Tuesday, 1 July 2025

الْفِتْيَةُ Kisah pemuda Al Kahfe (Bhgn 2)

 

Allah SWT memberi arahan terus Al-Kahfi 18:10 kepada الْفِتْيَةُ kumpulan pemuda beriman bagaimana mencari pandangan tersembunyi didalam جِبَال (gua di kawasan pergunungan) iaitu "mencari wawasan ilmu yang tersembunyi dalam teks kitab suci".

Allah SWT menceritakan kesemuanya 5 kisah berbeza dalam Surah Al-Kahf diantaranya :-

Al-Kahf 18:84-85 Allah SWT memberi arahan langsung keseluruhan trajektori misi "ذِي الْقَرْنَيْنِ ؕ" (a.k.a Muhammad SAW).- bagaimana, di mana dia harus bergerak ke hadapan, meliputi orang-orang yang mungkin di temui di Madinah dsb.

Kisah ذِي الْقَرْنَيْنِ ؕ Dzul-Qarnayn a.k.a Muhammad SAW adalah sangat kompleks melainkan kita memahami beberapa istilah asas.

  • Contoh: Serangga أرادا apabila memakan daun kayu hutan akan meninggalkan kesan seperti contengan atas permukaan apa yang di makan nya. Bayangkan أرادا ini "memakan" bahagian permukaan teks kitab dan meninggalkan contengan kelihatan seperti tulisan teks.

  • Jadi ٱلْأَرْضِ sebenarnya bermaksud teks kitab suci. Al-Kahf 18:84 إِنَّا مَكَّنَّا لَهُۥ فِى ٱلْأَرْضِ adalah spesifik istilah lokusi Ibrahim bermaksud Kami telah memberi kuasa-kuasa khusus yang berasal dari kitab,; apa maksudnya? Kami telah memberinya rezeki dalam bentuk segala jalan do'a dari tiap-tiap bahagian dalam kitab suci.:-

سَبَبً - jalan do'a, punca segala sesuatu

  • وَاٰتَيْنٰهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا - perkataan سَبَبً bermaksud 2 perkara -
    • (dalam bahasa arab biasa ia bermaksud sebab atau punca segala sesuatu seperti dalam penyebab),
    • tetapi dalam lokusi Ibrahim dan juga hieroglif Mesir ia menunjukkan seseorang berdoa dengan mengangkat tangan mereka menunjuk ke atasdan sebahagian daripada tangan disebut سَبَبً. Oleh itu, apabila anda mengangkat tangan anda sebagaimana yang biasa dilakukan oleh kekasih kita SAW semasa anda berdoa, anda sedang menyambung kepada سَبَبً - punca segala sesuatu. 

Al-Kahf 18:84 

Lokusi Ibrahim & BaiyyinahTafseel 

Ibn Kathir 

اِنَّا مَكَّنَّا لَهٗ فِي الْاَرْضِ 

 

Kami telah mengurniakan kepadanya kuasa-kuasa khusus yang berasal dari kitab, 

 

 

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, 

 

 

وَاٰتَيْنٰهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا 

 

 

dan Kami telah memberikan kepadanya, dari tiap-tiap bahagian (kitab suci), jalan doa (sebagai penyebab)  

 

 

dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya 

 

 

Al-Kahf 18:85 

Lokusi Ibrahim & BaiyyinahTafseel 

Ibn Kathir 

فَاَتْبَعَ سَبَبًا 

 

Dan dengan itu, dia menyuruh orang lain mengikuti cara doa ini (sebagai sebab musabab) 

 

 

Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya) 

مِن كُلِّ شَىْءٍ : perkataan شَىْءٍ biasanya merujuk pada sebahagian dari al kitab. Tetapi dalam lokusi Ibrahim ia merujuk kepada teks al-Quran itu sendiri. 

"Kami kurniakan nya "ذِي الْقَرْنَيْنِ ؕ" (a.k.a Muhammad SAW) kuasa-kuasa yang istimewa" berasal dari kitab suci al-Quran - jelas bermakna ذِي الْقَرْنَيْنِ ؕ Dzul-Qarnayn diberikan kitab, dan وَءَاتَيْنَٰهُ مِن كُلِّ شَىْءٍ سَبَبًا. Perhatikan perkataan سَبَبًا Kami telah anugerahkan dia segala سَبَبً - segala jalan doa dari ayat ayat Quran.

