Thursday, 5 November 2026

بَعُوْضَةً ; ٱلزَّبُورِ ; زُبَرَ ; مُّعْرِضُوْنَ YT78 Bhgn 3

 

Ini adalah pengajaran yang jelas

bahawa

mereka yang menggunakan

ungkapan

اللّٰهُمَّ

bukanlah orang yang baik ! !



Analisis penggunaan istilah ٱللَّٰهُمَّ dalam Al-Quran (3) :




Al-Ma'idah 5:78: 


لُعِنَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْۢ بَنِيْۤ اِسْرَآءِيْلَ عَلٰي لِسَانِ دَاوٗدَ وَعِيْسَي ابْنِ مَرْيَمَ ؕ ذٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَّكَانُوْا يَعْتَدُوْنَ


Golongan yang ingkar dalam kalangan Bani Israil بَعُوْضَةً - terdapat satu kelompok yang degil, yang menolak perintah melanggar (perjanjian) Ilahi di kalangan Bani Israel (bukan kesemuanya - ini bukan satu generalisasi etnik),  mereka telah dilaknat (bagaimana?) sebagaimana dinyatakan لِسَانِ دَاوٗدَ وَعِيْسَي ابْنِ مَرْيَمَ ؕdalam lokusi Daud dan Isa ibni Maryam.  Hal itu adalah disebabkan oleh cara mereka mengingkari serta cara mereka melanggar (perjanjian mereka)!


Alangkah buruknya apa yang telah mereka lakukan! 



Al-Ma'idah 5:79


كَانُوْا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُّنْكَرٍ فَعَلُوْهُ ؕ لَبِئْسَ مَا كَانُوْا يَفْعَلُوْنَ


Mereka iaitu دَاوٗدَ وَعِيْسَي ابْنِ مَرْيَمَ ؕ tidak saling menasihati supaya berhenti daripada melakukan apa-apa perbuatan keji perbuatan mungkar telah mereka lakukan!


Alangkah buruknya apa yang telah mereka lakukan!


Surah An-Nisa' 4:163 Allah SWT mengingatkan kita bahawa Dia telah mengurniakan pengetahuan khusus kepada ramai nabi dan rasul, dan memberikan *az-zaburan* ٱلزَّبُورِ kepada Dawud, sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 4:163:


An-Nisa' 4:163


اِنَّاۤ اَوْحَيْنَاۤ اِلَيْكَ كَمَاۤ اَوْحَيْنَاۤ اِلٰي نُوْحٍ وَّالنَّبِيّٖنَ مِنْۢ بَعْدِهٖ ۚ وَاَوْحَيْنَاۤ اِلٰۤي اِبْرٰهِيْمَ وَاِسْمٰعِيْلَ وَاِسْحٰقَ وَيَعْقُوْبَ وَالْاَسْبَاطِ وَعِيْسٰي وَاَيُّوْبَ وَيُوْنُسَ وَهٰرُوْنَ وَسُلَيْمٰنَ ۚ وَاٰتَيْنَا دَاوٗدَ زَبُوْرًا ۚ



Ingatlah, *az-zaburan* ٱلزَّبُورِ adalah kunci untuk membuka, menguraikan حُورٌ atau حور عين didalam ٱلزَّبُورِ.


*********************



Rujuk penggunaan istilah ٱلزَّبُورِ dalam kisah Dhul Qarnayn, Al-Kahf 18:96 dimana Dhul Qarnayn berkata اٰتُوْنِيْ زُبَرَ الْحَدِيْدِ ؕ:



Al-Kahf 18:96


 اٰتُوْنِيْ زُبَرَ الْحَدِيْدِ ؕ حَتّٰۤي اِذَا سَاوٰي بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوْا ؕ حَتّٰۤي اِذَا جَعَلَهٗ نَارًا ۙ قَالَ اٰتُوْنِيْۤ اُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا ؕ


*Atuuni zubara al-hadid* اٰتُوْنِيْ زُبَرَ الْحَدِيْدِ ؕ bermaksud: “bawakan kepadaku penjaga-penjaga kod rahsia itu”.

