, yang memahami/menerangkan segala prosedur terperinci pembangunan selepas begitu banyak pengujian dan penilaian maklum balas rintis pelanggan - Pemahaman Melampaui batasan Mu’min
Seseorang yang mampu menjelaskan sekurang-kurangnya sebahagian keperluan motivasi butiran الْمُلْكُ ۫ tadbir urus.
Malak مَلَك (jamak : ملائكة) : Kita faham konsep Mala (buat masa ini kita akan menggunakan perkataan terjemahan ملائكة) perkataan مَلَك pada dasarnya adalah bentuk jamak bagi perkataan ملائكة, merujuk kepada seseorang yang sangat mahir dalam pelbagai bidang ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus, sudah tentu dalam kes al-Quran, ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus yang ditetapkan oleh Allah.
Malak atau Malaikat: Seseorang yang boleh menavigasi dan melaksanakan pelbagai bidang ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus benar-benar secara profesional dan mahir (semestinya bukan semua bidang) - yang benar-benar boleh manipulasi navigasi pelaksanaan dalam sistem ٱلدِّينُ itu. Ia bukan sekadar seseorang yang tunduk, yang telah belajar, seseorang yang mahir, berpengetahuan, berdisiplin di mana-mana bahagian ٱلدِّينُ -. Bukan sekadar mempercayai sistem bukan sekadar mempunyai sedikit pemahaman untuk dijelaskan kepada orang lain. Mereka mempunyai wawasan dan mereka boleh menavigasi dalam sistem dengan profesional dengan cara yang mahir.
cth.:
(a) Orang korporat yang menulis Manual tadbir urus restoran McD dia lah orang yang boleh memahami pelbagai aspek ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus restoran McD. Mungkin pengurus juga boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadi contoh مَلَك atau ملائكة. Atau pelbagai ejen berperanan bijak dan unik berorientasikan perincian menerapkan semua aspek tadbir urus seperti yang ditetapkan oleh Allah (baik atau seperti yang ditetapkan oleh sesiapa yang menetapkan tadbir urus untuk entiti apa sahaja yang kita bicarakan)
(b) Sistem mahkamah undang-undang mempunyai hakim, peguam, kerani mahkamah, mempunyai pelbagai butiran untuk menjadikan sistem perundangan itu ٱلدِّينُ.
مَلَ atau مَلَك - sesuatu sangat spesifik ia berkaitan dengan Allah, ia berkaitan dengan:
- rujukan peranan Manusia di alam semesta dunia ini dan peranan أَنفُسَ di akhirat,
- rujukan peranan ahli pengurus tadbir professional yang boleh melakukan manipulasi, navigasi, melaksanakan pelbagai bidang tadbir urus secara profesional (semestinya bukan semua bidang) - berdisiplin di mana-mana bahagian ٱلدِّينُ
- rujukan peranan ahli korporat yang menulis manual ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus,
- atau merujuk kepada pelbagai ejen berperanan bijak serta unik yang berorientasi menerap semua aspek tadbir urus secara terperinci, iaitu sama ada:
- yang ditetapkan oleh Allah
- atau seperti yang ditetapkan oleh pengurus sesuatu entiti tadbir.
- ia merujuk kepada paradigma baru, kerangka kerja baru digunakan bagi memahami setiap terminologi dalam al-Quran melainkan anda memahami konsep tadbir urus itu sendiri.
Menjadi مُسْلِم menjadi مؤمن menjadi مُحْسِن haruslah sesuai dengan definisi مَلَك (seseorang yang pakar dalam pelbagai bidang ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus dalam al-Quran.
Anda tidak boleh mengaku sudah mencapai tahap ٱلْمُلْكُ selagi :
(a) anda tidak memahami terminologi al-Quran dan
(b) anda melanggar ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus yang anda mendakwa sudah memahami nya.
******************
Istilah ٱلدِّينُ meliputi sistem berfungsi yang ditetapkan dalam al-Quran dan merangkumi sekurang-kurangnya 2 bahagian iaitu Alam Semesta Fizikal serta Alam Semesta yang tidak dapat dilihat (oleh penduduk Bumi yang hidup dengan batasan fizikal semasa di Alam Semesta Fizikal ini).
Konsep ٱلدِّينُ dalam al-Quran tidak terhad kepada alam semesta fizikal dan juga konsep ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus tidak terhad kepada Alam Semesta fizikal yang hanya sebahagian daripada ٱلدِّينُ,
Tujuan kepada siapa? Tujuan kepada Allah sebagai Pencipta, Dia mempunyai tujuan tertentu.
Apakah tujuannya pada manusia?
Jawapan: Untuk memberi kita penduduk bumi peluang mempelajari ٱلْمُلْكُ = Tadbir Urus dan mengalami sebahagian daripada ٱلدِّينُ:
- Allah SWT sememamg nya boleh memberi kita akses mudah terus ka الآخرة bagi memahami Alam Semesta sepenuhnya - ٱلدِّينُ sepenuhnya, dengan meletakkan kita secara langsung terus di الآخرة. Allah SWT boleh memilih untuk berbuat demikian.
- Lagi Dia boleh memilih untuk memberi manusia konsep Kesedaran Masa sebelum kelahiran fizikal manusia. Tetapi Allah SWT memulakan Kesedaran Masa kita sewaktu proses kelahiran fizikal didalam الرَّحِم ibu.
Mengapa?
Jawapannya ialah "Memulakan kita dengan Tubuh Fizikal yang melekat kepada rakan sebaya kita iaitu نَفْس - supaya tubuh fizikal manusia sentiasa KEKAL berdamping bersama نَفْس sejurus selepas kita mengenali Alam Semesta Fizikal (الدُّنْيَاۤ ) .
Alam semesta ini umpama kotak pasir, batu tulis kosong iaitu tempat permainan di mana kita dapat mengenal pasti terminologi, tapak persediaan di mana kita boleh melakukan beberapa latihan untuk membangunkan serta mengembangkan نَفْس kita (dari awal kelahiran ka الدُّنْيَاۤ).
