Adakah terdapat seekor domba jantan yang hebat?
Kisah ini bukan mengenai "domba jantan besar" yang dihantar oleh Tuhan untuk menggantikan penyembelihan pemuda itu. (kisah itu datang dari versi Taurat yang rosak dan kita harus menolaknya)
Sayatan atau insisi yang lazim (disebutkan dalam 37:107-108) merujuk kepada "sunat" lelaki (memotong kulup). Perkataan ذبح merujuk perkara itu.
Tetapi Ibrahim a.s. waktu itu belum memahami maksud sebenar ذبح sepertimana Allah SWT mahukan dia memahaminya. Dia masih mengambil fahaman "sembelih" dan apabila dia mendedahkan penglihatan "menyembelih" ini kepada pemuda itu, di sinilah masalah itu berlaku.
Allah SWT mengekalkan amalan "sunat anak lelaki" itu untuk semua pengikut Ibrahim dan Ishak.
Bagaimana kita tahu ذبح hanya untuk lelaki?
Quran secara khusus menyatakan ia untuk lelaki sepertimana dalam kisah Firaun dan Musa - Al-Baqarah 2:49
Allah SWT menggunakan kata kerja ذَبِّح za-ba-ha dalam ungkapan يُذَبِّحُوْنَ اَبْنَآءَكُمْ yang bermaksud amalan “sayatan - memotong kulup (lapisan kulit nipis) iaitu berkhatan untuk abna اَبْنَآ - lelaki sahaja”.
Apakah yang Firaun telah lakukan? Dia mengejek amalan itu dengan cara sadis dan jahat. Dia menyiksa anak-anak lelaki Bani Israel yang beriman dengan melakukan “hirisan berlebihan” secara sadis dan jahat . Dia memotong lebih banyak daripada hanya kulup, untuk tujuan menghalang lelaki Bani Israel daripada membiak, ia adalah pengebirian lelaki.
يُذَبِّحُوْ ialah bentuk yang dibesar-besarkan bagi kata kerja ذَبِّح za-ba-ha. Firaun mengambil setiap konsep dari Bani Israel dan mengejeknya dengan menggunakan perkataan yang sama untuk melakukan hukuman sadis yang berat terhadap orang-orang beriman di kalangan Bani Israel.
No comments:
Post a Comment