Al-Kahf 18:18 | Lokusi Ibrahim & BaiyyinahTafseel | Ibn Kathir |
وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌۚ | Dan kamu (Muhammad) menyangka mereka (penghuni gua dan kitab-kitab yang ditulis) terjaga, sedar, tetapi sebenarnya "tidur nyenyak" metafora | Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; |
Mereka bukan tidur fizikal lelap mata, bukan., Mereka dalam sedar fizikal boleh bangun dan berjalan tetapi sebenarnya batin mereka, hati qalbu mereka tertutup dalam keadaan terlena - (metaphorical deep slumber) hingga tidak dapat menerima Rahmat Allah SWT
| ||
وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ ٱلْيَمِينِ وَذَاتَ ٱلشِّمَالِۖ
|
Kami membuatkan وَنُقَلِّبُهُمْ - qalbu mereka terkeliru tak tentu-arah berbolak-balik kan dari perkara yang baik ke perkara yang buruk dan sebaliknya
|
dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; |
وَنُقَلِّبُهُمْ berbalik-balik kan dari kanan ke kiri dan dari kiri ke kanan maksudnya sifat kerohanian hati qalbu mereka yang berkeadaan terkeliru berbolak-balik dari perkara baik ke perkara buruk, dan dari perkara buruk ke perkara baik dalam keadaan tak tentu arah, dalam kekeliruan. Gambaran nya sepadan dengan apa yang Allah SWT firmankan dalam Al-Kahfi 18:11 فَضَرَبْنَا عَلَىٰٓ ءَاذَانِهِمْ فِى ٱلْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا Maka Kami tutupkan telinga mereka (di dalam gua itu) selama beberapa tahun (dalam tempoh tidak produktif - seperti tanah gersang tidak subur seperti pasir tepong halus di gurun Sahara) sehingga mereka tidak mampu menerima petunjuk Ilahi menjadikan mereka tidak produktif (bermusuhan terhadap satu sama lain dan juga terhadap kamu, Muhammad). | ||
وَكَلْبُهُم بَٰسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِٱلْوَصِيدِۚ
|
semasa وَكَلْبُهُم - "anjing mereka" (metafora pemimpin atau pelindung mereka) بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ "meregangkan lengan" di بِالْوَصِيْدِ "di pintu gua" :- iaitu metafora "mengancam" (bersedia untuk menerkam bagi melindungi mereka daripada "tersedar" "terbangun" daripada "tidur nyenyak" daripada keadaan kepercayaan sesat mereka itu)
|
sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; |
وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيْدِ Allah SWT menyifatkan pemimpin atau pembela mereka itu sebagai anjing وَكَلْبُهُم - maka bayangkanlah, mereka اَصْحٰبَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيْمِ ini bukanlah kumpulan manusia yang baik
| ||
Setiap kali ungkapan ini بِسِطٌ دِرَاعِهِ digunakan didalam al-Quran - dalam Al-Kahfi 18:18 atau بِسِطٍ يَدِى seperti dalam Al-Ma'idah 5:28, (seperti yang kita lihat dalam kisah “dua anak Adam) لَئِنْۢ بَسَطْتَّ اِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِيْ "Jika kamu menghulurkan tanganmu terhadapku untuk membunuhmu ", مَاۤ اَنَا بِبَاسِطٍ يَّدِيَ اِلَيْكَ لِاَقْتُلَكَ ۚ “aku tidak akan menghulurkan tanganku untuk membunuhmu."
Ungkapan بِسِطٌ دِرَاعِهِ atau بِسِطٍ يَدِى sentiasa merujuk kepada pencerobohan yang kemungkinan berakhir dengan pembunuhan seumpamanya. Namun, atas sebab tertentu, anda dapati ramai di kalangan kumpulan yang mendendangkan lagu, syair mereka :-
- مولاي صلي وسلم دائما ابدا "Tuhanku limpahkan kesejahteraan dan keberkatan kepada- SAW hamba Mu sentiasa dan selama-lamanya" dan
- "إلهي، أنا على بابك، أمد يدي." "Tuhan, saya di pintu-Mu, hulurkan tangan saya untuk Mu." menggunakan ungkapan بِسِطٍ يَدِى ini untuk menyatakan rasa cinta mereka terhadap Rasulullah SAW
Para pembela pihak اَصْحٰبَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيْمِ disebut sebagai وَكَلْبُهُم "anjing" yang "menghulurkan lengan mereka" terhadap para Sahabat Rasulullah SAW - orang-orang muda yang beriman الفِتْيَةُ اِلَي الْكَهْفِ, untuk "bersedia menerkam mereka", بِالْوَصِيْدِ - "untuk melompat, untuk mempertahankan kewibawaan kepercayaan mereka, صَحْمَةٌ. الْكَهْفِ وَالرَّقِيْمِ para sahabat gua dan kitab-kitab yang mereka tulis, cara sesat mereka di mana mereka berada.
لَوِ ٱطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا |
Sekiranya kamu memeriksa mereka dari dekat (sehingga mendedahkan diri kamu kepada mereka), لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ nescaya kamu lari daripada mereka, dan َّلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا kamu akan diganasi oleh mereka.
|
jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
|
- "jika anda mula لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا bertindak terlalu cepat "lari daripada mereka" walaupun untuk mempertahankan Komuniti anda sendiri,
- (iaitu sebelum لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ "merenung muka mereka" -"mendedahkan diri anda kepada mereka", akhirnya sama juga anda akan لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا akan melarikan diri dari mereka juga,
- dan sesudah itu وَّلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا anda akan diganasi oleh mereka sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment