Fakta Sejarah :Tafsir Al-Quran Bertulis Terawal Bermula Sekitar 300 Hijrah
***************************************
Bermula seawal 40 Hijrah
sebagai tafsir lisan
di majlis-majlis agama di masjid
Skrip dan pembentangan dibumbui cerita kitab suci terdahulu (terutama Taurat yang telah di korupkan isi kandungan nya), diselit persepsi manusia, serpihan dan hiburan untuk menarik perhatian melalaikan.
Sejarah tafsir tidak sesuci tetapi diformalkan sebagai saluran pemantau negara, pengaruh awam, dipengaruhi dan bermotif politik. Penafsiran bukan berdasarkan metodologi al-Quran tetapi berdasarkan hiburan dan penceritaan.
Pendokumentasian hadis, seerah tentang SAW dan tafsir yang berpecah-belah secara lisan telah dimulakan kira-kira 170 Hijrah semasa Dinasti Abbasiyah oleh Khalifah Abu Jaafar Al Mansur apabila industri penerbitan diformalkan.
Tiada peralatan komputer merumitkan kerja penyelesaian metodologi konkordans, pengindeksan, pautan sistemik (nazm dalam bahasa Urdu).
Kamus bahasa Arab kontemporari menjadi sumber rujukan utama. Tiada Usaha kearah penafsiran dan terjemahan bahasa asli al-Quran iaitu Arab Klasik walaupun Al-Quran wujud 300 tahun lebih awal daripada kamus.
Penggunaan Al-Quran sepanjang 1400 tahun hanya meliputi bacaan, tilawah, hafalan, tujuan syariah dan tafsiran ayat secara berasingan,.
Tiada usaha kearah pengkajian ilmu Arab Klasik al-Quran yang berlandaskan perumpamaan, kisah-kisah kehidupan nabi dan rasul, al amsal dan al qasas di mana Allah telah menetapkan konteks sesuatu perkataan supaya menjelaskan lagi maksud sesuatu istilah yang digunakan.
Terjemahan awal al-Quran berlandaskan Tafseer at Tabarii oleh Muhammad ibn Jarier at Tabarii (839 hingga 923 CE) atau (224 hingga 310H). Tafsir berdasarkan 3 landasan rujukan iaitu
- pesepsi manusia tertentu (At Tabarii), meliputi syair dan gurindam petikan daripada kitab puisi klasik sufisme lama,
- bahasa percakapan Arab harian biasa dan
- versi rosak kitab-kitab lama (Taurat dan Injil). Bermakna, langsung tidak disentuh konsep bahasa Arab Klasik.
- Soalan: Adakah kita mempunyai metodologi? Dari manakah datangnya metodologi?
Jawapan: dari dalam al-Quran itu sendiri - iaitu yang dinamakan Metodologi Organik Quran dan Interpretasi Jaringan. Kedua-duanya tanpa melibatkan campur tangan persepsi fikiran manusia, puisi sufisme klasik, bahasa Arab pasaran dan paling bahaya memetik dalil dari kitab-kitab Taurat tulisan manusia.
Justeru itu adakah kita perlu mentafsir semula al-Quran yang lengkap dengan mengaplikasi kaedah metodologi yang tersedia ada yang telah disediakan oleh Allah SWT itu?
Dan ditambah dengan Ilmu Quran ‘Tafsil’ - تفصيل atau Syntactic Segmentation, keperluan Bayyinah (teknik deduksi).
Tafsir terawal (bertulis) bermula kira-kira tahun 300 Hijrah, iaitu 3 abad selepas kewafatan Nabi (SAW). Terdapat serpihan yang ditulis di sana sini sebelumnya tetapi tidak boleh anggap ia Tafsir. Apa yang berlaku sebelum itu?
Selepas tahun 50 Hijrah dimana keadaan politik mula menjadi sedikit stabil, terdapat 4 khalifah iaitu Abu Bakar, kemudian Omar, Othman, dan seterusnya Ali. Selepas pembunuhan Ali dan sebilangan Sahabat lain, puak Quraish munafik معاوية telah merampas kuasa kerajaan Islam Madinah, dan memindahkan Khilafah ke Damsyik. Memang mereka telah lama merancang hal sedemikian, malah sejak zaman kehidupan Rasulullah dimana mereka menyamar sebagai Sahabat setia duduk dikalangan Sahabat lain disekeliling Rasulullah.
Isu #1 :
Kira-kira 41 atau 42 tahun selepas rampasan itu, Damsyik mula wujud sebagai kerajaan Khalifah ala Beraja (pseudo-Monarchy), yang diwarisi dari bapa kepada anak lelaki. Begitu ia berlangsung selama lebih kurang 90+ tahun, sebelum ia beralih kepada kumpulan lain, dari Ummayyad ke Abbasiyah. Sepanjang masa itu, sehingga 150 tahun ke dinasti kedua iaitu dinasti Abbasiyah, semua tafsiran dan terjemahan nya adalah lisan.
Jadi, bagaimana mereka melakukan Tafsir dan bagaimana ia menjadi rasmi? Ia menjadi rasmi kerana khalayak ramai pada umumnya tiada banyak saluran hiburan maka masjid adalah tempat perhimpunan utama. Kerajaan menggalakkan cara perhimpunan sebegini kerana ia saluran media melebarkan pengaruh awam. Kerajaan mengawal pembesar suara di masjid, andai didapati sesuatu yang mereka tidak suka, risikonya adalah hukum pancung. Ini tidak keterlaluan.
Dinasti ke2 Abbasiyah memerintah sehingga kira-kira 180 Hijrah atau 170 Hijrah, kira-kira 15 - 20 tahun. Industri penerbitan tidak digalakkan oleh kerajaan waktu itu. Sekitar 170 Hijrah, kira-kira 20 tahun ke dalam dinasti Abbasiyah, khalifah Abu Jaafar Al Mansour mengolah dasar rasmi untuk merasmikan industri penerbitan. Dia menggalakkan banyak pembelajaran yang meluas, penerbitan rasmi, dan mengambil usaha pertama mengumpul Hadis.
Dia juga telah mendorong kearah pendokumentasi Sirah Rasulullah SAW. Didapati tiada Sirah yang pernah ditulis sehingga kira-kira 180 Hijrah, tidak banyak Tafseer yang ditulis sebelum ini kecuali serpihan, itu pun dalam bentuk lisan di masjid. Seorang akan membaca sesuatu ayat, dan seorang lagi tukang cerita, ia cuba menyedapkan Tafseer ayat itu, untuk menjadikannya lebih menghiburkan.
Bayangkan, contoh kisah Musa a.s. yang terdapat bertaburan di seluruh Al-Quran iaitu dalam 35 atau 37 Surah yang berbeza, memang agak sukar si-penghibur masjid hendak mengawal perhatian setiap orang. Apa lagi dia akan memetik bahan dari apa sahaja sumber yang mampu diperolehi, sebagai penyedap cerita ! !
Taurat (iaitu versi yang dikorupkan) menjadi tempat paling mudah untuk memetik bahan rambang tanpa perlu menyelidik lebih lanjut. Pokoknya ceritanya boleh mengekalkan minat orang, terutama tidak menyinggung sesiapa selain akur kepada pemerintah.
Contoh, apabila dia bercakap tentang hal penindasan Firaoun serta apa Firaoun lakukan bagi mengekalkan kuasa autokrasinya, tukang cerita di masjid itu tidak akan membuka perkara pahit sebenar yang disebut dalam Al-Quran, sebaliknya dia hanya akan menyebut perkara yang seronok.
Semua akan didirulis sebagai bahan bukti Tafsir al-Quran yang sahih bagi kegunaan pihak kerajaan. Maka sejarah Tafseer telah menjadi tidak sesuci yang kita sangka! Malah ia lebih berunsur politik, lebih autokratik dan diselangi suatu hiburan bagi masyarakat.
Memang lebih cepat dan mudah merujuk kepada Taurat. Contoh, dalam kisah Yusuf, Taurat mengatakan ada 11 saudaranya. Quran tak pernah sebut Yussuf ada 11 saudara. Yang ada ialah mengenai 11 bintang, dan bulan, dan perkara semacam itu.
Taurat siap menyebut nama setiap seorang daripada 11 saudara itu, salasilah keturunan, umur mereka, sifat-sifat kelakuan dan perbuatan setiap dari mereka, dan tiada satu pun diambil fakta sahih daripada Al-Quran. Mereka berkemampuan meyakinkan orang dengan gaya perturusan bahasa, dan mempunyai sumber kaya dengan jenis penceritaan nilai hiburan yang tinggi. Malangnya, semuanya itui bukan Al-Quran, yang puak munafik telah lakukan itu tiada langsung kaitan dengan gaya Tafseer Al-Quran sebenar.
***************************************
Itulah bahagian pertama dikemukakan untuk menambah kepada isu mengapa sejak 1400 tahun dahulu hingga sekarang kita tidak kembali kepada al-Quran, untuk cuba benar-benar melakukan tafsiran yang betul?
Isu #1 yang telah dibincangkan ialah :- Bahawa Tafsir yang terdapat dalam sejarah hari ini bukan bersandarkan metodologi, ia lebih meliputi hiburan penglipur lara. Dan semakin kaya dan lebih pedas cerita itu, semakin ramai seronok dengannya.
Isu #2 :
Isu kedua ialah mereka tidak ada alat pintar jikalau mereka mahu membuat analisis. Isu kedua adalah bahagian yang sangat relevan dalam metodologi, iaitu isu terjemahan dan maksud sesuatu perkataan yang Allah SWT gunakan.
Sebagai contoh Surah Al-Masad 111:1 :-
mencari kamus yang tidak wujud sehingga kira-kira 300 tahun selepas zaman Rasulullah SAW,
saya perlu membaca setiap 6236 ayat Al-Quran untuk mengesan semua ayat yang menggunakan perkataan akar yang sama.
Walaupun anda menghafalnya. Amat sukar untuk mengindeks semua ayat Al-Quran jika anda al-Hafiz pun, sebab semuanya guna akar yang sama. Ia mustahil, anda semestinya memerlukan komputer untuk melakukan kerja ini.
Seorang penerbit indeks konkordans, Al Moojam Al Mofahras Li Alfaz Al Quran Al karim, nama sheikh, Fouad Abdel Bakki. Dia menerbitkan satu indeks konkordans pada tahun 1937, percubaan pertamanya. Jadi anda mencari perkataan تَبَّ, dan ia kesesuaian dengan huruf تَ dan kemudian diikuti oleh بَّ dan kemudian diikuti oleh sembilan ayat yang menggunakan تَبَّ , تَبَّ , تَبُوت . Semua ayat ini adalah dari akar تَبَّ yang sama
Baiklah, bagaimanakah pula kaedah menghuraikan petunjuk akar تَبَّ dalam semua ayat yang sudah ditemui itu? Apakah maksud umum al-Quran menggunakan perkataan تَبَّ? dan kemudian anda membuat keputusan tentang bagaimana kegunaan تَبَّ dalam ayat تَبَّتْ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ وَتَبَّ anda akan lihat betapa kompleksnya ini bukan?
Metodologi Organik Quran dan Interpretasi Bersarang ini langsung tidak menerima puisi sebagai rujukan ke atas Al-Quran sebab Al-Quran jelas mengatakan dalam Surah Asy-Syu'ara' 26:224 bahawa Al-Quran melarang kita mengambil daripada kitab-kitab terdahulu yang sedia maklum telah rosak.
Jadi ini menambah jawaban mengenai mengapa tidak sebelum 1400 tahun orang melakukan ini.
Fokus sepanjang 1400 tahun ialah al-Quran dimanfaatkan hanya sebagai kitab umum iaitu terhad pada apa tujuan mahu digunakan :-
mahu menggunakannya untuk solat,
untuk bacaan hiburan, seperti yang dibacakan Abdul Samad berkata "oh wow ini indah untuk didengari".
para ulama terutamanya mahukan al-Quran untuk tujuan syariah. Apa maksudnya tujuan syariah? Iaitu untuk merujuk kepada ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek perundangan hidup manusia awam
Jadi, bagi urusan undang-undang pusaka mereka akan mencari Surah apa ayat yang mana ada kaitan undang-undang pusaka, dan mungkin mereka temui 3 atau 4 ayat, itu sahaja yang mereka ambil berat. Mereka tidak akan hiraukan meneliti ayat-ayat Al-Quran yang lain untuk tujuan itu.
Jikalau jumlah keseluruhan ayat berkait isu perundangan Syariah mengikut pendapat ulama yang juga telah dirujuk, katakanlah maksimum adalah 460 jadi itu 460 daripada 6230. Yang mana peratusan kecil. Ayat-ayat Al-Quran yang lain secara literal ia tidak penting bagi mereka!
Mereka menafsirkan ayat itu sebagai pulau, seolah-olah tiada kaitan langsung dengan Surah lain ayat lain yang juga mengandungi konteks cerita yang juga menggunakan perkataan atau istilah yang sama, umpannya.
Itulah sebabnya mereka perlu memahami bahasa Arab Klasik Quran dalam metodologi ini. Sebab istilah perkataan ألفُكه yang diguna katakanlah dalam 460 ayat berkaitan aspek perundangan syariah ia boleh ditafsirkan dengan satu cara, tetapi bahasa Arab Al-Quran mentafsirkannya dengan cara lain.
Tafsir dalam sejarah tiada metodologi semacam ini. Tafsir dibina berdasarkan pendapat seseorang. Jadi, Abdullah Ibn Abbas berkata begini, kami terima. Said bin Jubair iaitu muridnya berkata demikian, kami terima. Ikrimah berkata ini, kami terima. Ini bukan metodologi, ini pendapat. 99% daripada apa yang anda dapati dalam penulisan kitab Tafseer adalah seperti ini iaitu merupakan pendapat (tetapi saya tidak katakan ia salah). Kadang-kadang pendapat itu betul. Kadang-kadang pendapat itu salah. Dan anda tidak tahu. Walaupun jam mati dikira betul juga sekurang-kurangnya dua kali sehari, seperti apa mereka katakan! Jadi anda tidak akan tahu apa masalahnya bagaimana saya tahu bahawa Abdullah Ibn Abbas dia berkata benda yang betul?
Sekarang jika anda mengamati At-Tabari yang mana dia merupakan sumber Tafseer pertama yang kita ada. Pada kebanyakan halaman, mungkin sekurang-kurangnya 55% daripada halaman At-Tabari terdapat dua pendapat yang bercanggah milik Ibn Abbas atau pelajarnya. At-Tabari melaporkan kedua-duanya dan kemudian dia memberikan kesimpulannya pendapatnya sekali lagi. Mereka tidak benar-benar mengikuti metodologi. Saya ingin menyoal jika saya ingin mengajar apa-apa kepada anak-anak saya, sudah tentu saya berharap bahawa dia pelajar yang baik yang suka bertanya. Jadi apa yang perlu saya ajar mereka?
Sekarang jika anda mengamati At-Tabari yang mana dia merupakan sumber Tafseer pertama yang kita ada. Pada kebanyakan halaman, mungkin sekurang-kurangnya 55% daripada halaman At-Tabari terdapat dua pendapat yang bercanggah milik Ibn Abbas atau pelajarnya. At-Tabari melaporkan kedua-duanya dan kemudian dia memberikan kesimpulannya pendapatnya sekali lagi. Mereka tidak benar-benar mengikuti metodologi.
Jika kita mempunyai metodologi dari manakah metodologi itu datang? Adakah Al-Quran itu kitab seperti mana-mana kitab lain? Jadi jika kita perlu mempunyai metodologi seperti tukang batu mempunyai metodologi, dari manakah metodologi itu datang?
Apakah sifat Al-Quran menurut Al-Quran? Al-Quran bukanlah sebuah buku, ia adalah alat untuk berkomunikasi dengan Allah SWT. Al-Quran bukanlah sebuah buku ia adalah alat untuk berkomunikasi dengan Allah ta'ala. Para penafsir zaman dahulu melihat Al-Quran sebagai kumpulan ayat-ayat seperti kumpulan puisi, maka anda perlu dapatkan seseorang untuk menjelaskannya. Tetapi, dalam kes al-Quran ia dilihat sebagai instrumen maka metodologi anda berubah menjadi bagaimana menggunakan al-Quran ini? Mesti Allah dah bagitahu dalam Quran, macam mana nak guna Quran ni? Dan apakah syarat penggunaan nya?
Oleh itu, bagaimana menggunakan instrumen Al-Quran? Apakah yang perlu ada dalam diri anda untuk mengakses metodologi al-Quran? Dalam erti kata lain, jika saya memberi anda telefon bimbit, anda sepatutnya mempunyai seseorang untuk bercakap terlebih dahulu. Ini bermakna anda percaya seseorang mahu bercakap dengan anda. Baiklah, tukarkan telefon bimbit itu kepada Al-Quran anda percaya bahawa Allah SWT sentiasa ada untuk melayani anda. Maknanya prinsip ini perlu ada. Anda perlu yakin bahawa Allah sentiasa hidup dan ingin bercakap dengan anda, dan anda menggunakan instrumen ini untuk bercakap dengan Nya. Kedua telinga anda sendiri perlu bekerja, bolehkah anda menggunakan telefon bimbit jika anda tidak mempunyai telinga?
Bolehkah anda menggunakan telefon pintar jika anda tidak boleh membaca? Sudah tentu tidak! Jadi ini adalah kelayakan yang wajib ada. Al-Quran memberikan kita kelayakan sebagai pengguna, apa akan berlaku jika anda tidak ada kelayakan?
Jika anda tidak pasti maka Al-Quran tidak bermanfaat untuk anda. Dan sebab itulah Al-Quran berkata: "Dan dengan Al-Quran ini Allah menyesatkan sebahagian manusia dan memberi petunjuk kepada sebahagian yang lain".
Dengan Quran ini Allah sesatkan. Sesat itu bermakna anda tidak akan mendapat petunjuk dengan Al-Quran ini, anda tidak akan menggunakannya dengan betul. Dan dengan Al-Quran ini Allah akan membimbing orang lain, jadi itu bermakna ia berjaya sebagai alat, anda gunakannya dengan betul dalam keadaan yang betul, baru anda boleh berkomunikasi dengan Allah. Dengan Al-Quran ini Allah akan membimbing orang lain, jadi itu bermakna ia berjaya sebagai alat, anda gunakannya dengan betul dalam keadaan yang betul, baru anda boleh berkomunikasi dengan Allah.
Maka salah satu syarat ialah anda yakin Al-Quran ia asli bermakna ia lengkap dengan maklumat didalamnya untuk menerangkan dirinya sendiri, ia boleh berdiri sendiri. Mubeen. Kita tak perlu merujuk kepada Taurat untuk menerangkan apa yang ada dalam Al-Quran. Ini adalah prinsip asas jika anda percaya bahawa Al-Quran ini dari Allah SWT dan Al-Quran adalah مُبِينْ ia menerangkan dirinya sendiri maka anda tidak perlu merujuk Taurat. Jika anda rasa masih mahu merujuk pada Taurat, itu bermakna anda telah melanggar salah satu prinsip kepastian dalam diri anda sebagai pengguna dan itu bermakna "pintu" Al-Quran tidak akan terbuka. Al-Quran akan berhenti berguna sebagai alat.
No comments:
Post a Comment