Al-Insan 76:12 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
وَجَزٰىهُمْ بِمَا صَبَرُوْا جَنَّةً وَّحَرِيْرًا |
Dan Dia (Allah) memberi mereka َ(وَجَزٰىهُمْ) balasan atas kesabaran mereka, iaitu (جَنَّةً) naugan ilmu eksklusif, tersembunyi dengan pemahaman istimewa, dan (وَّحَرِيْرًا) cara-cara untuk membebaskan diri dari kekangan mental dan belenggu kognitif | Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
|
Al-Insan 76:13 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
مُّتَّكِـِٕيْنَ فِيْهَا عَلَي الْاَرَآئِكِ ۚ | (Dalam naungan terasia kefahaman peribadi) Mereka |
Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias),
|
لَا يَرَوْنَ فِيْهَا شَمْسًا |
dengan ketiadaan penjelasan "rasul" secara langsung |
mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya),
|
وَّلَا زَمْهَرِيْرًا
|
diharamkan bagi nya geraman "haiwan" yang menakutkan |
dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk; |
- merujuk kepada اَبْرَارَ yang tidak mengenali Rasul secara langsung - berkait kisah Rasulullah SAW menziarahi perkuburan Baqe' di mana beberapa orang sahabat dikebumikan, beliau berkata "saudara-saudara yang aku rindui"
- bermaksud "orang-orang terkemudian yang beriman kepadaku walaupun mereka tidak pernah melihatku"
(زَمْهَ) = memperhebatkan dan
(هَرِيْرً) = membantah bertubi-tubi; menafikan gemuruh, atau geraman haiwan yang mengancam.
- Kata kerja (زَمْهَرِيْرًا) dalam ayat ini bukan bermaksud suasana kesejukan melampau !!!, kerana kesejukan melampau tidak dapat dilihat.
- Al-Quran sering gabungkan dua istilah ini, bagi ilustrasi "geraman haiwan yang menakutkan".
- gabungan dua istilah زَمْهَ dan هَرِيْرً menunjuk geraman mengancam haiwan yang menakutkan.
Mereka adalah = _ cth. qarin; syaitan, = manifestasi tekanan mental melampau disebabkan kebimbangan remeh, salah sangkaan dll. Semua nya itu tidak berkesan pada اَبْرَارَ mukmin tegar.
Orang-orang (مُخْلِصُوْنَ) - Al-Baqarah 2:139 atau (الْمُخْلَصِيْن) Yusuf 12:24 - mereka selamat dari kekangan (إِبْلِيسْ).
Allah (SWT) melindungi (اَبْرَارَ) dan (مُخْلِصُوْنَ) daripada 'geraman haiwan yang menakutkan' - istilah (زَمْهِرْرَيرَ) bukan bermaksud kesejukan,
istilah (زَمْهِرْرَيرَ) bukan semestinya perkataan Arab ia adalah lokusi Ibrahim
(مُّتَّكِـِٕيْنَ فِيْهَا عَلَي الْاَرَآئِكِ ) apakah maksudnya?
Ia membentuk (cara mengingati) mengikut cara peribadi manusia.
Allah SWT beri jalan mudah (مُّتَّكِـِٕيْنَ فِيْهَا عَلَي الْاَرَآئِكِ ) bermaksud kita ikut cara sendiri untuk berhubung dengan Nya.
(Aal-e-Imran 3:191) :-Mengingati Allah waktu berdiri (قِيٰمًا); atau duduk (وَّقُعُوْدًا); atau menyisi (جُنُوْبِهِمْ) -
bentuk cara mengingati bukan isunya. Yang penting hubungan langsung dengan Allah SWT tanpa meremehkan Allah SWT tanpa mengurangi penghormatan yang sewajar bagi Nya.
Al-Insan 76:14 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
َدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلٰلُهَا |
Dan (dalam privasi naungan ilmu pengetahuan eksklusif dengan pemahaman istimewa) dipermudahkan doa (ظِلٰلُهَا) yang sepatutnya untuk mereka,
|
Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka,
|
Ingatlah setakat ini masih bercerita:-
- mengenai (اَبْرَارَ) orang-orang setia Quran
- mendapat rezeki privasi naungan ilmu eksklusif pemahaman istimewa)
- mampu mencipta doa, menyebarkan ilmu; menguasai seni anyaman cipta doa, sesuai untuk berkomunikasi bersama malaikat, utama dengan Allah SWT
- dipermudah doa (ظِلٰلُهَا) yang sepatutnya - rezeki buah-buahan enak datang menggolek enak datang menggolek didepan tanpa menuai dari pohon.
- boleh berlaku jika anda juga bersusah payah setia Quran in sya Allah akan menerima rezeki privasi naungan ilmu eksklusif pemahaman istimewa) ini, dan
- menikmati perlindungan "cahaya suria" {Rasulullah} - tenaga kuasa untuk berhubung terus dengan Allah SWT.