Kami berikan ذِي الْقَرْنَيْنِ ؕ Dzul-Qarnayn (a.k.a Muhammad SAW ) cara yang betul untuk berdoa berdasarkan kitab. 

Allah SWT mengenal pasti anugerah yang paling utama kepada Dzul-Qarnayn ذِي الْقَرْنَيْنِ ؕ iaitu

(a) dia mampu membaca kitab suci,

(b) dia mampu menguraikannya,

(c) serta mengeluarkan doa daripada kitab suci .  Ini sangat cantik. Inilah yang Allah SWT ajarkan kepada kita maka سَبَبً itu adalah jalan untuk melakukan doa. 

Al-Kahf 18:84  - Allah SWT mengajar ذِي الْقَرْنَيْنِ ؕ Dzul-Qarnayn (a.k.a Muhammad SAW ) ayat-ayat kitab suci untuk membolehkannya berkomunikasi dengan Allah SWT.

Tidak kira apa lagi yang anda lakukan, anda :-

  • perlu mempelajari الملك  undang-undang pentadbiran alam 
  • perlu memahami semua sebab dan kesan dan menguasainya 
  • menyediakan rancangan dan susun atur aktiviti 
  • lakukan yang terbaik untuk mematuhi undang-undang alam yang anda ketahui ini ,

tetapi pada akhirnya - doa dan status pencapaian hubungan anda dengan Allah SWT jua akan mengatasi segalanya.

Jika kita tingkatkan perhubungan dengan kitab Allah SWT, kita akan dapat berinteraksi dengan سَبَبً - punca segala sesuatu. 

Orang monoteis sejati benar-benar memahami ini, menghayatinya, dan memastikan bahawa dia menjalaninya setiap detik dalam hidupnya. 

Al-Kahfi 18:9 َ اَصْحٰبَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيْمِ ۙ berbeza daripada الْفِتْيَةُ اِلَي الْكَهْفِ dalam Al-Kahfi 18:10

Allah SWT mengajar baginda SAW mesej berkod rahsia ini dalam Lagenda al Kahfe.

  • Apa yang perlu diperhatikan
  • bagaimana melindungi golongan muda mukmin awal di sekelilingnya. Maka Allah SWT menyebut golongan ini sebagai الْفِتْيَةُ اِلَي الْكَهْفِ dalam Al-Kahfi 18:10.

Allah SWT dalam Al-Kahfi 18:9 memberi amaran pada SAW dan para sahabatnya tentang اَصْحٰبَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيْمِ. Jadi di sini kita perlu menjejaki bilakah Allah SWT menggunakan كَهْفِ untuk

  • merujuk pada "gua untuk bersembunyi" bagi orang-orang kafir,
  • atau كَهْفِ untuk merujuk pada golongan muda mukmin iaitu الْفِتْيَةُ yang telah diarahkan mencari ilmu yang tersembunyi dalam teks kitab suci.


عَجَبًا = takjub

Perkataan عَجَبًا = takjub dalam Al-Kahfi 18:9 merupakan petanda seperti Al-Jinn 72:1 dimana sekumpulan Jin menyembunyi mendengar Al-Quran lalu berkata اِنَّا سَمِعْنَا قُرْاٰنًا عَجَبًا "sesungguhnya kami mendengar Al-Quran yang menakjubkan"

Kumpulan yang serupa didapati dalam Al-Kahfi 18:9 mereka mengatakan "kagum dengan apa yang mereka dengar". Allah SWT memberi amaran kepada SAW

  • Cakapan "takjub" عَجَبًا digunakan mereka tidak semestinya benar. "Adakah kamu menyangka bahawa orang-orang ini hairan dengan ayat-ayat Kami (al-Quran) adakah kamu menyangka mereka benar ketika mengatakan Al-Quran itu menakjubkan? 
  • Al-Kahfi 18:10 - "Jangan berfikir ketakjuban mereka boleh dipercayai"
  • الْفِتْيَةُ yang diarahkan untuk mencari pandangan di dalam gua, perkataan "gua" merujuk kepada maklumat dalaman yang bertentangan dengan maklumat di dalam jibal itu. زِينَة perhiasan dalam Al-Kahfi 18:53


al-Quran - hamzah terletak atas alif -  أَ dalam رَأَوْ - persepsi abstrak
berbanding
Tafsiran - hamzah terletak atas baris وَرَءَا َ - persepsi nyata fizikal

Al-Kahf 18:53 

Lokusi Ibrahim & BaiyyinahTafseel 

Ibn Kathir 

وَرَاَ ٱلْمُجْرِمُونَ ٱلنَّارَ 

Dan penjenayah tafsir melihat النَّارَ api secara fizikal ( وَرَءَا َ )

Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka 

 

وَرَاَ - وَرَاَ di eja dengan ءَ hamzah terletak atas baris asas - ( وَرَءَا َ ) memberi maksud "melihat secara fizikal dengan mata kasar" dalam kontext ayat وَرَا merupakan زِيْنَةً 

 

 

فَظَنُّوٓا۟ أَنَّهُم مُّوَاقِعُوهَا 

 

 

dan mereka (dengan salah) menyangka akan jatuh ke dalamnya 

 

 

maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya 

 

فَظَنُّوْۤا اَنَّهُمْ مُّوَاقِعُوْهَا bermaksud melihat api Neraka fizikal di Akhirat segera mereka bayangkan النَّارَ fizikal di hidupan hari ini akan ada النَّارَ yang sama di akhirat. 

 

 

وَلَمْ يَجِدُوا۟ عَنْهَا مَصْرِفًا 

 

 

dan mereka tidak dapat mencari jalan untuk memahami sendiri melebihi apa yang dilihat oleh mata mereka (api fizikal) 

 

 

dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. 

 


Ini adalah pemahaman sebenar ayat Al-Kahfi 18:53. 

Anda perlu memahami perkataan raa'a yang dieja dengan cara رَأَو atau dengan cara ini وَرَءَا َ. Anda tidak akan faham keseluruhan ayat ini jika anda tidak memahami ia sebahagian dari lokusi Ibrahim dan tidak memahami perbezaan antara ra'a وَرَءَا َ dan رَأَو  . 

Al-Quran jelas menggunakan Hamzah terletak diatas Alif -  أَ dalam رَأَوْ 

.... jelas dalam Quran ... menjadikan maksudnya "persepsi" secara abstrak , bukanmelihat secara kasar bukan وَرَءَا melihat secara nyata fizikal 

وَرَءَا ٱلْمُجْرِمُونَ ٱلنَّارَ 

رَءَا dieja dengan cara ini hamzah di atas garis dasar Ia adalah sebahagian dari lokusi Ibrahim (anda tidak akan memahami ayat ini terperangkap dalam زِينَةً )َ 

  • Ingat ra'aa وَرَءَا apabila ءَ Hamza duduk di atas saf bermaksud mereka "melihatnya النَّارَ dengan mata kasar" iaitu api fizikal sebenar النَّارَ - dan mereka tersalah sangka akan jatuh ke dalam api neraka fizikal saperti itu di Akhirat.  
  • Jadi di sini seperti yang anda lihat jika anda mengikuti lapisan زِينَةً pemahaman dangkal ayat ini anda akan berfikir yang sama bahawa ada api di akhirat. 

 

Al-Kahf 18:10 

Lokusi Ibrahim & BaiyyinahTafseel 

Ibn Kathir 

إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ 

 

 

Apabila pemuda-pemuda itu mencari beberapa pandangan kepahaman ilmu "di dalam جِبْل 

 

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, 

Ketika pemuda-pemuda itu mencari wawasan di dalam gua, mereka mengucapkan doa yang indah ini dengan berkata:

فَقَالُوا۟ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً  

 

 

Mereka mengucapkan doa yang indah ini dengan berkata: "Ya Tuhan kami, izinkan kami belajar, dari Rahmat-Mu,  


 

lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, 

 

وَّهَيِّيٴْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا 

 

 

dan bentukkan untuk kami dalam usaha kami jalan untuk mencari arah yang betul - وَّهَيِّيٴْ 'izinkan kami membentuk, mengenali jalan ke hadapan. 

