Al-Insan 76:5 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
اِنَّ الْاَبْرَارَ يَشْرَبُوْنَ مِنْ كَاْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُوْرًا
|
(Sebaliknya) Orang-orang beriman yang setia dan teliti, (َْاَبْرَارَ) sentiasa menghidrasi diri, menghirup ilmu Ilahi dengan kebijaksanaan secara tersembunyi | Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur" |
Al-Insan 76:6 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
عَيْنًا يَّشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللّٰهِ يُفَجِّرُوْنَهَا تَفْجِيْرًا |
"Mata air" Allah yang menghilangkan "dahaga" (petunjuk Ilahi) yang dengannya (عِبَادُ اللّٰهِ) para musafir Allah begitu ghairah menghidrasi (يَّشْرَبُ بِهَا) hingga menyebabkan mata air itu memancar berulang kali, penyebab lebih banyak lagi (يُفَجِّرُوْنَهَا تَفْجِيْرًا) (isinya melimpah ruah). | Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. |
Semakin (يُفَجِّرُوْنَهَا تَفْجِيْرًا) "melimpah ruah" pengetahuan baru maklumat baru wawasan baru pemahaman baru semakin mendalam dia (َْاَبْرَارَ) menyelami ayat tersebut semakin banyak dia menimba ilmu baru. Kemudian mula diterbitkan (حُور), ayat yang terungkai bersama ayat lain menambahkan lebih banyak kefahaman keatas ayat spesifik itu.
(يُفَجِّرُوْنَهَا تَفْجِيْرًا) Lebih jujur, rajin mentela'ah ayat-ayat Allah lebih banyak Allah beri ganjaran kepahaman lebih mantap. "Limpahan" pemahaman baru ini "melimpah ruah" menghilangkan dahaga orang yang terhidrasi dengan hidayah indah Allah SWT.
Al-Insan 76:7 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
يُوْفُوْنَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُوْنَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهٗ مُسْتَطِيْرًا |
Mereka tunaikan janji. Akan tetapi diliputi kerisauan masa depan kemungkinan kesengsaraan mereka boleh mengganas tanpa had. | (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. |
Jika ingin termasuk dalam golongan (اَبْرَارَ) jangan sekali-kali beranggapan bahawa anugerah Allah itu terjamin selama-lamanya (itu meremehkan anugerah Allah) . Tidak, kita harus terus dapatkan rahmat Allah taala dengan mengusahakan nya setiap masa dan menjaga kelayakan sebagai (اَبْرَارَ) yang menikmati َ(شْرَبُوْنَ مِنْ كَاْسٍ) minuman pemadam ini. .
Mereka tunaikan ikrar, يَوْمًا (faham masa nya sudah tiba) sentiasa cuak ketibaan hari berkenaan apabila mereka mungkin berbalik kepada kesesatan, kejahatan atau kesengsaraan yang tidak dapat diramalkan. Ia boleh menimpa sesiapa sahaja, termasuk الْاِنْسَانِ (Eissa Ibn Maryam a.s.) Al-Insan 76:1
Eissa Ibn Maryam a.s (dia telah diberi petunjuk ke arah jalan yang benar ِنَّا هَدَيْنٰهُ السَّبِيْلَ , kebebasan memilih - untuk berkomunikasi dengan Allah dengan cara betul, tetapi Eissa Ibn Maryam a.s memilih melawan Nya) - كَفُوْرًا.
Persoalannya ialah: َيَخَافُوْنَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهٗ مُسْتَطِيْرًا adakah Eissa Ibn Maryam a.s اِنْسَانِ di kalangan الْاَبْرَار?
Allah SWT mengesahkan bahawa Muhammad SAW sendiri telah diuji godaan tetapi Allah SWT melindunginya. Namun isunya baginda SAW tidak bebas memilih, ada kemungkinan teori boleh berlaku.:-
Al-Insan 76:8 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
وَيُطْعِمُوْنَ الطَّعَامَ عَلٰي حُبِّهٖ مِسْكِيْنًا وَّيَتِيْمًا وَّاَسِيْرًا |
Dan mereka memberikan "sedekah" - betapapun besarnya cinta mereka kepadanya - memberi makanan kepada orang miskin, anak yatim, dan mereka dalam perhambaan. | Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, |
(الطَّعَامَ) = benda makan; atau khasiat kepada khasiat rohani, atau bekerja keras memahami al-Quran atau kitab suci.
(الطَّعَامَ) = makanan = maka ayat ini merujuk kepada sedekah,
(الطَّعَامَ) = bimbingan lebih rohaniah lebih banyak ilmu atau pemahaman rohani jika Allah izinkan akses, maka (الطَّعَامَ) ia perlu dikongsikan selepas kita belajar setelah mencapai tahap di mana kita layak untuk mengajar.
Agar tidak tergesa-gesa, letakkan diri dalam situasi terbuka pada risiko (seperti mengajar perkara yang salah atau dengan cara yang salah) sehingga menyebabkan mereka menolak atau berundur dari ilm ini.
Jika berhasrat menjadi (الْاَبْرَارَ) perlu lah memahami dengan jelas rezeki hidayah Ilahi yang Allah SWT berikan untuk kita kongsi bersama.
Disini lah dimana bani Israel gagal dalam komitmen dan ikrar mereka (بِالنَّذْرِ) Al-Insan 76:7 (يُوْفُوْنَ بِالنَّذْرِ)
Al-Insan 76:9 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
اِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللّٰهِ لَا نُرِيْدُ مِنْكُمْ جَزَآءً وَّلَا شُكُوْرًا |
(Sambil ikhlas niat, mereka berkata) "Kami memberi makan kepada kamu sebagai jalan untuk mencari pandangan yang diridhai Allah semata-mata. Kami tidak menghendaki pahala dan tidak pula perlu kesyukuran daripada kamu. | (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, |
Pandangan sebagai (لْاَبْرَارَ) adalah yang diredhai Allah.
( لِوَجْهِ اللّٰهِ ) bukan bermaksud Allah itu ada "wajah" ia tidak merujuk kepada "pandangan Allah"
Allah jualah yang memberi petunjuk kepada kedua-dua murid dan guru, Allah jualah yang memahami niat mereka dan membenarkan setiap orang memberi mengikut pandangannya.
Al-Insan 76:10 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
ِنَّا نَخَافُ مِنْ رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوْسًا قَمْطَرِيْرًا |
"Kami takut, dari Tuhan kami, masa yang dahsyat lagi celaka!". | "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut". |
Al-Insan 76:11 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
ِنَّا نَخَافُ مِنْ رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوْسًا قَمْطَرِيْرًا |
Maka, Allah melindungi mereka dari kesengsaraan hari berkenaan, dan membolehkan mereka menikmati tenaga dan kesenangan.. | Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). |
No comments:
Post a Comment