وَذُلِّلَتْ قُطُوْفُهَا تَذْلِيْلًا
|
dan "hasil tuaian" "kerja keras" sebagai dorongan menyampai jangkauan kognitif peribadi (naugan ilmu eksklusif) |
dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya. |
Al-Insan 76:15 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
وَيُطَافُ عَلَيْهِمْ |
Dan mereka mengalami (َيُطَاف) penampakan |
Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya):
|
Allah SWT menjadikan proses penampakan (وَيُطَافُ عَلَيْهِمْ) untuk persepsi manusia, (َيُطَاف) akan kelihatan sebagai hidayah rahmat kunci pentafsiran itu datang padanya seolah-olah menembusi awan - kemudian kefahaman datang tepat pada masa diperlukan.
بِاٰنِيَةٍ |
menggunakan ("fasiliti") - bukti yang jelas nyata tepat pada masanya
|
bijana |
bukti yang jelas nyata - (الْبَيِّنَةُ)
Al-Bayyinah 98:1 لَمْ يَكُنِ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ اَهْلِ الْكِتٰبِ وَالْمُشْرِكِيْنَ مُنْفَكِّيْنَ حَتّٰي تَاْتِيَهُمُ الْبَيِّنَة
Al-Insan 76:15 (بِاٰنِيَةٍ مِّنْ فِضَّةٍ) bukti yang jelas nyata itu dibuka terurai didedahkan sejelas-jelasnya oleh kekunci pentafsiran فِضَّةٍ
Apabila anda memahami istilah dan membuka kunci-kunci ini, ayat-ayat dan ungkapan (جِبَال) menjadi terbuka luas (حُور) mendedahkan isi membuka (حُور) - unit gubahan (جِبَال) ayat Quran lalu menguraikan maksud Allah SWT dengan tepat.
مِّنْ فِضَّةٍ وَّاَكْوَابٍ كَانَتْ قَؔوَارِيْرَا۠
|
dan kekunci pentafsiran yang selama ini disembunyikan sebagai rahsia |
dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya)
|
(فِضَّةٍ) merujuk kepada kekunci pentafsiran . (فِضَّةٍ) daripada akar فِ ضَّ ضَّ ةٍ - mengurai kan; merungkai rahsia - membuka sehingga pecah terurai isi kandungan
(بِاٰنِيَةٍ مِّنْ فِضَّةٍ وَّاَكْوَابٍ) -
(فِضَّةٍ) - bukan bermaksud "bekas (bijana) minuman (perak kini berubah laksana kaca)"
(فِضَّةٍ) bermaksud - "kekunci pentafsiran" - Leksikon Ilahi dibina atas Lokusi Ibrahim "ayat yang dahulu tersembunyi kini dirungkai maka jelas kefahaman maksud ayat tersebut"
ِ(كَانَتْ قَؔوَارِيْرَا۠ - kini berubah “laksana kaca”) = dengan itu terungkai isi kandungan maka baru jelas apa maksud ayat Al-Insan 76:15 itu.
Maka ini adalah penerangan eksklusif maksud (جَنَّةً) untuk (اَبْرَارَ), berlandaskan firman Allah SWT dari Surah al Insan yang menggambarkan (جَنَّةً) untuk (اَبْرَارَ) dan,
in sya Allah didoakan kita sama-sama termasuk sebagai ahli didalam nya Aammiin Yaa Rabb.
Al-Insan 76:16 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
َقَؔوَارِيْرَا۠ مِنْ فِضَّةٍ |
Dengan rahsia tersembunyi (hasil) daripada penggunaan kunci pentafsiran yang betul (فِضَّةٍ)
|
(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; |
قَدَّرُوْهَا تَقْدِيْرًا
|
pentafsiran yang betul (فِضَّةٍ) mengikut (تَقْدِيْرًا) metodologi ukuran berkadar
|
pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya. |
Iaitu pentafsiran menggunakan prinsip / konsep yang disokong oleh teks (yang telah dipelajari daripada al-Quran) yang selama ini disembunyikan sebagai rahsia,
Anda perlu berdisiplin dalam menggunakan prinsip / konsep yang disokong oleh teks (dalam pengesahan dan kebenaran) yang dipelajari daripada al-Quran, untuk menyekat mainan imaginasi liar dengan dakwaan yang tidak berasas.
