Ratu Sheba digambarkan dalam Al-Quran sebagai:
Seorang yang Beriman kepada Allah, seorang Monoteis; sudah tentu BUKAN KAFIR! Bukan seorang kafir walaupun baginda pernah digambarkan sebagai Kafirun
Sangat dihormati oleh rakyatnya
Pemimpin yang sangat tercerahkan
Sangat Bijak. Sangat aktif. Terlibat sepenuhnya dan mengambil bahagian dalam mencapai kejayaan besar untuk diri sendiri dan untuk urusan masyarakat.
Baginda digambarkan sebagai seorang manusia yang berfikiran terbuka - bukan sebagai seorang wanita biasa, dia mungkin telah sesat sebahagian daripada hidupnya kemudian berbalik mungkin dengan bimbingan daripada seseorang tetapi sudah tentu daripada Allah SWT. Selagi mempunyai keinginan dan keikhlasan untuk mencari bimbingan daripada Allah SWT, Allah telah berjanji kepada kita bahawa Dia akan menjamin bimbingan itu.
Kebanyakan watak wanita adalah model kepemimpinan yang sangat baik untuk manusia, dan diberikan gambaran yang terhormat oleh Allah.
Tambahan pula, kebanyakan watak wanita dalam kisah-kisah Al-Quran (bukan tafsiran salah kisah-kisah Al-Quran yang dibawa dari sumber versi kitab suci terdahulu yang diubah suai dan rosak).
Empat Penafian Penting
- untuk yang serius ingin memahami al-Quran menggunakan metodologi al-Quran organik
- justeru memisahkan diri dari tafsiran Taurat (versi rosak)
- berasaskan lokusi Ibrahim
- jangan ragu, dengar Al-Quran tanpa prasangka. Bentuk keintelektualan diri.
Persoalkan akal manusia, apa orang kata. Jadilah manusia kritikal. Jangan hanya menelan dan muntahkan apa sahaja tanpa berfikir kritis. Padankan nya dengan apa yang kita sudah tahu dan paham sebenar-benarnya apa yang Allah SWT sebut dalam al-Quran.
An-Naml 27:20
وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَاۤ اَرَي الْهُدْهُدَ ۫ۖ اَمْ كَانَ مِنَ الْغَآئِبِيْنَ
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan "burung" (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung Hud-Hud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?
(sudah tentu :)
Dalam An-Naml 27:20 ini الطَّيْرَ - bukanlah "burung"
dan juga ia bukan spesies burung yang mereka panggil الْهُدْهُدَ ۫ۖ (burung Hoopoes) dalam kamus Inggeris
Dan dalam kamus lama bahasa Arab abad ke-7 istilah الْهُدْهُدَ ۫ۖ dikatakan burung "hud-hud" seperti mereka ajarkan kita)
istilah الْهُدْهُدَ ۫ۖ dalam An-Naml 27:20 adalah bermaksud ketua "pengintip" atau ketua pendakwah
(dalam An-Naml 27:24 watak الْهُدْهُدَ ۫ۖ sedang berkata kepada Sulaiman :
An-Naml 27:24
وَجَدْتُّهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُوْنَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطٰنُ اَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيْلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُوْنَ ۙ
Dan aku mendapati dia dan kaumnya menjadikan Syams sebagai perantara kepada Tuhan; dan Syaitan telah memperindah tafsiran mereka (kitab suci), dan telah menghalangi mereka dari jalan (yang benar). Dan akibatnya mereka tidak dapat mencapai petunjuk.
مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ = bermaksud perantara di antara diri dan Allah. Perkataan مِنْ دُوْنِ tidak bermaksud "selain" Allah. Ia bukan ungkapan Arab, ia ungkapan Al-Quran, ia bermaksud "perantara".
Watak Hud-hud ini mendapati mereka tunduk kepada perantara "شَّمْسِ" - (شَّمْسِ bukanlah bermaksud "Matahari").
اَعْمَالَهُمْ bukanlah bermaksud "perbuatan" - ia adalah kod kritikal al-Quran sebahagian dari lokusi Ibrahim,
"اَعْمَالَهُمْ (terminologi Lokusi Ibrahim) adalah merujuk pada "membaca" ayat-ayat kitab suci dengan bersungguh-sungguh cuba memerhatikan maksud sebenar apa yang dibacakan."
فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيْلِ Syaitan telah menghalang mereka dari jalan yang benar, hingga tidak tahu bagaimana mencari petunjuk ,
justeru itu mereka tidak dapat menerima petunjuk فَهُمْ لَا يَهْتَدُوْنَ ۙ - bermakna - mereka gagal menafsirkan ayat-ayat suci dengan betul.
Inilah bukti bahawa tidak mengetahui cara mencari petunjuk adalah berkaitan dengan tafsiran ayat-ayat al-Quran yang betul. Allah SWT tidak akan memberikan nikmat ilmu-Nya untuk menerima petunjuk.
Tidak mengetahui cara mencari petunjuk bermaksud anda tidak tahu cara membaca ayat-ayat Al-Quran. Apabila anda belajar cara membaca ayat-ayat Al-Quran, maka Allah SWT akan memberikan anda melalui rahmat-Nya dan melalui nikmat-Nya serta melalui keberkatan-Nya = ilmu yang akan anda gunakan untuk menerima dan menerapkan petunjuk tersebut dalam hidup anda.
Sifat Al-Quran bukanlah sebagai Kitab tetapi sebagai alat komunikasi dengan Allah SWT untuk menerima petunjuk langsung daripada Allah SWT.
Setiap ilmu yang kita miliki jika ia digunakan dengan cara betul, maka ia adalah ilmu yang betul = datang daripada Allah SWT.
Jika ia bertujuan menyesatkan, ia telah dimanipulasi oleh Syaitan yang bertakhta didalam qalbu sendiri (memberikan pelbagai cara maklumat yang salah), justeru itu memberi info dengan cara yang salah.
Ingat. Maklumat dari Allah SWT ADALAH SENTIASA BAIK. Kita sendiri sahaja' yang merosakkan nya atau menyalahgunakan nya menerima maklumat cara tersekat-sekat menerusi penapis buruk didalam diri sendiri.
Allah SWT akan memberi hidayahNya jika anda merenungkan mesej sebenar ayat-ayat al-Quran. Merenung - satu-satunya cara untuk mendapat artifak asli Allah SWT selain menghayati seluruh alam semesta.
Semua saintis yang mengkaji alam semesta sebenarnya sedang mencari cara untuk berhubung dengan Allah melalui ciptaan-Nya. Tetapi kita umat Islam sudah mempunyai instrumen langsung untuk berkomunikasi dengan Allah SWT, iaitu kitab suci al-Quran. Mengamalkan kitab suci itu sebenarnya menunjukkan bahawa anda seorang الْمُهْتَدِ yang bermaksud anda sedang mencari petunjuk. الْمُهْتَدِ tidak bermaksud anda sedang dibimbing. الْمُهْتَدِ bermaksud anda sedang mencari petunjuk.
Menguasai kitab suci itu adalah petunjuk bahawa anda adalah الْمُهْتَدِ - bermaksud anda sedang dibimbing يَهْتَدُوْنَ ۙ dalam mencari hidayah.
Al-Qasas 28:56
اِنَّكَ لَا تَهْدِيْ مَنْ اَحْبَبْتَ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ يَهْدِيْ مَنْ يَّشَآءُ ۚ وَهُوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ
Wahai Muhammad, engkau tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada orang yang mahu mendapat petunjuk. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang benar-benar mencari petunjuk.
Apabila anda mencari petunjuk melalui penggunaan Al-Quran, melalui mengamalkan ayat-ayat Al-Quran, Allah SWT akan melihatnya.
Ia mungkin memerlukan banyak masa, banyak ketekunan di pihak anda, banyak kerja keras kerana anda mungkin tidak tahu bahasanya tetapi ia akan datang kerana Allah SWT menjanjikan kita petunjuk jenis ini.
An-Naml 27:24
وَجَدْتُّهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُوْنَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطٰنُ اَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيْلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُوْنَ ۙ
Dan aku mendapati dia dan kaumnya menjadikan Syams sebagai perantara kepada Tuhan; dan Syaitan telah memperindah tafsiran mereka (kitab suci), dan telah menghalangi mereka dari jalan (yang benar). Dan akibatnya mereka tidak dapat petunjuk.
