Sunday, 27 July 2025

سِنِيْنَ Kisah pemuda Al Kahfe (Bhgn 7)

 

سِنِيْنَ

bermaksud

bilangan ramai orang

dikalangan "Sahabat Gua"

(kalangan Bani Israel yang telah sesat)

yang tidak produktif

(tidak mendapat petunjuk sebenar dari Allah SWT)

yang menentang

dan bersikap agresif terhadap Rasulullah SAW ,

mereka sekurang-kurang nya

berjumlah 300 orang

ditambah 9 orang تِسْعًا munafik

(dari kalangan Sahabat awal Rasulullah SAW)



[Bukan bermaksud Tahun -

Bukan bermaksud MEREKA YANG TIDUR

DALAM GUA SELAMA 300 TAHUN !!!]


====================================


Al-Kahf 18:22 

Lokusi Ibrahim & BaiyyinahTafseel 

Ibn Kathir 

سَيَقُوْلُوْنَ ثَلٰثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ ۚ 

Mereka (penghuni gua dan kitab-kitab yang ditulis) berkata (mengenai diri mereka sendiri) "tiga"; yang "keempat anjing mereka" 

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; 

 

وَيَقُوْلُوْنَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ 

 

 

 

 

رَجْمًۢا بِالْغَيْبِ 

 

Dan yang lain akan berkata "lima" tetapi "keenam" di antara mereka adalah anjing mereka!"  

 


berteka-teki perkara ghaib dan mengelirukan orang lain. 

 

 

dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" -  

secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; 

 

 

وَيَقُوْلُوْنَ سَبْعَةٌ وَّثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ ؕ 

 

 

  

 

Dan mereka berkata "tujuh", dan kelapan mereka ialah anjing mereka! 

 

 

"Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". 

Ayat sangat penting ini menunjukkan bagaimana buku-buku tulisan sendiri mereka akan mengelirukan dan menyesatkan orang. 

Ingat beberapa idea yang mereka ada diantaranya:-

"mari kita bina kubu menentang mereka. 

"tidak, tidak, mari kita bina masjid lain untuk bersaing dengan risalah Muhammad” 

 

ثَلٰثَةٌ - tigatiga apa? ; خَمْسَةٌ - lima - lima apa? ; سَبْعَةٌ - tujuh - tujuh apa? Unit ukuran tidak diberikan . Ia tidak disebut tiga, lima, tujuh orang; mereka hanya berkata ثَلٰثَةٌ - 'tiga"; خَمْسَةٌ - "lima" ; سَبْعَةٌ "tujuh" - tiga apa? ; lima apa? ; tujuh apa?

 

Itulah gaya al-Quran mendeskripsi perangai بَعُوضَةً , (komuniti sesat dikalangan Bani Israel yang berniat jahat terhadap Muhammad SAW) bagaimana mereka cuba mengelirukan fahaman anda. Al-Quran mengesahkan ini bertujuan mengelak beberapa dakwaan salah mereka mengenai ilmu Ilahi dan perkara ghaib - untuk mengalih perhatian orang dari kebenaran sebenar. 


Tiga atau lima atau tujuh - apakah unit sebenar?  

 

Unit sebenar ialah bilangan perkhemahan, kabilah (orang-orang berniat jahat terhadap Muhammad SAW) di sekitar Madinah. Ini satu informasi pedoman nubuatan bagi Muhammad SAW bahawa Al-Quran memberitahu :


"anda tidak tahu berapa ramai mereka ada - perhatikan baik-baik, berhati-hati, jangan tergesa-gesa kerana anda perlu mengetahui maklumat lanjut.

 

Jika anda bertanya - mereka akan berikan pelbagai jenis maklumat mengelirukan. Itulah permainan mereka, perkara biasa bagi mereka.


                                    

قُلْ رَّبِّيْۤ اَعْلَمُ بِعِدَّتِهِمْ مَّا يَعْلَمُهُمْ اِلَّا قَلِيْلٌ ۟ 

 

 

Katakanlah: "Tuhanku adalah sebaik-baiknya dalam mendedahkan pengetahuan berdasarkan bukti tentang hitungan mereka!" 

 

 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhan ku lebih mengetahui akan bilangan mereka, 


Mereka tahu permainan itu. Maka Muhammad berkata "Tuhanku adalah sebaik-baiknya mendedahkan pengetahuan berasaskan bukti tentang بِعِدَّتِهِمْ kiraan sebenar mereka".