Al-Insan 76:17 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
وَيُسْقَوْنَ فِيْهَا كَاْسًا |
Dan di dalamnya (iaitu dalam teduhan naungan ilmu yang tersembunyi),
|
Dan mereka dalam Syurga itu, |
كَانَ مِزَاجُهَا زَنْجَبِيْلًا |
mereka (اَبْرَارَ) dihidrasi dengan penyaliran ilmu (وَيُسْقَوْنَ) berdasarkan (مِزَاجُهَا زَنْجَبِيْلًا) morfologi komposisi linguistik berskala yang betul (ayat, ungkapan, dan istilah yang betul)
|
diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",
|
Mereka, iaitu (اَبْرَارَ) orang-orang beriman yang setia dan teliti), mereka disediakan َ(يُسْقَوْن) penyaliran ilmu yang memuaskan [كَاْسًا] dengan pandangan yang berwawasan)
Yang mana (مِزَاجُهَا) komposit campurannya, adalah berdasarkan (زَنْجَبِيْلًا) morfologi berskala yang betul bagi unit gubahan linguistik (ayat, ungkapan dan istilah)
- (زَنْجَبِيْلًا) gabungan dua perkataan iaitu (زَنْ) dan (جَبِيْلًا):
- (زَنْ) bentuk imperatif kata kerja wazana, yang bermaksud "meningkatkan skala" - atau "menggunakan skala untuk menentukan", oleh itu berdasarkan skala (morfem) yang betul digunakan dalam (جَبِيْلًا) iaitu morfologi berskala unit gubahan linguistik iaitu (جَبَل) atau (الجِبَالُ) dalam bahasa Arab.
Allah menggambarkan bagaimana (الْاَبْرَارَ - orang mukmin yang setia dan teliti) melibatkan Quran semasa di (جنة).
Surah Al-Insan 76 ini adalah tentang metodologi penglibatan al-Quran oleh ahli (جنة), oleh (الْاَبْرَارَ)
Sebaliknya ia bukan bercerita tentang bersantai dalam khemah menikmati arak, disaji oleh pelayan-pelayan kalangan anak-anak lelaki muda abadi dan wanita dara dll (seperti yang di beritahu)
Ayat ini memberikan beberapa unsur metodologi dan mengajar bagaimana benar-benar menggunakan kata-kata dengan teliti dan menerima bimbingan langsung dari Allah.
Al-Insan 76:18 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
عَيْنًا فِيْهَا تُسَمّٰي سَلْسَبِيْلًا
|
(Campuran yang menyerupai) Mata air (petunjuk Ilahi) yang dipanggil (سَلْسَبِيْلًا) "mohon petunjuk jalan" |
Iaitu sebuah mata air dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil". |
(سَلْسَبِيْلًا) terdiri dari dua perkataan (سَلْ) kata kerja imperatif "sal" bermaksud "bertanya", dan perkataan (سَبِيْلًا) bermaksud jalan atau mencari jalan. Bersama-sama ia bermaksud "metodologi berdasarkan soalan", atau, "Meminta kaedah"
Ia sering membawa makna metafora seorang musafir yang mencari jalan benar, cara untuk mencapai tujuan, jalan keluar dari situasi, atau sumber pengetahuan dan bimbingan.
Allah mahu kita memerhati dan bertanya
Al-Insan 76:19 |
Lokusi Ibrahim & Tafseel |
Ibn Kathir |
وَيَطُوْفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُوْنَ ۚ اِذَا رَاَيْتَهُمْ |
Dan Dia (Allah) menyebabkan mereka iaitu لْاَبْرَارَ, mengalami (طُوْفُ) penampakan sewaktu terpinga-pinga, mereka nampaknya seperti remaja abadi ,
|
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; |
حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَّنْثُوْرًا
|
anda akan terbayang mereka sebagai (لُؤْلُؤًا) kilauan mutiara yang bertaburan (sedangkan mereka tidak) |
apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. |
Istilah (َيَطُوْفُ) adalah dari gerund (َطُ وْ فُ) bermaksud penampakan atau penglihatan yang tidak diterima oleh mata fizikal.
Pemuda-pemuda yang nampak muda kekal abadi ini :
(yang nampak kekal abadi? Kerana mereka muncul ketika anda terpinga-pinga kebingungan, sedang dalam kelesuan sebelum tidur, tiada sebarang aktiviti fizikal dan gerakan otot minimum. Ini adalah huraian khusus tentang waktu ketika Allah memberikan bimbingan langsung kepada mereka (اَبْرَارَ). Mereka juga yang menemani anda ketika sedang membaca Al-Quran semasa terjaga).
mereka ini merujuk kepada (الْمَلٰٓئِكَةَ , para (النَّبِيّٖنَ ؕ) dan (َالشُّهَدَاۤءِ) yang datang sebelum kita) kembali sebagai Qarin baik (dalam bentuk penampakan yang berkilauan) - (لؤؤؤ) kita dalam perjalanan menuju Allah SWT.
Allah menerangkan kesan berkilauan lampu berkelip-kelip yang anda perasan semasa terpinga-pinga. Ini (tanda-tanda fizikal titik-titik kecil dan berkilat menari-nari atau meleret-leret dalam gelap sejurus sebelum anda hampir tidak sedarkan diri sebelum tidur) adalah tanda-tanda sebenar yang diberikan Allah kadang-kadang apabila mata kita tertutup atau pun ketika terbuka.
Jadi Allah memberitahu kita mereka ini (لْاَبْرَارَ) mendapat bimbingan khusus daripada mereka ( وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُوْنَ ۚ) daripada (الْمَلٰٓئِكَةَ).
No comments:
Post a Comment