*zubur* atau *zubara* زُبَرَ merujuk pada sesuatu penyembunyian.


Sebagai contoh, ungkapan ‘menutup perigi’ disebut ‘*zabaral bidra* ’زَبَدُ البِدَارَة Oleh itu, ‘*zabara*’ atau ‘*zubur*’ adalah istilah bermaksud penyembunyian atau penutupan.


Istilah *zubur* زُبَرَ digunakan di seluruh al-Quran; sama An-Nisa' 4:163 ketika Nabi Daud AS dikurniakan kod kunci rahsia وَاٰتَيْنَا دَاوٗدَ زَبُوْرًا *az-zaburan* ٱلزَّبُورِ untuk membuka dan menguraikan حُورٌ atau حور عين yang tersembunyi didalam *zubur* atau *zubara* زُبَرَ.


******************

Rujukan lanjut APPENDIX 1 maksud : حُورٌ atau حور عين

https://draft.blogger.com/blog/post/edit/1196672738637426382/7375230691226335244


*********************


Seperti yang kita lihat dalam kisah Nabi Adam AS, Nabi Muhammad SAW telah diajarkan segala penamaan (label) dan dikurniakan kunci-kunci ini. Maknanya, *az-zaburan* ٱلزَّبُورِ juga telah disematkan ka dalam al Quran yang diterima oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW.


Ingat bahawa *az-zabur* ٱلزَّبُورِ bukanlah sebuah kitab suci yang khusus; Nabi Daud AS bukanlah seorang rasul, dan beliau tidak mempunyai kitab sucinya sendiri jadi, buanglah tanggapan itu daripada fikiran anda.


Mereka yang menyampaikan kisah-kisah sedemikian dalam tafsiran al-Quran sebenarnya sedang mengajarkan anda Taurat yang telah terpesong, bukan mengajarkan al-Quran. Al-Quran tidak pernah menyatakan bahawa Nabi Daud AS ialah seorang rasul.


Oleh itu, *az-zabur* ٱلزَّبُورِ bukanlah sebuah buku atau kitab suci, sebaliknya *az-zabur* ٱلزَّبُورِ merupakan kod kunci untuk membuka *zubur* زُبَرَ iaitu mekanisme penyembunyian atau alat yang menutupi wawasan mendalam yang terkandung di dalam ayat-ayat al-Quran.


Untuk menyingkap *حُورٌ* atau *حور عين*, anda memerlukan *az-zabur* ٱلزَّبُورِ , untuk membuka *zubur* زُبَرَ (iaitu selubung atau sarana yang menyembunyikan wawasan terkandung didalam ayat-ayat terebut).


*az-zabur* ٱلزَّبُورِ sedia terkandung di dalam al-Quran, sebagaimana yang diajarkan oleh Allah SWT kepada kita dan kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.


Nabi Daud AS telah dikurniakan *az-zaburan* ٱلزَّبُورِ وَاٰتَيْنَا دَاوٗدَ زَبُوْرًا An-Nisa' 4:163, iaitu kod kunci-kunci rahsia untuk membuka bagi memahami kitab suci yang wujud pada zaman beliau, iaitu Taurat, kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa AS.


Begitu juga, زَبُوْرًا juga telah diberikan kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, dan beliau telah diajarkan cara untuk menggunakannya. Salah satu daripadanya, seperti ungkapan: وَإِذۡ قَالُواْ ٱللَّهُمَّ *Qul: Allahhumma*” Al-Anfal 8:32 satu petunjuk bagi Nabi Muhammad SAW dan bagi kita semua untuk sentiasa mengingati-Nya. Mereka yang menggunakan ungkapan ٱللَّهُمَّ ‘Allahumma’ sebenarnya mendedahkan kunci untuk memahami apa yang mereka lakukan dan bagaimana cara mereka berfikir.


Oleh itu, dalam ayat 4:163, Allah SWT sekali lagi mengingatkan kita bahawa ungkapan (atau kod kunci *az-zabur* ٱلزَّبُورِ ) yang diturunkan kepada Daud merangkumi *zubur* زُبَرَ.


Jadi, apabila Allah SWT menyatakan bahawa golongan yang menolak kebenaran ini telah dilaknat melalui apa yang diturunkan kepada Daud, ia merujuk kepada *az-zabur* ٱلزَّبُورِ yang kini terkandung dalam al-Quran dan telah dikurniakan secara khusus kepada Baginda SAW yang kita cintai.


Ini adalah sebahagian daripada *zubur* زُبَرَ (kitab-kitab wahyu/Mazmur); beginilah cara Allah SWT menyembunyikan hikmah agar kita benar-benar dapat memahaminya setelah kita bersungguh-sungguh meneliti kitab suci al Quran.



***************************



ingatlah konsep زَبُوْرًا dan الْحَدِيْدِ dalam surah Al-Kahf 18:96, *az-zabur* ٱلزَّبُورِ merupakan kunci untuk membuka *zubur* زُبَرَ;


di mana Dhul Qarnayn berkata, اٰتُوْنِيْ زُبَرَ الْحَدِيْدِ ؕ "Bawakan kepadaku kepingan-kepingan besi." 


Akar kata ز-ب-ر (Z-B-R) pada dasarnya adalah berkaitan dengan penulisan, kitab suci, atau bahagian-bahagian teks yang tersusun dan direkodkan (itulah sebabnya *zubur* زُبَرَ dalam al-Quran merujuk kepada kitab-kitab wahyu/Mazmur).


*Zubar* (kata jamak bagi زَبُوْرًا *zuburan*) telah di salah terjemahkan sebagai "ketulan" atau "bongkah" besi. 


"besi" حَدِيْدِ Al-Kahf 18:96 yang ditakrifkan berdasarkan konteks Lokusi Ibrahim dalam kitab suci adalah sebagai “hujah-hujah yang tajam dan teguh, atau istilah analitikal yang tepat”)


Hubungan linguistik lebih mendalam bagi  istilah زُبَرَ  dan besi الْحَدِيْدِ adalah “hujah yang tajam dan teguh, atau istilah analitikal yang tepat”, yang  yang diminta oleh Dhul Qarnayn -  اٰتُوْنِيْ زُبَرَ الْحَدِيْدِؕ  "Bawakan kepadaku kepingan-kepingan besi." Terjemahan linguistik nya mengikut leksikon Ilahi adalah “Bawakan kepada saya "penjaga-penjaga" kepada "kod rahsia" itu. زَبُوْرًا *zuburan*.


Hujah yang tajam dan ampuh adalah “bongkah-bongkah komponen bertulis yang tersusun rapi iaitu زَبُوْرًا *zuburan*., bagi membina (“dinding” kebal untuk melemahkan kemaraan Yakjuj Makjuj) satu penghalang logik secara sistematik”


***************************


Al-Isra' 17:55 


وَرَبُّكَ اَعْلَمُ بِمَنْ فِي السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ ؕ وَلَقَدْ فَضَّلْنَا بَعْضَ النَّبِيّٖنَ عَلٰي بَعْضٍ وَّاٰتَيْنَا دَاوٗدَ زَبُوْرًا


Bahagian terakhir ayat tersebut menyatakan: وَّاٰتَيْنَا دَاوٗدَ زَبُوْرًا “dan Kami telah memberikan زَبُوْرًا kepada Dawud”, yang merupakan kunci untuk membuka wawasan tersembunyi di dalam kitab Musa.


Begitu juga, Allah SWT memberitahu Baginda SAW yang kita kasihi bahawa Kami telah mengurniakan *البينة* (bukti-bukti nyata) kepada Baginda, dan Kami menyertakan *زُبَرَ zubur* (kitab-kitab/wahyu) di dalam al-Quran. Hal ini dirujuk sebagai lapisan penyembunyian *زينة zina* di dalam al-Quran.


Aal-e-Imran 3:23


اَلَمْ تَرَ اِلَي الَّذِيْنَ اُوْتُوْا نَصِيْبًا مِّنَ الْكِتٰبِ يُدْعَوْنَ اِلٰي كِتٰبِ اللّٰهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ يَتَوَلّٰي فَرِيْقٌ مِّنْهُمْ وَهُمْ مُّعْرِضُوْنَ 


Sebahagian daripada mereka يَتَوَلّٰي berpaling pergi ثُمَّ يَتَوَلّٰي فَرِيْقٌ مِّنْهُمْ, dan dalam keadaan lalai وَهُمْ مُّعْرِضُوْنَ sengaja tidak mempedulikan. Mereka sengaja tidak memberi perhatian, dengan sengaja mengabaikan apa yang anda sampaikan kepada mereka, serta sengaja menolak dan enggan untuk memberi perhatian.


Allah SWT terus menjelaskan perihal golongan ini dalam ayat yang seterusnya (3:24),


Aal-e-Imran 3:24


ذٰلِكَ بِاَنَّهُمْ قَالُوْا لَنْ تَمَسَّنَا النَّارُ اِلَّاۤ اَيَّامًا مَّعْدُوْدٰتٍ ۪ وَغَرَّهُمْ فِيْ دِيْنِهِمْ مَّا كَانُوْا يَفْتَرُوْنَ 


Dia berkata: “Mereka berkata, لَنْ تَمَسَّنَا النَّارُ ‘Api tidak akan menyentuh kami melainkan اَيَّامًا مَّعْدُوْدٰتٍ beberapa hari sahaja.’ Dan mereka telah وَغَرَّهُمْ diperdaya (atau menjadi sombong) oleh pegangan mereka sendiri terhadap agama mereka sesuatu yang telah mereka reka-reka sendiri.”


Apa yang mereka bayangkan (rekaan-rekaan) menurut حَوَّاء (keinginan hawa nafsu) mereka sendiri telah memperdaya serta menjadikan mereka sombong, sehingga mereka مُغْرِضِين mula mempercayai rekaan-rekaan mereka itu. مُغْرِضِين merujuk kepada "orang yang berat sebelah," "trol" atau "mereka yang mempunyai motif tersembunyi/agenda tersembunyi".


Apakah Allah SWT ajarkan kepada baginda SAW melalui ayat Aal-e-Imran 3:26 mengenai mereka? Allah SWT mengajarkannya : -


Aal-e-Imran 3:26


قُلِ اللّٰهُمَّ مٰلِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَآءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَآءُ ۫ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَآءُ ؕ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ؕ اِنَّكَ عَلٰي كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ 


qul: اللّٰهُمَّ” ini merujuk kepada golongan yang menggunakan ungkapan ‘اللّٰهُمَّ’. Ia bukan sebahagian daripada doa sebenarnya iaitu مٰلِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ yang bermula dengan مٰلِكَ “mālikal-mulk” مٰلِكَ الْمُلْكِ.


Oleh itu, jika anda ingin berdo'a yang terkandung dalam dua ayat ini, janganlah menggunakan perkataan ‘اللّٰهُمَّ’. Sebaliknya, mulakan lah dengan “مٰلِكَ الْمُلْكِ”, kerana penggunaan ‘اللّٰهُمَّ’’ di sini merujuk kepada golongan yang dibicarakan dalam dua ayat tersebut.


Jadi, Allah SWT menyifatkan mereka sebagai golongan الْكٰفِرُوْنَ penolak kebenaran, dan Dia mengajar Nabi SAW yang kita kasihi untuk melabel mereka kelompok yang menggunakan istilah ‘‘اللّٰهُمَّ’’.


Bagaimanakah kita boleh menerapkan konsep mengenai ungkapan palsu seperti yang diajarkan oleh Allah SWT kepada kita berkaitan dengan *بَعُوْضَةً* agar kita tidak terjerumus ke dalam perangkap yang sama, serta tidak membiarkan mereka mengajar kita cara untuk berdoa?


No comments:

Post a Comment

اُولٰٓئِكَ ; يَهْدِيْهِمْ ; الَّذِيْنَ ; النَّارُ YT78 Bhgn 5

  Ini adalah pengajaran yang jelas bahawa mereka yang menggunakan ungkapan اللّٰهُمَّ bukanlah orang yang baik ! ! Analisis penggunaan ...