Contoh: ketika melihat sebiji epal jatuh dari pokok anda akan faham maksud kata kerja "jatuh". Apabila Allah SWT menggunakan perkataan "jatuh" dalam Al-Quran (dijatuhkan), (diturunkan), kita faham asal usul kata kerja "jatuh" tersebut adalah dari Alam Fizikal. Merujuk pada kepahaman abstrak "turunkan ; menurunkan" sesuatu (objek fizikal atau darjat manusia) dari satu tahap ke tahap lebih rendah").
Pahamkanlah bahawa untuk memahami konsep fizikal terminologi, Allah SWT telah menciptakan Alam Semesta fizikal bagi manusia mulakan kehidupan di الدُّنْيَاۤ, tidak di Alam الغيب didalam الآخرة.
Kita melihat suatu terma fizikal disekitaran dengan deria atau menggunakan instrumen, kemudian membangunkan kepahamannya serta mengembangkan makna semantiknya. Seterusnya mengekstrak laluan metodologi kearah kepahaman konsep abstrak terma fizikal itu.
Al-Quran menyebutnya عِبرة iaitu konsep penghijrahan dari semantik logikal kapada semantik lexikal (kepahaman abstrak) - maksudnya menyeberang dari kepahaman fizikal kepada kepahaman abstrak. Konsep عِبرة merupakan 'pengajaran moral' atau 'amaran' yang berasal dari cerita atau peristiwa.
Setiap Manusia mengamalkan عِبرة untuk meluaskan penggunaan terminologi dan linguistik bahasa komunikasi harian dalam kehidupan dunia. Begitu juga sama halnya bagi أَنفُسَهُمْ semasa berada di الآخرة.
Dengan memahami konsep عِبرة kita boleh memahami tujuan penciptaan Alam Semesta Fizikal kepada Manusia, yang mana adalah :
- dilahirkan keatas "batu tulis" kosong
- makhluk yang dibenarkan berkembang sendiri, dan berkembang tanpa banyak batasan
Pertumbuhan diri sendiri adalah melalui "SOLAT" - حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ dimana manusia didedahkan kepada مَآ (limpahan anugerah Ilmu Allah SWT) sehingga mampu berdikari mengembang diri untuk mencapai حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ - "kemajuan" menuju "kemenangan". Proses mengembangkan diri inilah dinamakan Solat.
Solat dan Zakat kerap digabungkan dalam al-Quran - kedua-duanya fungsi kritikal ٱلدِّينُ - penting bagi setiap Insan, setiap نَفْس.
Baqarah 2:43َ أَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ
“Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah bersama orang-orang yang berlutut”.Itulah dua fungsi kritikal bagi setiap orang untuk setiap jiwa. Inilah sebabnya kita wujud di Alam Semesta ini dan dianugerahkan kehendak bebas yang "terbatas"
- Kita boleh memindahkan pengetahuan merentas generasi
ZAKAT meliputi membantu makhluk lain (Insan fizikal atau أَنفُسَهُمْ) apa pun dan dimana, untuk membangun dan berkembang bersama!
Konsep "Zakat" mengikut Quran adalah membangunkan orang lain memajukan diri sendiri, melalui perkongsian ilmu dan pemberian peluang sebanyak mungkin untuk kehidupan. Bukan hanya sekadar sedekah harta atau kewangan.
*************
KITA BERPEGANG PADA SEGALA APA YANG DI PELAJARI
KEMAS TERSEMAT DIDALAM
'نَفْس'
KEKAL TERUS HINGGA KA الآخرة
Inilah Keterikatan tumbuh fizikal Manusia pada نَفْس!
- Setiap manusia mempunyai keterikatan. Kita mempelajari sesuatu dan kita akan terikat dengannya. Yang bahaya jika anda telah mempelajari sesuatu yang salah sebab anda telah gagal bermuhasabah diri dengan bertanya "adakah perlu berpegang pada nya?"
- Keterikatan ini adalah anugerah Allah SWT yang membolehkan manusia mengekalkan ilmu dan berkembang berkemajuan diri di Alam Semesta fizikal ini.
Bekalan terakhir (keterikatan) ini boleh menjadi Musuh Terburuk kita SENDIRI di ءَاخِرَةِۚ
- Anda mungkin menampilkan diri di ءَاخِرَةِۚ nanti dengan beberapa pengetahuan yang ternyata tidak berasas dari sumber tidak berwibawa sehingga anda akan MENGUTUK diri sendiri.
Apa maksudnya ?
- Kita perlu BELAJAR SEMULA – BUANG YANG KEROH dan AMBIL YANG JERNIH (bersihkan "cawan" qalbu, nyah hapus segala "sampah").
- Belajar semula dengan مَآ ilmu "air bersih", serapkan idea baru pemahaman baru lebih sesuai ke dalam عرش (weltanschauung), dan berusaha membangunkan diri dengan memperolehi pengetahuan baru (yang benar).
- dekatinya (usaha pembangunan diri) dengan rendah hati dan kesedaran bahaha apa yang kita pelajari kelmarin mungkin hari ini terbukti salah. Kembangkan kecekapan ini semasa dalam kehidupan jadikannya kecekapan paling penting untuk dibawa ka ءَاخِرَةِۚ.
Mengapa?
- Kerana di ءَاخِرَةِۚ nanti tidak akan ada peluang belajar secara formal - mencari guru, merujuk kepada ustaz atau membaca kitab al-Quran dan sebagainya.
- Jika النفس anda baru sedar ketika itu apa yang anda pelajari itu salah, ia sudah terlewat, tiada ampun lagi, anda akan terus terjebak dalam kitaran buruk ٱلْحَسِيبُ di ءَاخِرَةِۚ ;-
- (tetapi ada juga kemungkinan proses حَسِيبُ boleh bermula dihadapi semasa di Alam دُّنْيَاۤ sebelum kematian fizikal, sementara menunggu saat menerima keampunan dari Allah SWT dalam tempoh ءَاخِرَةِۚ, atau pun terpaksa menunggu lebih lama entah bila hingga ka hari بِيَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ dan يَوْمِ ٱلدِّينِ Begitulah janji Allah SWT.