مَّا يَعْلَمُهُمْ اِلَّا قَلِيْلٌ ۟ "tidak ada yang mengetahui nya, kecuali sedikit" mungkin anjing-anjing mereka "lebih mengetahui kiraan tepat persiapan mereka" terhadap anda. 

 

Inilah keindahan ayat ini, bahawa Allah SWT memberikan petunjuk kepada Muhammad untuk mengesahkan pemahaman kita sendiri tentang kisah ini. 


 

  فَلَا تُمَارِ فِيْهِمْ اِلَّا مِرَآءً ظَاهِرًا  

 

dan oleh itu, jangan membincangkan apa-apa tentang mereka,


kecuali secara ظَاهِرًا pendedahan dangkal," 

 

Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan secara sederhana. 

 

وَّلَا تَسْتَفْتِ فِيْهِمْ مِّنْهُمْ اَحَدًا  

 

 

 


dan janganlah kamu mencari pendapat sesiapa pun dari kalangan mereka tentang mereka sendiri

 

yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya) 

 

Oleh itu, wahai Muhammad, فَلَا تُمَارِ فِيْهِمْ "janganlah berbincang apa-apa ilmu rahsia mengenai mereka daripada kalangan mereka" kerana itu akan membimbangkan mereka, اِلَّا مِرَآءً ظَاهِرًا "kecuali untuk memberikan pendedahan dangkal" - bercakap santai perkara biasa yang mereka mudah fahami, dan jangan menyelami butiran dan pandangan termasuk arahan yang telah termaktub didalam kitab bertulis mereka sendiri..

Apakah yang diajarkan kepada Muhammad SAW?  

Ilmu menyiasat fakta

bagaimana mencari kebenaran.

Jangan sesekali cuba mencunkil maklumat mencari kebenaran dengan menyoal siasat suspek. 

Ini sungguh menakjubkan dan benar-benar wawasan Allah SWT berikan kepada Muhammad SAW untuk membolehkannya berjaya dalam misinya. 


Al-Kahf 18:23 

Lokusi Ibrahim & BaiyyinahTafseel 

Ibn Kathir 

 

وَلَا تَقُوْلَنَّ لِشَايْءٍ اِنِّيْ فَاعِلٌ ذٰلِكَ غَدًا 

 

 

Dan janganlah kamu mengatakan tentang apa sahaja (yang ada didalam kitab) dan berkata: "Aku akan melakukannya esok". 

 

 

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". 

Tunggu. Jangan tergesa-gesa. Jangan merancang untuk esok. 

Al-Kahf 18:24 

Lokusi Ibrahim & BaiyyinahTafseel 

Ibn Kathir 

 

اِلَّاۤ اَنْ يَّشَآءَ اللّٰهُ ۫ 

 

Sehingga Allah menghendaki!! 

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". 

 

وَاذْكُرْ رَّبَّكَ  

 

Ingatlah Tuhanmu - zikirkan kisah Al-Quran dan perumpamaan Tuhanmu 


Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu ; 

 

اِذَا نَسِيْتَ 

 

jika engkau lupa 

jika engkau lupa 

 

وَقُلْ عَسٰۤي اَنْ يَّهْدِيَنِ رَبِّيْ 

 

dan katakanlah aku memohon petunjuk Tuhanku kepada 

 

 

dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk 

 

 

لِاَقْرَبَ 

 

 

cara yang lebih dekat 

 

yang lebih dekat 

 

مِنْ هٰذَا رَشَدًا 

 

 

daripada ini kepada cara mencari arah yang betul 

 

 

dan lebih terang dari ini" 

 

وَاذْكُرْ رَّبَّكَ اِذَا نَسِيْتَ وَقُلْ عَسٰۤي اَنْ يَّهْدِيَنِ رَبِّيْ لِاَقْرَبَ مِنْ هٰذَا رَشَدًا Allah SWT mengajar Muhammad SAW agar tidak tergesa-gesa dan menunggu arahan dan jika terlupa, ingatkan diri melalui ذْكُرْ kisah-kisah dan perumpamaan termasuk kisah ini di sini. 

 

Al-Kahf 18:25 

Lokusi Ibrahim & BaiyyinahTafseel 

Ibn Kathir 

 

َوَلَبِثُوْا فِيْ كَهْفِهِمْ

 

Dan mereka tinggal dalam keadaanrahsia dan tersembunyi di dalam "gua" mereka  

 

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: 

 

ثَلٰثَ مِائَةٍ سِنِيْنَ وَازْدَادُوْا تِسْعًا 

 

 

(jumlah sahabat gua dan kitab bertulis) 300 orang tidak produktifditambah 9 (munafik dari kalangan Sahabat) ! 