 

 

dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami" 



Kata kerja اَوَي digunakan dalam pelbagai cerita termasuk kisah Yusuf 12:69 ءَاوَىٰٓ إِلَيْهِ أَخَاهُۖ قَالَ إِنِّىٓ أَنَا۠ أَخُوكَ  "Yusof mendekati adiknya dan mendedahkan rahsia, pandangan sulit nya , wawasan nya, bahawa dia adalah abang kandungnya". Allah SWT mengajar bahawa kata kerja  أَوَى bermaksud "mencari wawasan" [insights


Maka Allah SWT mengajar Muhammad SAW bahawa "kamu adalah sebahagian dari kumpulan ٱلْفِتْيَةُ ini dan kamu hendaklah berlindung di dalam ٱلْكَهْفِ untuk mencari wawasan pandangan yang tersembunyi, petunjuk-petunjuk yang tersembunyi dari ٱلْجِبَالَ unit-unit komposisi terminologi lokusi Ibrahim didalam ayat-ayat al-Quran. 

Ini adalah do'a yang indah ia bermula dengan رَبَّنَاۤ  (digunakan di lebih 150 tempat dalam Al-Quran) Allah SWT mengajar do'a yang bermula dengan رَبَّنَاۤ atau rabbi, bukan ٱللَّٰهُمَّ (tolong elakkan mengguna perkataan ٱللَّٰهُمَّ itu walau apa cara sekalipun).

Ayat ini adalah arahan kepada junjungan kita SAW yang dimuatkan dalam huraian tentang apa yang ٱلْفِتْيَةُ pemuda yang beriman itu akan lakukan. Iaitu "berlindung di dalam gua" yang bermaksud melihat ke "pemahaman dalam ٱلْجِبَالَ" (secara tradisinya diterjemahkan sebagai "gunung") tetapi makna sebenar ialah unit gubahan (dari kata kerja جبل ja-ba-la iaitu mencampur atau mengarang) teks kitab suci klausa ayat dalam al-Quran.

Oleh itu ٱلْجِبَالَ pergunungan, "gua di dalam ٱلْجِبَالَ" bermaksud wawasan ilmu pengetahuan tersembunyi dalam unit komposisi ayat.

Imej yang dipersembahkan di sini :–

perkataan ٱلْكَهْف digunakan "untuk merujuk kepada 2 jenis maksud :

(i) menyembunyikan  وَٱلرَّقِيمِ inskripsi - tanda bertulis" merujuk pada sesuatu yang mereka tulis dengan tangan sendiri - itu tandanya kumpulan أَصْحَٰبَ ٱلْكَهْفِ وَٱلرَّقِيمِ sahabat gua ini mereka bukan orang baik dan وَٱلرَّقِيمِ buku-buku yang mereka ditulis itu, - ia merujuk pada orang kafir Bani Israel

 (ii) merujuk kepada kefahaman ilmu yang tersembunyi di dalam جِبْل unit komposisi ayat-ayat klausa teks kitab suci - al-Quran, yang meliputi  golongan "anak muda beriman", ٱلْفِتْيَةُ dalam Al-Kahfi 18:10.mereka adalah kumpulan anak muda terawal iaitu bakal para Sahabat disekeliling Baginda Rasulullah ISAW.

Al-Quran menggunakan perkataan sama dalam cerita yang sama tetapi anda perlu memikirkan apa yang dimaksudkan itu bergantung pada konteks ayat. 

Ungkapan أَصْحَٰبَ ٱلْكَهْفِ وَٱلرَّقِيمِ adalah merujuk kepada pengkhianat dan kafir dan ancaman kepada Rasulullah SAW yang dikasihi.