- Al-Inshiqaq 84:8 سَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا "Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan (yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya)",
- Al-Inshiqaq 84:10 وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهْرِهِۦ "Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,"
- Al-Inshiqaq 84:11 فَسَوْفَ يَدْعُوا۟ ثُبُورًا "Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya",
- Seperti lebah terhantuk-hantuk kepala pada lembaran kaca yang tidak kelihatan, inilah akibat kealpaan ketika hidup didunia dahulu, gagal menyemak semula ilmu. Anda fikir ilmu sudah mantap atau anda rasakan yakin dengan ilmu itu betul dan sudah ada dalam diri anda maka tidak perlu belajar lagi.
- Anda akan kekal dihukum dalam kitaran buruk ٱلْحَسِيبُ di ءَاخِرَةِۚ nanti seberapa lama hanya Allah SWT yang menentukan selama mana anda akan menghukum diri sendiri tiada siapa yang menghukum selain diri anda sendiri.
Sentiasa cekap bertanya diri sendiri bahawa apa yang telah anda pelajari itu adalah sahih benar ataupun salah (anda tertipu). Jika tidak, anda akan tersekat terperosok dalam kitaran buruk حِسَاب bagi tempoh panjang/pendek bergantung pada amalan masing-masing. Haru biru tanpa tujuan jadinya seperti lebah terhantuk kepala berulang kali pada kepingan kaca yang tidak kelihatan (tidak nampak ke mana tujuan).
Itulah sebabnya Manusia harus memahami al-Quran dengan betul sebelum boleh mengamalkan pelajarannya. Lagipun kita mengaji Quran untuk mengkaji ilmu Allah SWT mahu sampaikan, Bukan sahaja membaca bagi menepati teknik qira'at atau sekadar halwa telinga.
Kepahaman sebenar sahaja boleh membantu manusia selepas kematian fizikal. Menghafal sebahagian dari al-Quran seadanya tanpa memahaminya pun, tidak bermakna apa-apa. Apa faedahnya bagi anda memikul buku ganjil yang tidak fahami.
Kita perlu terus menyemak semula diri kita sendiri dan menilai semula adakah Ilmu Ilahi yang diajarkan selama Kehidupan ini selaras atau tidak dengan ٱلدِّينُ dan مُلْكُ yang digambarkan dalam al-Quran.
Surah An-Nahl 16:78
وَاللّٰهُ اَخْرَجَكُمْ مِّنْۢ بُطُوْنِ اُمَّهٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ شَيْئًا ۙ وَّجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْاَبْصَارَ وَالْاَفْـِٕدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu
dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun;
dan
Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran
dan penglihatan serta hati akal fikiran;
supaya kamu bersyukur.
******************************************
نَفْس ; عِبرة ;الحِسَاب ;الفردوس ;الجحيم ;نُّشُوْرُ ;
******************************************
Soalan & Jawapan
Adakah Alam Semesta Fizikal itu ٱلدِّينُ,?
Jawapan: Tidak! Alam Semesta Fizikal = sebahagian daripada ٱلدِّينُ,
Apakah Tujuan Alam Semesta Fizikal?
Jawapan: Untuk memberi manusia penduduk bumi peluang mempelajari الْمُلْكُ Tadbir Urus dan mengalami sebahagian daripada ٱلدِّينُ
ٱلدِّينُ = sistem berfungsi yang ditetapkan dalam al-Quran - merangkumi sekurang-kurangnya 2 bahagian - Alam Semesta Fizikal دُنْيَا dan Alam Semesta الآخرة yang tidak dapat dilihat (oleh penduduk Bumi yang hidup dengan batasan fizikal semasa di Alam Semesta Fizikal ini).
Perkara utamanya = konsep ٱلدِّينُ dalam al-Quran tidak terhad kepada Alam Semesta fizikal. Tadbir urus الْمُلْكُ juga tidak terhad kepada Alam Semesta fizikal.
Allah sebagai Pencipta, Dia mempunyai tujuan tertentu.
Apakah tujuan Alam Semesta Fizikal kepada Manusia?
Jawapan: Untuk memberi (manusia penduduk bumi) peluang mempelajari الْمُلْكُ Tadbir Urus dan mengalami ٱلدِّينُ:
Allah boleh memberi kita akses langsung kepada akhirat untuk memahami Alam Semesta sepenuhnya (iaitu memahami agama sepenuhnya). Dia boleh memilih untuk berbuat demikian. Dan juga Dia boleh memilih untuk memberi kita Kesedaran disaat wujud sebelum kita dilahirkan.
Tetapi Allah SWT memulakan saat Kesedaran kita apabila dilahirkan ka dunia fizikal sahaja.
Mengapa?
Jawapannya : Sebab Allah SWT mahu "memulakan kehidupan kita dengan Tubuh Fizikal yang melekat pada rakan sebayanya - نَفْس - supaya kita belajar tentang Alam Semesta melalui tubuh fizikal ini.
Adakah terdapat Komunikasi antara Alam Semesta Fizikal ini dan Alam Akhirat?
Jawapan: YA! Sudah tentu.
Al-Quran memberitahu bahawa نَفْسٌ yang sudah berada di alam ءَاخِرَةِۚ boleh berkomunikasi dan berhubungan dengan beberapa نَفْسٌ manusia yang masih hidup di Alam Semesta fizikal dan sebaliknya.