Perkataan مِنْ دُوْنِ tidak bermaksud "selain" Allah. Ia bukan ungkapan Arab, ia ungkapan Al-Quran, ia bermaksud "perantara".
الْهُدْهُدَ ۫ۖ memberi keterangan mereka akhirnya berusaha berhubung dengan Allah tetapi melalui perantara. Jadi apakah perantara itu?
Perkataan لِلشَّمْسِ secara legiuistiknya berasal dari bahasa Aramaic, ia bermaksud matahari tetapi sebelum digunakan sebagai "sumber cahaya" ia secara literalnya bermaksud "sumber pencahayaan".
شَّمْسِ adalah lokusi Ibrahim bermaksud "perantara" selain bermaksud biasa "matahari". Ayat لِلشَّمْسِ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ mengatakan bahawa لشَّمْسِ adalah "perantara" antara manusia dan Allah, oleh itu لشَّمْسِ tidak boleh menjadi Allah.
Dalam bahasa Aramaic, لشَّمْسِ merujuk pada sumber pencahayaan dari Allah kepada manusia, untuk komuniti orang yang beriman - bermaksud "Rasul" pembawa penerangan wahyu untuk mereka konsumsi dan gunakan serta simpan dan aplikasikan walaupun selepas rasul itu tiada.
Tetapi hampir semua komuniti manusia akhirnya "menyembah para Rasul".
Mereka menjadikan utusan itu begitu dekat dengan Allah SWT sehingga الْهُدْهُدَ ۫ۖ menggambarkannya sebagai يَسْجُدُوْنَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ .
An-Naml 27:24 berbeza Yusuf 12:100 وَخَرُّوْا لَهٗ سُجَّدًا ۚ "mereka sujud kepadanya" tetapi mereka hanya sujud "kepada risalah yang dibawanya" namun selepas Yusoff tiada, Yussof telah selesai, mereka kembali kepada cara lama. Tetapi Yusuf 12:100 tidak merujuk Yussof sebagai perantara tidak seperti An-Naml 27:24 mengatakan مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ.
Malangnya sesetengah umat Islam tidak menghiraukan risalah ini, mereka menimbang status Muhammad SAW sehingga menganggapnya sebagai perantara antara Allah dan mereka.
Para pentafsir telah memberitahu kita bahawa وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ bermaksud melakukan perbuatan baik (sedekah, zakat, solat atau haji atau apa sahaja perbuatan baik - semuanya benar bukan salah)
Tetapi dalam lokusi Ibrahim, ia bermaksud sesuatu yang lebih spesifik - iaitu terminologi merujuk pada "kerjakan ayat-ayat" - (dari mana datangnya ini?):
Perkataan صَالِحٍ adalah gerund untuk صالحات yang mana adalah gerund yang sama digunakan untuk perkataan مُصْطَلَح, akar yang sama, gerund yang sama adalah terminologi bahasa Arab biasa. Al-Quran menggunakan terminologi صَالِحٍ, contoh :
Hud 11:46 - انَّهٗ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ "sesungguhnya perbuatannya adalah selain daripada kebenaran"
قَالَ يٰنُوْحُ اِنَّهٗ لَيْسَ مِنْ اَهْلِكَ ۚ اِنَّهٗ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ ۫ۖ فَلَا تَسْـَٔلْنِ مَا لَـيْسَ لَكَ بِهٖ عِلْمٌ ؕ اِنِّيْۤ اَعِظُكَ اَنْ تَكُوْنَ مِنَ الْجٰهِلِيْنَ
Allah bercakap tentang Nabi Nuh a.s. yang mana do'a-nya tidak menggunakan istilah tepat yang diajarkan Allah SWT kepada Nabi Nuh.
Saya telah mengajar al-Quran semasa dalam dakwah selama lebih 40 tahun di seluruh dunia. Saya bukanlah orang baharu. Apabila saya bercakap dengan anda tentang konsep-konsep lanjutan ini, saya berharap anda menerimanya sebagai ilmu yang akan membolehkan anda berkembang yang akan membolehkan anda mencapai tazkiyah yang akan membolehkan hati anda terbuka kepada cara-cara baharu untuk berhubung dengan Allah SWT.