Al-Kahf 18:11 

Lokusi Ibrahim & BaiyyinahTafseel 

Ibn Kathir 

فَضَرَبْنَاِ 

 

 

Dan demikianlah (sebagai hasil dari doa yang betul oleh ٱلْفِتْيَةُ pemuda-pemuda yang beriman dalam Al-Kahfi 18:10), 


Lalu   

 

عَلٰۤي اٰذَانِهِمْ فِي الْكَهْف 

 

 

Kami telah mengenakan penghalang yang mengasingkan telinga mereka (menghalang أَصْحَٰبَ ٱلْكَهْفِ وَٱلرَّقِيمِ), mereka untuk menerima petunjuk Ilahi

 

 

Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, 

 

 

سِنِيْنَ عَدَدًا ۙ 

 

 

sebagai kumpulan yang tidak produktif, yang tidak bermoral (terhadap satu sama lain dan terhadap kamu) 

 

 

bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. 


فِى ٱلْكَهْفِ - mereka gunakan "suasana keheningan gua" bagi menyembunyi beberapa pengetahuan manusia dan mengubah suai beberapa tajuk sewaktu dalam penyembunyian nya.

سِنِينَ عَدَدًا - tafsiran kedua-dua istilah ini sangat penting untuk memahami cerita dan memahami banyak perkara kisah-kisah lain dalam al-Quran.

سِنِينَ ialah bentuk jamak dari سَنَ dan definisi lokusi Ibrahim merujuk pada tempoh tidak produktif atau tanah tidak subur atau kumpulan manusia tidak produktif. Jadi kumpulan orang-orang أَصْحَٰبَ ٱلْكَهْفِ وَٱلرَّقِيمِ ini adalah tidak produktif sebab Allah telah mengenakan halangan menjadikan mereka satu kumpulan berbeza dari الْفِتْيَةُ اِلَي الْكَهْفِ

عَجَبًا (diterjemahkan - bertentangan) - kumpulan orang berciri bermusuhan, bertentangan dan berselisih faham.
 

Al-Kahf 18:12 

Lokusi Ibrahim & BaiyyinahTafseel 

Ibn Kathir 

ثُمَّ بَعَثْنٰهُمْ 

Dan kemudian, Kami keluarkan mereka (pemuda-pemuda itu, secara terang-terangan, kemudiannya)  

Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), 

 

لِنَعْلَمَ 

 

supaya Kami dedahkan pengetahuan berdasarkan bukti

 

 

untuk Kami menguji 

 

اَيُّ الْحِزْبَيْنِ اَحْصٰي 

 

mengenai mana di antara dua pihak yang lebih mengetahui  

 

 

 

siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya,. 


 

لِمَا لَبِثُوْۤا اَمَدًا 

 

mengapa mereka (أَصْحَٰبَ ٱلْكَهْفِ وَٱلرَّقِيمِ) kekal (dalam keadaan mereka) untuk tempoh yang lama. 

 

 

tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu) 


أَصْحَٰبَ ٱلْكَهْفِ وَٱلرَّقِيمِ mereka adalah sebahagian daripada Bani Israel, penganut Taurat yang telah rosak.

Ayat 12 ini mengesahkan bahawa ada 2 golongan berbeza ْحِزْبَيْنِ - Kami lahirkan بَعَثْنَٰهُمْ pemuda-pemuda yang beriman secara terang-terangan - fungsi mereka untuk membangkitkan pemahaman sebenar dan membatalkan kebatilan, supaya "Kami mendedahkan ilmu yang berlandaskan dalil" tentang ٱلْحِزْبَيْنِ أَصْلَمِ أَصْنِ لَبِثُوٓا۟ أَمَدًا manakah di antara kedua-dua pihak (2 kumpulan berbeza) yang lebih mengetahui mengapa kumpulan أَصْحَٰبَ ٱلْكَهْفِ وَٱلرَّقِيمِ kekal dalam keadaan mereka untuk tempoh yang lama. 


































No comments:

Post a Comment

اسْتَعِيْنُوْا بِاللّٰهِ وَاصْبِرُوْا ۚ

  Biarkan Al-Quran mengajar dan membimbing kita ka jalanan penemuan kebenaran , Insya-Allah. Kebenaran mengatasi segalanya, kita menerima a...