نَفْس peribadi sendiri dalam kehidupan Alam Semesta fizikal sekarang akan عِبرة menyeberang ka Alam الآخرة, ia akan bertahan hidup. Kerana kematian adalah bagi tubuh jasad fizikal sahaja tetapi نَفْس tidak mati sebaik Allah ciptakan nya. Ia kekal hidup di الآخرة tidak kembali semula ke jasad tubuh simati. (tidak ada konsep "reincarnation" dalam al-Quran)
Al-Quran tidak menyokong konsep penjelmaan semula dalam tubuh fizikal. Tetapi Al-Quran menyebut bahawa نَفْس tertentu yang terpilih boleh berkomunikasi dengan beberapa نَفْس manusia penduduk bumi, dengan izin Allah SWT. Terdapat banyak contoh komunikasi antara نَفْس (di alam akhirat) dengan نَفْس yang wujud sebagai penduduk Bumi.
al-Quran ada menyebut di mana Muhammad SAW sebagai Nabi dan juga Rasulullah dapat berkomunikasi dengan pelbagai نَفْس yang berbeza dari alam baka.
Dan seterusnya جِبْرِيل yang menjelma menjadi نَفْس Musa a.s. sebagai penduduk bumi. Dan juga dinyatakan dalam Quran bahawa نَفْس diri Musa a.s. di akhirat ini dirujuk sebagai Jibril dalam peranan khusus Jibril sebagai penyampai mesej daripada Allah SWT. نَفْس diri Musa a.s kembali ka Alam Semesta fizikal sebagai جِبْرِيل.
Mungkinkah sesuatu pembelajaran berlaku dalam komunikasi antara duniawi dan akhirat jawapannya adalah ya.
Allah SWT menggunakan gambaran yang berbeza. نَفْس Musa di alam baka dirujuk kepada جِبْرِيل dalam peranan khusus sebagai komunikator, bagi menyampaikan mesej Allah SWT, itulah yang al-Quran perkatakan. Musa a.s. adalah manusia fizikal yang wujud sebagai penduduk bumi (dan seterusnya, terdapat definisi lain tentang Musa a.s.)
Bolehkah pembelajaran berlaku semasa komunikasi antara penduduk bumi dan نَفْس di الآخرة ini?
Jawapan :Ya Sudah tentu.
Terdapat tiga (3) tahap kemungkinan berlaku terhadap نَفْس manusia selepas kematian, sama ada akan melalui proses (a) الحِسَاب; atau terus dikirimkan ka (b) الْفِرْدَوْسِ atau pun suatu tempat yang dipanggil (c) الجحيم.
1. Bagi yang telah mencapai tahap kepahaman konsep urus tadbir الملك yang secukupnya bagi Allah SWT, mereka boleh terus ke الْفِرْدَوْسِ tanpa الحِسَاب,:
Al-Baqarah 2:212 - يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ؕ وَاللّٰهُ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
tanpa الحِسَاب,
Takrif الْفِرْدَوْسِ = keadaan dimana نَفْس dapat memahami terminologi ٱلدِّينُ serta tadbir urus الْمُلْكُ. Tidak perlu melalui period penggantungan الحِسَاب sementara anda menunggu untuk dilatih dalam tadbir urus.
Mereka di الْفِرْدَوْسِ telah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dan perkembangan diri mereka tanpa kekangan badan fizikal ini lagi. Telah berkembang melangkaui keperluan untuk memahami semantik konsep fizikal bagi melakukan عِبرة (persilangan) kepada abstrak. Mereka terselamat daripada "dipijak-pijak" didalam الجحيم. Itulah maksud الْفِرْدَوْسِ
2. Mereka yang tidak mempelajari konsep urus tadbir الملك semasa kehidupan Alam Semesta fizikal dahulu, atau mempersekutukan Allah SWT (sedar atau tidak sedar), mereka dikehendaki mempelajari tentang الملك semasa الحِسَاب.
Takrif الحِسَاب = keadaan penggantungan نَفْس yang sedang menunggu penghakiman. Tempoh penggantungan itu tidak berkait dengan masa beberapa lama, tetapi ia berkait tahap kecekapan kepahaman tertentu yang mesti dicapai.
3. الجحيم = keadaan mata terbuka luas dalam kegelapan. Anda terus ke الجحيم sejurus selepas kematian.
Allah SWT memberitahu kita dengan jelas bahawa ini berlaku apabila perhitungan anda mungkin bermula dalam kehidupan Alam Semesta fizikal ini, malah anda mungkin dikaitkan dengan sebahagian daripada لجحيم dalam kehidupan ini.
Allah SWT jelas memberitahu bahawa ini berlaku.
Takrif جهنم = pasangan antara نَفْس dan الجحيم - pasangan hubungan satu lawan satu atau satu lawan banyak, jadi daripada لجحيم anda boleh berakhir di جهنم untuk masa yang sangat sangat sangat lama, mungkin selama-lamanya. Terdapat cara untuk keluar dari لجحيم yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Itulah tiga kemungkinan tempat di mana kematian boleh membawa kita. Ingatlah نَفْس anda tidak mati, jasad fizikal anda mati, Al-Quran menyokong semua ini. Ketiga-tiga konsep ini berkaitan dengan memahami kewujudan kita dan peranan yang kita mainkan di Alam Semesta ini atau ٱلدِّينُ secara umum.
Mereka yang dibenarkan untuk terus ka الْفِرْدَوْسِ adalah mereka yang memahami cara sistem beroperasi dan mereka mempunyai peranan untuk dimainkan - peranan apa? = untuk membantu operasi sistem, untuk membantu sistem berfungsi.
Tetapi jika anda tidak tahu bagaimana sistem ini berfungsi atau anda tidak tahu pun kewujudan sistem ini atau tadbir urusnya, terminologia, peraturannya, peranannya dan sebagainya, apakah faedahnya bagi anda berada di الْفِرْدَوْسِ?
Sebaliknya, anda perlu melalui tempoh penghakiman perantaraan الحِسَاب sehingga anda menguasai pengetahuan tentang tadbir urus.