An-Naml 27:33
قَالُوْا نَحْنُ اُولُوْا قُوَّةٍ وَّاُولُوْا بَاْسٍ شَدِيْدٍ ۙ وَّالْاَمْرُ اِلَيْكِ فَانْظُرِيْ مَاذَا تَاْمُرِيْنَ
Mereka berkata: "Kami mempunya اُولُوْا قُوَّةٍ "teks kitab suci" dan وَّاُولُوْا بَاْسٍ شَدِيْدٍ ۙ "pihak tentera kuat gagah berani". Walau apa pun keadaan anda, dan oleh itu, tentukan apa arahan anda."
الْهُدْهُدَ ۫ۖ telah dihantar sebagai utusan oleh Sulaiman kepada Baginda Ratu untuk menghantar sejenis pesanan (melalui surat atau kitab).
Apabila Baginda Ratu membacanya, nampak sangat biasa dengan semua istilah bahasa salam dan pujian bagi Allah yang digunakan oleh Sulaiman (sebagai cara untuk memperkenalkan dirinya).
Apabila baginda mengucapkan اِنَّهٗ مِنْ سُلَيْمٰنَ (An-Naml 27:30) ia menunjukkan bahawa mereka (mubaligh wakil dari Sulaiman) mengenali nya. Ini bermakna, mereka adalah orang yang beriman, kecuali mereka telah disesatkan dalam cara mereka menerapkan kepercayaan yang mereka warisi.
لِلشَّمْسِ dalam konteks ayat An-Naml 27:24 ini merujuk kepada utusan terkini: Musa a.s.
Mereka meletakkan Musa dalam kedudukan yang terlalu dekat dengan Cahaya Allah SWT. Sehingga mereka menganggap Musa sendiri sebagai sumber hidayah, itulah maksudnya mereka sujud kepada syaitan (iaitu sujud kepada Musa a.s.)
An-Naml 27:33
قَالُوْا نَحْنُ اُولُوْا قُوَّةٍ وَّاُولُوْا بَاْسٍ شَدِيْدٍ ۙ وَّالْاَمْرُ اِلَيْكِ فَانْظُرِيْ مَاذَا تَاْمُرِيْنَ
Mereka berkata: "Kami mempunyai teks kitab suci dan tentera berkuasa. Walau bagaimanapun, anda yang berkuasa, dan oleh itu, tentukan apa arahan anda."
Perkataan قُوَّةٍ didalam اُولُوْا قُوَّةٍ tidak bermaksud "kuasa" (seperti dalam bahasa Arab) tetapi dalam lokusi Ibrahim قُوَّةٍ bermaksud "kuasa BAHASA teks kitab suci".
Al-A'raf 7:145
وَكَتَبْنَا لَهٗ فِي الْاَلْوَاحِ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ مَّوْعِظَةً وَّتَفْصِيْلًا لِّكُلِّ شَيْءٍ ۚ فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَّاْمُرْ قَوْمَكَ يَاْخُذُوْا بِاَحْسَنِهَا ؕ سَاُورِيْكُمْ دَارَ الْفٰسِقِيْنَ
Allah SWT menggambarkan bagaimana Musa a.s. diberikan batu loh:
وَكَتَبْنَا لَهٗ فِي الْاَلْوَاحِ Kami tulis untuknya di dalam batu loh itu
مِنْ كُلِّ شَيْءٍ (perkataan kulli syaik bermaksud setiap ayat)
مَّوْعِظَةً وَّتَفْصِيْلًا لِّكُلِّ شَيْءٍ ۚ pengajaran atau moral cara untuk memecahkannya dengan membedah ayat-ayat ini
فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ kekal lah dengannya dengan بِقُوَّةٍ - teks kitab suci yang telah saya berikan kepada anda di atas tablet ini, anda perlu mengerjakannya dengan penuh kuasa, anda perlu meletakkan kuasa Allah SWT melalui ayat-ayat ini supaya anda dapat memahaminya.

No comments:
Post a Comment