 

 

tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). 

 

 

لَبِثُوْا  bukan merujuk kepada tempoh masa, لَبِثُوْا tiada kaitan dengan bilangan tahun - ia merujuk kepada bagaimana "keadaankaum  َصْحٰبَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيْمِ  ۙtinggal dalam keadaan persembunyian berahsia didalam "gua" mereka, " 

. وَلَبِثُوْا فِيْ كَهْفِهِمْ - mereka kekal dalam keadaan berahsia dalam keadaan bersembunyi di dalam "gua mereka” - وَلَبِثُوْا فِيْ كَهْفِهِمْ 

َ مِائَةٍ - (ini adalah penghujung frasa ini  وَلَبِثُوْا فِيْ كَهْفِهِمْ ثَلٰثَ مِائَةٍٍ- ia tidak berkataThala sani athasana 

ثَلٰثَ مِائَةٍ َ - mereka tinggal ثَلٰثَ مِائَةٍ " dengan bilangan seramai 300 dan ditambah 9 (iaitu 9 orang munafiq) dari kalangan para sahabat  Rasulullah SAW - langsung tiada kena mengena dengan300 tahun tidur dalam gua- sebagaimana setiap kitab tafsir memberitahu kita mereka hanya mengada-adakan nya 

سِنِيْنَ -. Sebenarnya, Allah SWT memberitahu Muhammad tentang bilangan ramai orang-orang yang menentang dan bersikap agresif terhadap nya, mereka sekurang-kurang nya 300 maka anda perlu bersedia untuk berhadapan dengan ramai orang. 

سِنِيْنَ - (jamak kepada سَنَّ) - mereka tidak produktif mereka tidak mendapat petunjuk sebenar daripada Allah SWT 

bahaya nya bermula وَازْدَادُوْا تِسْعًا apabila mereka ditambah oleh 9 orang munafik di sekeliling Muhammad SAW. (kalangan para sahabat) 


Adakah ini disahkan di tempat lain? Baca Surah At-Taubah - Pembongkar Skandal tentang Pemutusan Tanggungjawab بَرَآءَةٌ مِّنَ اللّٰهِ tentang orang yang kononnya sahabat tetapi mereka munafik, mereka Pembohong mereka berpura-pura Mukmin tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Muhammad SAW. 


At-Taubah 9:1

بَرَآءَةٌ مِّنَ اللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖۤ اِلَي الَّذِيْنَ عٰهَدْتُّمْ مِّنَ الْمُشْرِكِيْنَ ؕ 


Setiap maklumat dalam kisah ini disokong oleh banyak jannah (bukti sokongan) dari seluruh al-Quran, dan dari sumber sejarah yang boleh dipercayai. 

Maka kerana itu Allah SWT memberitahu Muhammad SAW perkara-perkara yang sebenarnya terwujud. Dan Alhamdulillah junjungan kita Rasulullah SAW telah bersedia menghadapi perkara-perkara ini kerana baginda telah diramalkan. 

Kejayaan Muhammad SAW dalam dakwahnya adalah sebahagian besarnya kerana Allah SWT telah memberi pertolongan dan kejayaan lebih awal dengan memberitahunya maklumat sebelum peristiwa ini benar-benar berlaku. 

Mungkinkah ini berlaku kepada kita? Cerita ini mengajar ia boleh berlaku kepada kita juga.

  • Allah SWT akan memberi peringatan lebih lanjut jika kita mengikut jalan yang benar
  • dan menggunakan Do'a yang betul
  • dan memahami Al-Quran dengan cara yang betul
  • menghindari  زِينَةً lapisan perhiasan yang dangkal
  • dan tidak mendengar perantara yang ingin mengangkat diri mereka sebagai dewa. antara kita dengan Allah.
  • وَلَمْ يَجْعَلْ لَّهٗ عِوَجًا ؕ terus kepada Allah SWT melalui al-Quran tanpa sebarang laluan berliku-liku . 


Az-Zumar 39:28

قُرْاٰنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِيْ عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُوْنَ

Jika kita mengikut jalan ini Allah SWT memberi jaminan kepada kita sebagaimana Dia telah menolong Muhammad SAW Dia mampu menolong setiap kita in sya Allah 






























No comments:

Post a Comment

اسْتَعِيْنُوْا بِاللّٰهِ وَاصْبِرُوْا ۚ

  Biarkan Al-Quran mengajar dan membimbing kita ka jalanan penemuan kebenaran , Insya-Allah. Kebenaran mengatasi segalanya, kita menerima a...