Jadi sekarang, jika anda perlu ke الحِسَاب untuk belajar konsep الْمُلْكُ tadbir urus, bukankah lebih baik belajar mengenainya dalam kehidupan hari ini? Anda mempunyai peluang terbesar sekarang untuk belajar tentang الْمُلْكُ tadbir urus! Sudah tentu !! Kerana anda memiliki al-Quran !! Kembangkan kecekapan anda untuk memahami al-Quran sekarang, hari ini !!! Daripada perlu mempelajarinya dalam keadaan kesusahan yang lebih teruk di الحِسَاب!!
Namun, bagaimana mereka akan belajar di الحِسَاب, ? Tiada Quran disana ! !
Jawapan: Mereka belajar melalui berhubung dengan penduduk bumi di Alam Semesta Fizikal yang benar-benar boleh membantu mereka belajar.
- mereka النُّفُوسُ (an-Nufuus) dari alam ٱلْحَسِيبُ (bilangan satu atau beramai) menyilang masuk ke alam semesta fizikal untuk bersahabat dengan أَنفُسَكُمْ diri manusia tertentu yang hidup, yang dijangka boleh memberikan mereka kemudahan لِلْيُسْرَىٰ untuk membantu mereka belajar secara mutlak. Ini dipanggil النُّشُورُ
- dan Al-Quran berkata demikian. Ini disebut يُسْرَ dalam al-Quran Al-Layl 92:7 فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْيُسْرَىٰ Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).
- (apabila kita terbitkan - berikan maklumat pembelajaran kepada mereka yang berada di ٱلْحَسِيبُ). Ini adalah istilah nya dan jika anda tidak memahami istilah ini, anda tidak akan faham bagaimana anda sesuai dengan keseluruhan model tadbir urus ٱلْمُلْكُ dan sistem berfungsi ٱلدِّينِ ini.
Maka sekarang kita berada dalam kehidupan ini sebagai penduduk bumi yang mungkin boleh membantu sebahagian daripada mereka yang berada di الحِسَاب? Sudah tentu Ya!! Al-Quran membincangkan perkara ini. Ini dipanggil النُّشُورُ (sering digunakan dalam konteks "kembali kepada Allah")
Al-Mulk 67:15 هُوَ الَّذِيْ جَعَلَ لَكُمُ الْاَرْضَ ذَلُوْلًا فَامْشُوْا فِيْ مَنَاكِبِهَا وَكُلُوْا مِنْ رِّزْقِهٖ ؕ وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ
نُّشُوْرُ = apabila kita "menerbitkan", "memberikan pembelajaran maklumat" kepada mereka yang berada di الحِسَاب, ia dipanggil نُّشُوْرُ dalam al-Quran.
نُّشُوْرُ
Ini adalah salah satu terminologi.
Jika anda tidak memahaminya,
anda tidak akan faham
bagaimana anda sesuai dengan keseluruhan
tadbir urus dan model sistem berfungsi ini yang dipanggil
ٱلدِّينُ dan الْمُلْكُ
Apakah Peranan Manusia di Alam Semesta ini?
Jawapan: Kita mempunyai banyak peranan penting:
1. Sebagai Penduduk Bumi:
a. Kita belajar, mengembangkan diri dari pelbagai sumber, termasuk terus dari Allah SWT (Solat)
Tidak perlu melalui perantara, walaupun melalui النَّبِيِّينَ - [sebenarnya النَّبِيِّينَ bukanlah untuk pengikut Al-Quran],
Allah SWT memelihara Al-Quran untuk manusia jadikan instrumen berkomunikasi dengan Nya. Allah berkomunikasi dengan manusia, syaratnya kita mendengar dengan betul dan kita memahami istilah dengan betul.
b. Kita mengajar ilmu Ilahi kepada manusia lain (itulah maksud Zakat), termasuk أَنْفُس dan نَفْس di Akhirat
2, أَنْفُس (selepas kematian fizikal) di Akhirat (أَنْفُس terus ke الْفِرْدَوْسِ memintas جحيم):
الْفِرْدَوْسِ = bermaksud "melepaskan diri dari kemungkinan kesiksaan di-injak" didalam جحيم (sebahagian daripada جهنم).
Istilah الْفِرْدَوْسِ meliputi 2 akar فَرَّ = "melarikan diri" dan دَوْسِ = "dihentak", maka الْفِرْدَوْسِ bermaksud diselamatkan dari menjadi sebahagian daripada جحيم dalam جهنم
a. Semasa di الْفِرْدَوْسِ, manusia sebagai أَنْفُس boleh terus belajar dan mengembangkan diri (sehingga ke tahap lebih dekat kepada Allah). Tahap مَلَٰٓئِ' .
Ilmu Allah SWT adalah tidak terhingga. أَنفُسَ anda akan terus berpeluang untuk berkembang semasa didalam alam ءَاخِرَةِۚ dan anda akan berasa seronok mendekatkan diri kepada Allah kerana semakin anda faham dan semakin banyak pengetahuan anda mengenai sistem ٱلدِّينِ (ciptaan oleh Allah SWT ini selain tentang Allah sendiri), maka akan semakin dekat anda dengan Nya - iaitu dikurniakan status istimewa مَلَٰٓئِ' (unsur ٱلْمَلٰٓئِكَة)
Semakin dekat anda pada Allah - الْمَلَأُ dan itulah sebabnya para ملائكة digambarkan dalam Al-Quran sebagai طير = 'mereka "terbang" ke "atas" sentiasa "terbang ke atas" secara kiasan.
Mereka yang berada di الْفِرْدَوْسِ adalah calon untuk menjadi ملائكة. Sebagai ملائكة, mereka mahir. Mereka pakar dalam مَلَٰٓئِ' (tidak semestinya semua aspek مَلَٰٓئِ') tetapi beberapa aspek mereka pakar dan semakin banyak mereka tahu, semakin mereka faham. Semakin dekat dan semakin "tinggi" secara kiasan, semakin dekat mereka dengan Allah.
b. Kita boleh membantu أَنْفُس lain belajar dan mengembangkan diri, dan penghuni الْفِرْدَوْسِ juga boleh belajar daripada أَنْفُس penduduk bumi (walaupun sebagai ملائكة mengapa tidak).
