KONSEP PEMBETULAN SKEMA
نسخ
As-Saffat 37:105
Allah (SWT) membetulkan skema (weltanschauung) para nabi dan rasul (dan selanjut nya pada kita), dengan memberikan maklumat pembetulan melalui pelbagai cara yang berbeza, salah satu cara melalui mimpi.
Mimpi adalah sebahagian dari وحي (Hadis Sahih)
As-Saffat 37:102 dan As-Saffat 37:104 dan pangkal As-Saffat 37:105 adalah contoh bagaimana Allah SWT menyempurnakan نسخ leksikon Ilahi ini untuk Ibrahim :
As-Saffat 37:102
يٰبُنَيَّ اِنِّيْۤ اَرٰي فِي الْمَنَامِ اَنِّيْۤ اَذْبَحُكَ
"Wahai anakku! Aku melihat dalam mimpi
bahawa aku membuat sayatan pada kamu".
اَذْبَحُكَ - Kata kerja ذْبَحُكَ pada asalnya tidak bermaksud memenggal leher (sebagaimana mereka tafsirkan) secara tradisi diterjemahkan sebagai "sembelih" . (ذْبَحُ khusus bererti menghiris - membuat sayatan (hirisan kecil)
Renungkan / Fikirkan lah implikasi mimpi Ibrahim a.s. itu kepada nya:
فَانْظُرْ مَاذَا تَرٰي ؕ
Penyembelihan berdasarkan apa? Bukan berdasarkan mimpi asal, اِنِّيْۤ اَرٰي فِي الْمَنَامِ اَنِّيْۤ اَذْبَحُكَ tetapi berdasarkan pendapat pemuda itu يٰۤاَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ Ibrahim a.s. awalnya tidak berniat melakukan begitu.
As-Saffat 37:104 Malaikat datang terus kepadanya,
وَنَادَيْنٰهُ اَنْ يّٰۤاِبْرٰهِيْمُ
Dan kemudian Kami menyerunya (Ibrahim),
secara tidak langsung (iaitu melalui malaikat)
"Wahai Ibrahim! (Berhenti!)
Allah SWT dalam teks Al-Quran menambahkan perkataan اَنْ kerana Allah mengajar kita bahawa seruan Allah itu bukan secara langsung dari Allah tetapi melalui perantaraan malaikat
As-Saffat 37:105
َدْ صَدَّقْتَ الرُّءْيَا ۚ
Anda telah (salah) bersetuju dengan pendapat
(pemuda yang bukan bermimpi dan bukan penerima"وحي')
Sesungguhnya dengan نسخ Konsep Pembetulan Skema :
اِنَّا كَذٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِيْنَ
dan sesungguhnya dengan cara ini Kami
memberi balasan kepada
mereka الْمُحْسِنِيْنَ yang mencari pandangan yang tersembunyi.
(dengan نسخ iaitu pembersihan skema Ibrahim)
As-Saffat 37:106
Allah (SWT) berfirman jika kamu termasuk orang-orang muhsin (jelas kamu Ibrahim adalah muhsin), Kami akan menghalang kamu meneruskan perbuatan berdasarkan tafsiran yang salah, اِنَّا كَذٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِيْنَ Kami akan menghalang kamu dan kami akan membetulkan kamu.
Kisah ini mengesahkan bahawa orang kedua ialah غلام dewasa muda, mampu melafazkan pendapat yang jelas dan bernas. Ungkapan فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ merujuk kepada سَّعْيَ yang bermaksud pencarian mengikut metodologi melibatkan teks kitab suci.
Perkataan غلام ditakrifkan dalam cerita ini adalah seseorang yang berada pada usia :
- di mana dia mampu memberikan pendapat yang jelas
- di mana dia mampu melakukan beberapa kerja keras
- dia mempunyai beberapa kebolehan mental yang
- dia telah cukup berkembang
- dia telah cukup belajar
Ia mesti seorang lelaki muda berusia antara 14-15 dalam lingkungan itu.
Dan itu mempunyai implikasi pada kisah orang yang dipanggil Al-Khidr yang kita bincangkan sebelum ini dalam segmen tentang perenggan itu dari Surah Al-Kahfi.
No comments:
Post a Comment