Ingat Allah SWT boleh memandu langsung أَنْفُس penduduk bumi. Dalam kehidupan fizikal ini sebahagian ilmu Ilahi mungkin telah memintas ملائكة, ada ملائكة tidak tahu apa manusia sudah tahu. al-Quran menjelaskan walaupun nabi dan Rasulullah Muhammad SAW berkata dalam riwayat.
Al-Quran menjelaskan bahawa bahkan sebahagian ٱلنَّبِيِّۦنَ dan riwayat Muhammad SAW ada direkodkan bahawa SAW bersabda: "Ada sebahagian ٱلْمُسْتَقِيمَ (mukmin) yang dicemburui oleh ٱلنَّبِيِّۦنَ, kenapa? Kerana ٱلْمُسْتَقِيمَ lebih mengetahui daripada mereka ٱلنَّبِيِّۦنَ. Al-Quran memberitahu kita kadang-kadang mereka ٱلنَّبِيِّۦنَ datang untuk belajar daripada ٱلْمُسْتَقِيمَ.
3. Sebahagian أَنْفُس di Akhirat (sesetengah manusia menjadi أَنْفُس) dirujuk kepada الحساب atau مَا بَيْنَهُمَا (sekumpulan orang tertentu yang benar-benar tergantung di الحساب menunggu penghakiman sama ada mereka naik ke الْفِرْدَوْسِ atau turun ke الجحيم [peluang kedua yang lebih sukar] atau antara lapisan pemahaman dan kitab suci fizikal ini):
a. Semasa di الحساب mereka menunggu sehingga dibenarkan menyingkirkan perkaitan شْرَكَ dengan Allah, sehingga bersedia untuk belajar semula daripada beberapa penduduk bumi
Apa yang menyebabkan anda berada dalam الحساب? Anda percaya kepada Allah tetapi anda mempunyai شْرَكَ - menyekutukan Allah - memang anda boleh menjadi seorang yang beriman tetapi masih mempunyai syirik.
Yusuf 12:106 وَمَا يُؤْمِنُ اَكْثَرُهُمْ بِاللّٰهِ الَّا وَهُمْ مُّشْرِكُوْنَ
"Sebahagian besar" = اَكْثَرُهُمْ majoriti orang yang beriman walaupun masih dalam keadaan شْرَكَ mensyirikkan Allah.
Allah memberitahu kita bahawa menjadi orang yang beriman kepada Allah sahaja tidak menjamin anda ke الْفِرْدَوْسِ (kebahagiaan di akhirat tanpa risiko dipijak). Anda tidak akan sampai ke الْفِرْدَوْسِ itu jika anda mempunyai شْرَكَ tetapi dalam الْفِرْدَوْسِ anda mempunyai hubungan langsung dengan Allah pada bila-bila masa yang anda pilih.
Jadi ia merupakan konsep yang indah, model yang indah dan ia berkaitan dengan keupayaan kita untuk memahami dalam kehidupan ini.
[[ Tidak seperti model akhirat bersumber alkitabiah :
Anda memasuki kubur dan menunggu lama hari kalendar kosmik akan datang; para sarjana bercakap tentang akhir zaman; yang mereka sebut sebagai Hari Kiamat " iaitu " sebelum Akhir Zaman السَّاعَةَ (sebenarnya mereka tidak memahami apa itu السَّاعَةَ) mereka membuat kita lebih keliru, merasakan mereka sedang mengajar dan melatih atau membantu kita semua memahami ayat al Quran.
- السَّاعَةَ = kata nama feminin untuk persepsi majmuk : Ia harus digunakan dengan kata kerja dan kata ganti nama maskulin, kerana السَّاعَةَ = "pengaliran ilmu Ilahi" yang di sampaikan melalui رُسُلُهُمْ - para utusan dari kalangan orang-orang yang datang terdahulu dan kemudian :
- Al-Waqi'ah 56:13 ثُلَّةٌ مِّنَ الْاَوَّلِيْنَ ۙ "(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu"
- Al-Waqi'ah 56:14 وَقَلِيْلٌ مِّنَ الْاٰخِرِيْنَ ؕ "Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian"
- Tiada bukti langsung yang jelas (contoh) dalam Al-Ahzab 33:63 bahawa السَّاعَةُ bermaksud "Hari Penghakiman".
- Al-Ahzab 33:63 يَسْـَٔلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ ؕ "Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat;"
- Kata dasar سَّاعَ terdapat 49 kali dalam 2 bentuk terbitan iaitu سَّاعَ ةُ ditemui 48 kali dan سَّّاعَ ditemui satu kali dan keseluruhan semua Tafsir serta Terjemahan merujuk pada "Masa" (terjadinya Hari Kiamat).
- Istilah سَّاعَ merujuk kepada "orang yang menyebabkan air mengalir" (مَآءِ atau مَآ' bererti "air" - Hud 11:7 وَّكَانَ عَرْشُهٗ عَلَي الْمَآءِ) . Sebenarnya مَآءِ atau مَآ' merujuk kepada Bimbingan Ilahi", "yang mengalir seperti air di atas أَرْض “bumi” dan أَرْض merujuk pada kitab suci - bermaksud "bimbingan Ilahi yang diterapkan oleh para Utusan (Rasuluhum) keatas ayat-ayat Kitab Suci"
- Maka السَّاعَةُ bermaksud "Para Pengairan - “Irrigators” - orang yang "mengairi" - "yang menerapkan Bimbingn Ilahi pada kitab suci !! Menyebabkannya dihidupkan semula ! ! ]]
Tempoh penghakiman semasa الحساب. :
al-Quran merujuk نَفْس sebagai jamak أَنْفُس keadaannya menunggu sehingga dia berjaya menyingkirkan pertalian شْرَكَ dengan Allah sebelum bersedia untuk belajar semula daripada manusia mengikut ketetapan Allah SWT.
Mengapa terpaksa belajar melalui manusia? Kerana kamu telah pilih untuk belajar sesama manusia semasa hidup di dunia, kamu akan terikat dengannya :
Al-Furqan 25:77 ۚ فَقَدْ كَذَّبْتُمْ فَسَوْفَ يَكُوْنُ لِزَامًا kamu perlu mempelajari mengikut apa yang kamu bohongi.
Maksudnya kamu telah "menafikan كَذَّبْتُمْ" semasa kehidupan dahulu dengan mengatakan 'kita perlu belajar melalui "cara tidak langsung" (yakni belajar melalui MANUSIA lain - tidak melalui hubungan terus dengan Allah SWT melalui al-Quran) :
- melalui seorang Nabi
- melalui seorang Imam,
- melalui seorang Faqeh,
- melalui seorang pemimpin agama;
- beberapa orang paderi;
فَسَوْفَ يَكُوْنُ لِزَامًا kamu akan berterusan berbohong (di الآخرة) - itulah hadiah daripada Allah - kerana kamu selama kehidupan dunia tidak berhubung terus langsung dengan-Nya - oleh itu "adalah wajib ke atas kamu, kamu perlu belajar semula semasa الحساب melalui cara yang sama yang kamu pilih".'
Awak memilih untuk berhubung dengan Allah SWT melalui beberapa "anak kecil" yang telah Mati atau masih Hidup, awak perlu menunggu untuk belajar daripada mereka. Sehingga seseorang datang untuk mengajar awak perkara baharu.
Jika awak salah seorang أَنْفُس di الآخرة sedang di حساب, dan mahu mengubah fikiran di waktu itu, ia akan sangat sukar.
Justeru itu, lebih baik mengubah fikiran belajar semula sekarang semasa hidup di dunia ini ! ! !
b. Kita akan keluar dari الحِسَاب untuk pindah ke الْفِرْدَوْسِ hanya selepas berjaya mempelajari beberapa pembelajaran penting tentang الْمُلْكُ !!
Selagi belum selesai , kita akan terus di-:
Kuarantin.
Diasingkan.
الحجر.
Terpisah dari seluruh ciptaan lain.
Mengapa? Kerana pemikiran kamu berjangkit dan berpenyakit.
4. Mereka yang berada dalam الجحيم dikuarantin (الحجر): TIADA RUANG bagi orang yang menolak Allah diterima di mana-mana bahagian ٱلدِّينُ SISTEM yang diciptakan oleh Allah.
Oleh itu, di الآخرة mereka DIKUARANTIN dan DILARANG menghubungi mana-mana bahagian ٱلدِّينُ sehingga Allah memutuskan.
Bila?
Kita tidak tahu. Sehingga Allah memutuskan kerana kita percaya kepada Rahmat Allah, maka kita tidak tahu.
Bolehkah beberapa أَنْفُس dari الْفِرْدَوْسِ menjadi ملائكة ?
Jawapan: Ya
Itulah tujuan menjadi الْفِرْدَوْسِ untuk menjadi مَلَأُ bermakna ditugaskan dengan bahagian-bahagian ٱلدِّينُ alam semesta ini bukan hanya bahagian semesta fizikal ٱلدِّينُ itu sendiri.
جِبْرِيل ditugaskan untuk berkomunikasi dengan beberapa penduduk bumi yang ditetapkan sebagai nabi. Muhammad SAW adalah Nabi dan menerima Ilmu melalui جِبْرِيل . Pastinya جِبْرِيل juga نَفْس dalam kapasiti نَفْس biasa dari الْفِرْدَوْسِ. Dia berpeluang belajar daripada penduduk bumi Muhammad SAW yang sedang mengaji dan mempelajari Al-Quran.
Adakah ملائكة mempunyai kehendak bebas?
Jawapan: Sudah tentu
Golongan ملائكة mempunyai kehendak bebas bermaksud mereka boleh buat silap. Dan sesetengah golongan ملائكة boleh diturunkan ka taraf الحساب. Ya, sudah tentu golongan ملائكة bukanlah manusia yang sempurna, walaupun Al-Quran mengatakan ملائكة hanya melakukan apa yang diperintahkan dan mereka tidak ingkar perintah Allah. Tetapi kehendak bebas memberi banyak ruang dalam membuat keputusan, jadi Allah SWT tidak menarij semula Kehendak Bebas walaupun selepas kematian. Tanpa kehendak bebas, tiada keseronokan dan kenikmatan. Seekor burung di dalam sangkar paling indah tetapi mengekang kehendak bebasnya, burung itu tidak akan segembira burung lain. Itulah logik pemahaman manusia yang mudah. Kehendak Bebas melibatkan kemungkinan tidak kira betapa kecilnya melakukan kesilapan. Adakah ini terpakai kepada semua manusia? Ya, kita mempunyai pemahaman ini daripada Al-Quran dan Muhammad SAW. Jadi tanpa kehendak bebas, tidak ada keseronokan dan Kehendak Bebas akan meneruskan pembangunan diri dan kemungkinan melakukan beberapa kesalahan kecil. Anda boleh diturunkan pangkat kembali kepada لحساب, anda perlu belajar semula.
Aal-e-Imran 3:81 وَاِذْ اَخَذَ اللّٰهُ مِيْثَاقَ النَّبِيّٖنَ merujuk مِيْثَاقَ Perjanjian antara Allah SWT dan النَّبِيِّينَ, bahawa dari masa ke semasa mereka perlu ءَاَقْرَرْتُمْ وَاَخَذْتُمْ عَلٰي ذٰلِكُمْ اِصْرِيْ ؕkembali memenuhi kewajipan tertentu di bawah Perjanjian itu tetapi kerana tertakluk kepada melakukan kesilapan, kita tahu bahawa setiap orang yang benar-benar memahami Al-Quran memahaminya.
Apakah peranan utama kita dalam Alam Semesta fizikal ini?
Jawapan:
1. Untuk membangunkan diri
2. Untuk membantu orang lain dalam pembangunan diri mereka
3. Untuk menyediakan alam semesta fizikal agar secocok mungkin untuk Akhirat kita sendiri!!
Jadi, ملائكة yang kembali untuk menghadapi لحساب mungkin dikehendaki untuk memenuhi, melengkapkan beberapa keperluan tambahan mereka untuk belajar daripada beberapa penduduk Bumi.
Ini bermakna selepas kematian, anda mungkin berpeluang untuk belajar daripada cucu-cucu anda atau daripada generasi ketiga selepas anda, yang sedang berusaha dan membaca al-Quran dengan betul. Proses itu dipanggil النُّشُورُ. Penduduk bumi sedang melakukan النُّشُورُ untuk mengajar mereka yang telah meninggal dunia.
Allah mungkin membimbing memberi anda laluan سَبِيل untuk belajar daripada penduduk bumi seketika selepas anda meninggal dunia. Maka sebagai penduduk Bumi kita juga berpeluang membantu mereka yang telah meninggal dunia, bukan hanya seorang, mungkin berjuta-juta yang berada di لحساب. Mungkin juga ملائكة yang datang untuk belajar dari anda melalui bahasa anda , tetapi sebenarnya untuk membentuk weltanschauung anda.
Oleh itu, jangan pandang rendah kepentingan usaha anda dalam kehidupan ini kerana anda sedang membantu orang lain, melatih dan memulihkan pahaman diri mereka dalam konsep tadbir urus ملك, begitulah pentingnya ملك.
Apakah tanggungjawab anda untuk masa depan Alam Semesta fizikal ini?
- Pemeliharaan alam semesta fizikal yang baik adalah demi kepentingan diri kita sendiri,
- melatih orang yang boleh membawa obor memikul misi lama selepas kita tiada. Itulah sebabnya zakat sangat penting.
- Kita perlu mengekalkan alam semesta fizikal yang baik sebaik mungkin, supaya semua manusia memahami hubungan erat antara makhluk hidup dan أَنْفُس di akhirat.
- Kita perlu menyediakan persekitaran sosial, membangunkan keadaan ekonomi yang terbaik untuk orang ramai supaya dapat belajar.
- Kita ditugaskan untuk mengajar أَنْفُس yang berada di alam mendatar bersama kita.
- Kita ditugaskan untuk mengajar أَنْفُس yang telah meninggal dunia dan mungkin juga ملائكة yang berada di الْفِرْدَوْسِ.
- Kita perlu membantu orang lain agar mereka berada dalam kedudukan selesa untuk belajar. Bukan hanya untuk kepentingan cucu-cucu yang kita sayangi untuk kepentingan kita sendiri.
Mengapa?
Kerana mereka mungkin menjadi guru saya pada masa hadapan, berusaha untuk masa depan yang lebih baik untuk manusia dan inilah mesej penting Al-Quran. Bekerja untuk masa depan yang lebih baik untuk seluruh manusia bukan sekadar matlamat mulia yang kosong, ia adalah manfaat yang mementingkan diri sendiri yang saya rancang untuk manfaat saya sendiri selepas saya mati.
Inilah masa depan manusia, inilah janji Allah SWT, inilah kebaikan ciptaan Allah, merealisasikan bukan sahaja untuk kepentingan mereka yang masih hidup tetapi juga untuk mereka yang telah meninggal dunia, anda mempengaruhi masa lalu secara literal, anda membawa manusia dari masa lalu ke keadaan yang lebih baik supaya mereka dapat terus berkembang dan semakin dekat dengan Allah. Anda juga menanam benih untuk semua mereka yang belum tiba di tempat kejadian di Alam Semesta fizikal ini.
Alangkah indahnya misi ini, betapa komprehensifnya misi ini. Siapakah yang berani memusnahkan ekologi atau alam sekitar selepas memahami konsep ini? Siapakah yang berani memusnahkan masyarakat selepas memahami konsep semua peperangan yang anda lihat. Mereka yang mereka-reka Perang sedemikian dan memulakan Perang sedemikian hanyalah mereka yang mencederakan diri mereka sendiri dan itulah sebabnya Al-Quran terus memberitahu kita bahawa Allah memberitahu kita bahawa Allah tidak menzalimi manusia, mereka menzalimi diri mereka sendiri. Mereka yang tidak memahami peranan mereka di Alam Semesta fizikal ini sebenarnya merugikan diri sendiri kerana mereka merosakkan keupayaan masa depan mereka untuk keluar dari situasi sukar yang akan mereka hadapi di akhirat.
Itulah yang menanti mereka yang tidak memahami kerosakan yang mereka lakukan di alam semesta fizikal ini yang menyakiti orang lain dan yang mencipta semua kerosakan di Bumi. Sebaliknya, mereka yang membantu orang lain berkembang dan yang sedang membangunkan diri mereka sendiri sedang mempersiapkan diri mereka untuk masa depan yang lebih baik untuk manusia. Ini adalah era pemahaman manusia yang baharu. Inilah janji yang diajarkan dan dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita dengan memahami الملك dan الدين Allah dalam Al-Quran.
Saya harap gambaran ini benar-benar jelas setelah kita memahami hubungan yang kita miliki dengan alam semesta fizikal dan dengan semua Umat Manusia yang lain, kita akan enggan membuat pembohongan kecil, kita akan enggan menipu sesiapa pun untuk mencuri daripada sesiapa pun apatah lagi membunuh sesiapa pun supaya manusia sesama manusia menjadi medan dari mana kita datang untuk mendapatkan rezeki dan pertumbuhan rohani kita sendiri selepas kita menjalani kehidupan fizikal. Ini adalah falsafah kehidupan yang begitu indah yang tidak pernah diartikulasikan tentang Islam, tidak pernah diartikulasikan tentang Al-Quran.
YT186 Falsafah Al-Quran tentang Kehidupan di Alam Semesta dan Akhirat: Apakah peranan yang kita mainkan dalam kedua-duanya?
No comments:
Post a Comment